Louisa  Chong Teringat Kuah Lodeh Masakan Ibu Mentua. Sedap Sampai Dihirup

Loading...

untitled design 18 14 50 811324 - Louisa  Chong Teringat Kuah Lodeh Masakan Ibu Mentua. Sedap Sampai Dihirup

Dah menonton rancangan Nostalgia Ramadan semalam, menarik bukan. Sebenarnya bila dpt tahu Chef Wan akan memasak menu Sayur Lodeh Johor, Louisa Alissa Chong Abdullah atau Louisa Chong cukup teruja menantikan juadah yg selalu dimasak ibu mentuanya dr Johor.

untitled design 16 14 31 842002 - Louisa  Chong Teringat Kuah Lodeh Masakan Ibu Mentua. Sedap Sampai Dihirup

Setiap kali puasa dan Hari Raya, ibu mentuanya memasak seperiuk besar kerana tahu anak menantunya Louisa cukup suka dgn hidangan ini.

Mendirikan rumah tangga dgn Hamid Samad, masakan Melayu memang sudah sebati dgn diri Louisa. Apa tidaknya neneknya berketurunan baba nyonya Melaka yg sajiannya byk menyamai masakan Melayu.

untitled design 4 14 31 255285 - Louisa  Chong Teringat Kuah Lodeh Masakan Ibu Mentua. Sedap Sampai Dihirup

Selain Louisa ibu saudaranya juga juga berkahwin dgn orang Melayu seperti dirinya. Jadi amalan berbuka puasa memang cukup difahami dan dihormati dlm keluarga Louisa.

Setiap kali balik beraya ke kediaman keluarga mentua pula, hidangan Sayur Lodeh Johor akan disajikan. “Kalau mak mentua yg masak kuah ni , percaya tak saya blh  mkn segala sayurnya dan blh mengadap tiga mangkuk sekali mkn. Kuah lodeh tu saya hirup mcm minum air,” ujarnya tertawa kecil.

untitled design 17 14 47 926980 - Louisa  Chong Teringat Kuah Lodeh Masakan Ibu Mentua. Sedap Sampai Dihirup

Buat Louisa kedatangan Ramadan ditunggu dgn cukup teruja. “Bagi saya berpuasa taklah susah sangat. mcm hari biasa aje, cuma kita bersarapan awal pagi dgn bersahur. Byk kebaikan berpuasa ni salah satunya saya dpt juga berdiet cara sihat,” ceritanya yg juga memenang anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama Cina  terbitan Media Prima yg berlangsung di China, peringkat Asia baru-baru ini.

untitled design 20 14 12 081567 - Louisa  Chong Teringat Kuah Lodeh Masakan Ibu Mentua. Sedap Sampai Dihirup

Bagi sesiapa yg  nak ‘refresh’ memori atau tercicir mencatat resipi semalam, ni dia 2 resipinya Sayur Lodeh dan kuih Bingka Ubi.

SAYUR LODEH

untitled design 5 14 26 460466 - Louisa  Chong Teringat Kuah Lodeh Masakan Ibu Mentua. Sedap Sampai Dihirup

BAHAN-BAHAN :

  • 1 liter santan cair
  • 300gm udang basar | dibersihkan

Bahan dikisar halus :

  • 10 biji bawang merah
  • 2 batang serai
  • 1sm halia
  • 1sm lengkuas
  • 8 biji buah keras
  • 10 tangkai cili merah | dibuang biji
  • 1sm kunyit hidup
  • 1 sudu mkn serbuk ketumbar
  • 2 sudu mkn belacan | dibakar
  • 4 ulas bawang putih
  • 60gm udang kering

Bahan sayur-sayuran :

  • 10 batang kacang panjang | dipotong panjang 5sm
  • 3 keping tauhu | digoreng dan dipotong besar
  • 4 keping tempe | digoreng dan dipotong besar
  • 1 batang terung | dipotong 5sm panjang
  • 150gm kubis
  • ½ biji sengkuang | dipotong memanjang
  • 30gm soo hoon | dicelur
  • 4 helai daun salam
  • 2 helai daun limau purut

CARA MEMASAK :

  1. Panaskan minyak di dlm periuk dan tumiskan bahan-bahan yg dikisar halus sehingga naik bau.
  2. Masukkan santan cair dan sayur-sayuran, biarkan sehingga semua sayuran masak.
  3. Selepas 10 minit masukkan udang basah. Sajian sedia dihidang.

KUIH BINGKA UBI

untitled design 7 14 35 690530 - Louisa  Chong Teringat Kuah Lodeh Masakan Ibu Mentua. Sedap Sampai Dihirup

 BAHAN-BAHAN :

  • 4 cawan ubi kayu parut
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan gula merah
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 3/4 sudu teh garam

CARA MEMASAK:

  1. Hancurkan gula merah dgn santan dan tapis.
  2. Masukkan ubi, gula pasir dan garam. Gaul sebati.
  3. Tuang adunan ke dlm loyang saiz 8 1/2″ atau 9″ yg telah dilengser minyak di permukaan dan di bahagian tepinya.
  4. Bakar sehingga masak. Jika guna ketuhar, masak menggunakan suhu 200C selama 45-50 minit atau sehingga masak.
  5. Untuk pastikan bingka masak atau tidak, cucuk menggunakan lidi. Jika tidak melekat, itu menandakan bingka telah masak.
  6. Angkat dan potong bila dah sejuk

JANGAN LUPA TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN ESOK BERSAMA ELFIRA ROY.

whatsapp image 2019 05 11 at 10.34.33 14 00 226065 - Louisa  Chong Teringat Kuah Lodeh Masakan Ibu Mentua. Sedap Sampai Dihirup

Artis lain yg memeriahkan lagi rancangan ini  ialah Erra Fazira, Amy Mastura, Ummi Aida, Siti Nordiana,  Amelina, Sharifah Shahira, Amelina, Aaron Aziz, Azira De Fam, Abam Bochey , Noorkumalasari, Serina Chef Wan, Kak Engku dan lain-lain lagi.

Ingat tau jam 5 petang, Isnin sehingga Jumaat sepanjang bln Ramadan ini dlm Rasa Nostalgia Ramadan di saluran Astro Prima 105 dan Astro Prima HD 121.

 

 

 

 

 

Loading...

Tags: #Chong #Dihirup #Kuah #LODEH #Louisa  #Masakan #Mentua. #Sampai #Sedap #Teringat

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Comments are closed.