Lengat Pisang Perak

IMG 6608 1 - Lengat Pisang Perak

Sebelum kita masuk bab resepi Lengat Pisang, masakan tradisi Negeri Perak, saya ingin berkongsikan sedikit aktiviti saya hari ini. Sejak baik dr sakit, telah lama saya tidak berjalan jalan di mall. Hari ini, kami ke IOI Mall kerana ingin membeli pagar utk tempat Ammar bermain. Lagi pulak hari ini, usia Ammar telah genap 6 bulan. Doktor menasihatkan saya supaya banyak berjalan walaupun sakit, kena tahankan. 

Kebelakangan ini, saya sangat suka berada di rumah, terasa tenang dan nyaman. Saya memang tidak ada lagi cuti cuti, apalagi cuti dlm negeri. Bukan nak menyombong tapi memang saya sendiri rasa malas utk bercuti tanpa kehadiran anak anak. 

Anak anak kami pula, memang tak mahu ikut kalau kami bercuti dlm negeri. Kami akan keluar daerah hanya jika menpunyai urusan atau menghadiri majlis perkahwinan sahaja. Jika sekadar utk berehat rehat, saya suka berada di rumah sendiri. 

Tapi saya seronok jer melihat ramai kawan kawan yg gemar bercuti di luar negara. Usahkan di dlm negeri, di luar negara pun, saya rasa malas. Penat berada dlm penerbangan yg lama. Tapi bukan lah bermakna saya tidak mahu bercuti langsung. Cuma jika tiada keperluan, atau tidak kerana anak anak, saya lebih suka berehat di rumah sahaja.

Sebetulnya saya akan bersara dlm masa setahun sahaja lagi. Jadi saya mula menghias rumah dan membaiki apa apa kerosakan yg ada. Maklumlah bila dah bersara, saya tidak ada lagi pendapatan bulanan seperti sekarang. Jadi kenalah buat dr sekarang. Lagi pulak, selepas bersara saya akan lebih masa berada di rumah. Saya mahu memastikan rumah yg kemas dan bersih. 

Memang saya pun dah tak sabar utk bersara, rasa penat bekerja. Lebih penat dgn karenah politik pejabat. Maaf jika saya silap tapi pejabat adalah lubuk membuat dosa. Walau atas apa sekali, mengumpat tetap mengumpat bila kita menyebut hal orang lain semasa ketiadaannya. Inilah saya berusaha keras utk mengelakkan tetapi sentiasa gagal. 

Jadi nasihat saya, bila tiba masa bersara tu, bersara sahaja lah. Tak perlulah mencari alasan utk menyambung perkhidmatan. Buatlah persiapan menghadapi hari kematian pula. Tak usah difikirkan gaji 5 atau 6 angka. Berilah peluang pd anak anak dan generasi muda pula utk bekerja. Duit simpanan yg banyak juga tidak akan di bawa bila kita mati.  Cukuplah setakat ini dahulu celoteh saya.
IMG 6604 - Lengat Pisang Perak

Telah lama tidak masuk ke dapur. Terasa lah pula rindu utk memasak kuih muih. Lagi pulak, kuih ini sangat mudah dan cepat disediakan. Hari ini saya ingin mencuba kuih muih yg menggunakan pisang. Kuih ini sangat sedap dimakan sejuk sejuk terutama ketika berbuka puasa. Rasanya yg lemak berkrim, masin dan manis gitu. 
IMG 6610 - Lengat Pisang Perak

Saya perhatikan ada dua versi penyediaan kuih ini, satu yg seperti yg saya gunakan hari ini di mana adunan santan dimasak terlebih dahulu dan kedua yg mana santan dimasukkan bersama pisang dan terus dikukus. 

Jom layan resepi di bawah ini dan juga video di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba…

IMG 6609 - Lengat Pisang Perak

Lengat Pisang Perak
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
12 biji pisang emas – belah dua
1-2 sudu besar gula – ikut suka manis
1 mangkuk santan pekat – 600 ml
1 sudu besar tepung ubi/tepung gandum – bancuh dgn air
1 helai daun pandan
1/2 sudu kecil garam 

Cara cara:
Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih. 

Masak santan dgn daun pandan dan garam sehingga mendidih. Masukkan bancuhan tepung dan masak sehingga pekat. 
IMG 6590 - Lengat Pisang Perak

IMG 6591 - Lengat Pisang Perak

Masukkan dan susun pisang sehingga sepenuh permukaan loyang dgn bahagian tengah di atas dan tuang tepung atas pisang.
IMG 6588 - Lengat Pisang Perak

IMG 6592 - Lengat Pisang Perak

Tabur gula ikut selera. Masa mkn, kalau rasa kurang manis, blh ambil secubit gula dan taburkan. 

IMG 6594 - Lengat Pisang Perak

Kukus sehingga pisang masak dan lembut dlm 10-15 minit. Angkat dan sejukkan. 
IMG 6599 - Lengat Pisang Perak

Setelah sejuk, blh simpan dlm peti sejuk. Sedap dimakan sejuk sejuk.

IMG 6601 - Lengat Pisang Perak

IMG 6602 - Lengat Pisang Perak

Nota:
Ada juga orang yg tidak memasak tepung terlebih dahulu. Susun pisang dan tuang bahan santan yg telah disatukan sehingga pisang hampir tenggelam. Bancuhan santan dimasuk sebelum loyang dimasukkan ke dlm pengukus sahaja utk mengelakkan adunan mendap. Kukus sehingga santan nampak pekat selama 10 minit. Angkat dan sejukkan. 
Selain pisang, nangka juga sedap dimasak lengat. 


Loading...

Tags: #Lengat #PERAK #Pisang

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "Lengat Pisang Perak"