LEMAK PEDAS UDANG GALAH DENGAN REBUNG

001 3 - LEMAK PEDAS UDANG GALAH DENGAN REBUNG

Assalamualaikum…salam jumaat kepada semua rakan-rakan yg Uj hormati…
Dah mkn ker.Apa menu tengahari ni…???
Sebelum tu,marilah kita perbanyakan salawat keatas nabi junjungan kita S.A.W,semoga kita beroleh
syufaat dr baginda kelak.
Kalau kita sebut jer mknan yg banyak mendatangkan kolesterol,tentu kita terbayang mknan dr lautkan.

006 4 - LEMAK PEDAS UDANG GALAH DENGAN REBUNG

 Ketam,udang,sotong.Huhuhu…tapi kesemua menatang ni sedapkan..Bila mkn lupa bab kolesterol sekejap…hehe.Yang ada penyakit gatal kulit pulak..sedap betul menggarukan..kan..kan.
Okey pekata kita jamu mata dgn udang.Kali ni Uj masak udang galah lemak pedas cili api dgn rebung.Udang galah ni pemberian rakan baik Uj yg suaminya suka sangat gi memancing udang.
Alhamdulillah…rezeki pemberian Allah.Kata orang…”orang berbudi kita berbahasa”…Terima kasih Uj ucapkan kepada beliau yg sering juga memberikan udang galah jika suaminya dapat udang galah ketika memancing atau menjala….

020 1 - LEMAK PEDAS UDANG GALAH DENGAN REBUNG

Bahannya:

10 ekor udang galah dibersihkan ,dibasuh dan ditoskan
1/4 cwn cili api (boleh kurangkan lagi jika tak suka pedas)
2 inci kunyit hidup
2 keping asam keping
Sedikit garam
Santan dr sebiji kelapa
Sedikit rebung,dibasuh bersih dan perahkan airnya

Cara:

1. Tumbuk kunyit hidup dgn cili api bersama sedikit garam sehingga lumat.
2. Add bahan tumbuk kedalam periuk.
3. Add udang,rebung sedikit garam dan asam keping kedalam periuk.Gaul rata
4. Tuangkan santan kedalam periuk.Kacau rata.
5. Masak  diatas api yg sederhana.Kacau selalu supaya santan tak pecah minyak.
6. Biar kuah memekat dan kacau selalu.
7. Perasakan dgn garam.Kacau lagi.Biar gulai mereneh seketika.
8. Bila kuah dah  memekat…padam api.
9. Sedia utk dihidangkan….

…Jemput mkn…..

003 2 - LEMAK PEDAS UDANG GALAH DENGAN REBUNG

Okey…enjoy…

BC0AB89BF17C02E91A0D7295C3BA4747 8 - LEMAK PEDAS UDANG GALAH DENGAN REBUNG


Loading...

Tags: #Dengan #GALAH #Lemak #PEDAS #Rebung #UDANG

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "LEMAK PEDAS UDANG GALAH DENGAN REBUNG"