LEMAK PEDAS UDANG DENGAN KELADI SAYUR

025 3 - LEMAK PEDAS UDANG DENGAN KELADI SAYUR

Assalamualaikum…Salam ceria..
Salam hari Malaysia buat semua teman.
Hari ni cutikan..bagi mereka yg bekerja pd hari ni ..teruskan lah tugas…
Dan bagi mereka yg cuti pulak tentunya ramai yg  berkumpul dgn keluarga.Meriah rasanya kan…
Ok beralih ke menu pulak yer..

034 3 - LEMAK PEDAS UDANG DENGAN KELADI SAYUR

Siapa penah mkn keladi sayur.Uj pangge keladi sayur jer.Tapi tak tau pulak Uj, kalau keladi ni ada nama yg lain selain di pangge keladi sayur .Selalunya keladi sayur ni Uj gunakan batang nyer aja .Isinya jarang pulak Uj gunakan.Uj tau pun dr MIL Uj.Sememangnya MIL Uj rajin menanam sayur-sayur kampung ni.Kalau menanam tu menjadi ajer pulak.Subur-subur belaka.Sawi terung,kacang panjang,cili api,pokoknya kalau balik kampung tu tak yah beli dah sayur-sayur kampung ni.Keladi sayur ni pulak bila nak memasaknya tak perlu direbus atau dicelur dulu, tak seperti keladi yg biasa tu.Keladi ni hanya disiatkan ajer kulitnya,dibasuh bersih,toskan terus dimasukan kedalam gulai.Bagi Uj sedap…
Selalunya gandingan yg sesuai utk keladi sayur ni udang,kerang ,ketam,siput atau ayam masak lemak cili padi.Sedap jugak kalau dimasak asam rebus tempoyak…
OK jom kita ke menu….

020 2 - LEMAK PEDAS UDANG DENGAN KELADI SAYUR

Bahannya:

1/2 kilo udang
8 batang,batang keladi sayur
segenggam cili api (ikut tahap kepedasan)*
2 inci kunyit hidup*
3 keping asam keping
santan dr sebiji kelapa
sedikit garam sarta perasa(optional)

Cara:

1.     Tumbuk cili api berserta kunyit hidup dgn sedikit garam sehingga lumat.Ketepikan.
2.      Batang keladi disiat kulitnya.Dipotong dlm 2 1/2 inci,dibasuh bersih dan ditoskan airnya.
3.      Satukan bahan tumbuk kedalam periuk.Addkan sedikit garam serta asam keping.Gaul
         rata.Selepas itu addkan santan.Gaul rata lagi.
4.      Masak diatas api yg sederhana.Kacau selalu supaya santan tak pecah minyak.
5.      Masak sehingga santan memekat.Bila santan dah mula pekat,Addkan udang serta keladi yg
         telah dibasuh bersih tadi.
6.      Biarkan gulai mereneh sebentar sehingga udang dan batang keladi tu masak.Bila dah masak
         addkan sedikit garam lagi serta sedikit perasa(optional)
7.      Kacau perlahan-lahan dan sedia utk dihidangkan…

   Uj gandingkan dgn ikan masin cekik leher..

017 - LEMAK PEDAS UDANG DENGAN KELADI SAYUR

        Okeyyy…selamat memasak….

BC0AB89BF17C02E91A0D7295C3BA4747 11 - LEMAK PEDAS UDANG DENGAN KELADI SAYUR

Loading...

Tags: #Dengan #KELADI #Lemak #PEDAS #Sayur #UDANG

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "LEMAK PEDAS UDANG DENGAN KELADI SAYUR"