LEMAK CILI API DAGING SALAI DENGAN PISANG MUDA

022 2 - LEMAK CILI API DAGING SALAI DENGAN PISANG MUDA

Assalamualaikum…salam rabu serta salam ceria buat semua teman Uj.
Terima kasih kerana sudi singgah ke dapur Uj yg tak seberapa ni.Menu Uj kali ni..lemak cili api daging salai dgn pisang muda.
Daging korban masih ada lagi tersimpan didalam esbok.Tulah kerena mood rajin datang pulak menyerang,makanya rajin lah pulak nak menyalai.Sebenarnya dah lama Uj tak masak daging salai.Secara kebetulan pisang muda ada pulak tu Uj bawa balik dr kampung tempuhari.Makanya mula lah versi menyalai daging.

023 - LEMAK CILI API DAGING SALAI DENGAN PISANG MUDA

Tapi versi Uj senang jer .Uj panggang dlm oven jer.Nak menyalai menggunakan bara api takut pulak asapnya mengganggu jiran sebelah…
Panaskan oven terlebih dahulu dgn suhu 250 degree dlm masa 10 minit kemudian aturkan daging yg telah dihiris nipis selebar tapak tangan tadi diatas rak pemanggang.Kemudian panggang la sehingga daging tu kelihatan kering.Terpulang laa samada nak kering ker atau nak sederhana kering.Uj suka sederhana kering sebabnya daging tu nanti tak lah liat sangat bila dikunyah.
Versi Uj kalau masak daging salai tak menggunakan bawang serta halia.Itulah versi nenek dan mak Uj masak daging salai…Tulah kan lain orang lain caranya ….Yang penting bagi Uj lebihkan serai dan santan mestilah pekat.Terasa pulak pedasnya…yumyum…

003 1 - LEMAK CILI API DAGING SALAI DENGAN PISANG MUDA

Bahannya:

1 kg daging lembu dipotong
sedikit kunyit serbuk utk salai daging
segenggam ciliapi (ikut tahap kepedasan yg dikehendaki)
1 inci kunyit hidup
6 btg serai diketuk
santan dr sebiji kelapa( klu kelapa kecil guna santan dr 2 biji kelapa)
sedikit garam sbg perasa.(optional)
sesisir pisang muda diambil kulit serta isinya dipotong menyerong.

Cara:

1.       Hiris nipis kepingan daging sehingga lebar tapak tangan.Basuh bersih dan lumur dgn garam
          dan lumurkan dgn sedikit kunyit serbuk.
2.       Panggang daging atas bara sehingga kering.Hiris daging menjadi kepingan kecil selebar 1 inci
          Sambil tu siang pisang muda dan rendam dgn sedikit air limau kasturi berserta garam
          utk menghindarkan pisang dr menjadi lebam.
3.       Tumbuk kunyit hidup bersama cili api dgn sedikit garam sehingga lumat.
4.       Satukan bahan tumbuk,pisang yg telah disiang ,daging salai,santan serta serai dan masak

          diatas api yg sederhana dgn mengacau selalu supaya santan tak pecah minyak.
          Kacau sehingga kuah mula memekat.
5.       Bila kuah  dah mula memekat addkan garam serta sedikit serbuk perasa.Kacau sebati dan biar
          kuah mereneh seketika.Bila kuah dah mula memekat.Tutup api dan bolelah dihidangkan.

       

015 2 - LEMAK CILI API DAGING SALAI DENGAN PISANG MUDA

 Digandingkan dgn ikan masin goreng dan nasi panas…

025 1 - LEMAK CILI API DAGING SALAI DENGAN PISANG MUDA

      Okey..selamat memasak….

BC0AB89BF17C02E91A0D7295C3BA4747 7 - LEMAK CILI API DAGING SALAI DENGAN PISANG MUDA


Loading...

Tags: #Cili #Daging #Dengan #Lemak #Muda #Pisang #SALAI

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "LEMAK CILI API DAGING SALAI DENGAN PISANG MUDA"