Berhubung kekeliruan yg timbul mengenai format baharu PT3 yg akan digunakan mulai thn 2020 dlm pemerkasaan PT3, saya telah memanggil satu perbincangan melibatkan Lembaga Peperiksaan (LP) dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP).
Hasilnya saya dimaklumkan bahawa pihak NUTP akan mengukuhkan kerjasama dgn pihak LP bg mengadakan taklimat khas kepada wakil guru-guru yg terlibat dr setiap negeri.
1. Kekeliruan Mengenai Format
Kekeliruan muncul apabila format PT3 mulai thn 2019 berkenaan subjek Sejarah dan Geografi dikatakan hanya diumumkan pd Mac 2019. Walhal perkara ini telah pun dibangunkan mengikut kesesuaian dan keperluan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) sejak 2017 lagi.
Semua usaha ini telah mengambil kira pandangan murid, guru, pentadbir dan ibu bapa melalui kajian berkaitan pelaksanaan PT3 yg dijalankan sejak thn 2015. Malah libat urus berkaitan perubahan format PT3 dan Pemerkasaan PT3 telah diadakan bersama NUTP dan 30 wakil kesatuan dan persatuan guru pd 11 Disember 2018.
Perubahan Format PT3 juga telah dimaklumkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) melalui Surat Siaran LP Bil. 5/2018: Format PT3 Bg Mata Pelajaran KSSM Mulai Thn 2019 bertarikh 29 November 2018.
Seterusnya, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) telah membuat pemakluman kepada sekolah mulai bln Disember 2018. Maklumat lanjut berkaitan format PT3 tersebut blh diperoleh di portal LP: www.lp.moe.gov.my.
2. Pemerkasaan PT3
Malangnya kekeliruan timbul apabila Pemerkasaan PT3 (2020) diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) pd 14 Mac.
Pengumuman ini sebenarnya tidak berkait lansung mengenai isu format Sejarah & Geografi yg berubah pd 2019 tetapi adalah pengumuman mengenai sistem yg akan berubah pd thn 2020 nanti.
KPM sentiasa memastikan usaha berterusan bg meningkatkan kefahaman dan kemahiran guru dlm bidang pentaksiran pendidikan dilaksanakan bg menjamin kualiti pentaksiran selaras dgn Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK).
Saya dgn ini mahu mengucapkan terima kasih kepada Lembaga Peperiksaan di atas penjelasan serta kerjasama pihak NUTP yg bersedia membantu pihak KPM utk menyebarluaskan maklumat dan bersedia menjadi penghubung utk menyelesaikan semua kekeliruan tersebut.
DR MASZLEE MALIK
MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
28 MAC 2019
Tags: #Format #kekeliruan #Lembaga #Pemerkasaan #Peperiksaa #perjelas