Lontong Lemak Cili Padi – Awang Brand

aIMG 4822 - Lontong Lemak Cili Padi - Awang Brand


Lontong Lemak Cili Padi – Awang Brand
By Kak Wan

Bahan-bahan Kuah 
1 paket Awang Brand Lemak Cili Padi
1 mangkuk kecil ikan bilis halus atau udang kering
1 mangkuk potongan kacang panjang
1 mangkuk tempe goreng
1 mangkuk tauhu goreng
1 mangkuk fucuk dan soon hoon yg di rendam
1/2 mangkuk potongan lobak merah
1/2 mangkuk potongan sengkuang
1 mangkuk hirisan daun kobis
1 mangkok potongan terung
4 cawan air
2 cawan santan pekat
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Sampingan
Nasi impit
Sambal tumis udang
Telur rebus, dibelah dua

Cara membuatnya :
Panaskan sedikit minyak dlm periuk, masukkan ikan bilis dan tumis sebentar.
Masukkan pes lemak cili padi, kacau rata.
Tambah air dan santan, kacau rata.
Masukkan lobak merah dan sengkuang. Biar mendidih.
Masuk tauhu, tempe dan fucuk.
Masak sehingga semua lembut.
Masukkan kacang panjang dan kobis.
Akhir sekali masukkan terung.
Jika kurang kuah, blh tambah sediki lagit air.
Perasakan dgn garam dan gula secukupnya.
Bila mendidih matikan api dan hidangkan bersama nasi impit, telur rebus dan sambal tumis udang.

Sambal Tumis Udang 

Bahan-bahan
1 paket pes Awang Brand Sambal Tumis
1 mangkuk isi udang
1 biji bawang besar, potong bulat
1/4 cawan santan pekat
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :
Panaskan sedikit minyak, tumis pes sambal sebentar.
Masukkan isi udang, tumis sehingga udang berubah warna.
Masukkan bawang dan santan.
Perasakan dgn garam dan gula secukupnya.
Masak sehingga sambal hampir kering.
Sedia di hidang bersama lontong atau nasi.

Loading...

Tags: #AWANG #Brand #Cili #Lemak #LONTONG #Padi

author
Author: 
    Resepi Puding Milo Oreo
    Ade yg Kate Puding Oreo Milo ni tengah viral skg. Betul ke? Rasenye
    RESEP TTEOKBOKKI – Rice cake – Gochujang
    Hai guys kali ini sy mo share resep Tteokbokki (spicy Korean Food) salah
    Nasi Goreng, Indonesian Fried Rice Recipe
    Nasi Goreng is just an exotic name for Fried Rice…so we hear! But
    Resepi Sagu Gula Melaka
    Atas permintaan ramai yg suruh akak buat semula sagu gula melaka.. ni khas

    Leave a reply "Lontong Lemak Cili Padi – Awang Brand"