Lebih 2,000 kanak-kanak tanpa dokumen daftar sekolah

Loading...

199f1bb8 469f 45da 8521 686afb0d7b4a 1 - Lebih 2,000 kanak-kanak tanpa dokumen daftar sekolah
Imej sekadar hiasan

PUTRAJAYA, 30 APR: Seramai 2,635 kanak-kanak tanpa dokumen telah dibantu utk mendaftarkan diri bg mengikuti sesi persekolahan sejak awal thn ini.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, langkah ‘corrective’ yg diambil oleh kerajaan itu mampu menyelamatkan kanak-kanak berkenaan drpada terjebak dgn gejala sosial dan seterusnya memberi mereka harapan masa depan yg lebih cerah.

“Selama ini mereka ini terbiar dan apabila terbiar mereka menjadi masalah kepada masyarakat apabila terlibat dgn gejala sosial.

“Kita (di kementerian) cuba mengambil langkah ‘corrective’ atau pembetulan iaitu dgn membawa mereka mendaftar ke sekolah di mana pihak sekolah akan bantu mereka utk mendapatkan dokumen,” katanya pd sidang media mengenai inisiatif-inisiatif yg dilaksanakan Kementerian Pendidikan dlm tempoh setahun kerajaan Pakatan Harapan (PAKATAN) memerintah.

Menurut Maszlee, usaha mendekatkan anak-anak tersebut dgn persekolahan dan pendidikan diharap dpt menjadi pemangkin utk membantu mereka membina masa depan dan seterusnya mengubah nasib diri dan keluarga.

“Ini adalah antara langkah ‘groundbreaking’ dlm bidang pendidikan yg diambil kerajaan, yg mempunyai impak holistik pd masyarakat dan negara,” katanya.

Dalam pd itu, Maszlee turut menarik perhatian bahawa laporan penilaian awal mengenai pemansuhan peperiksaan pertengahan thn dan akhir thn bg murid Tahap 1 akan dikeluarkan pd Jun ini.

Format baharu berteraskan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) itu melibatkan 1.3 juta murid di seluruh negara dan merupakan antara inisiatif yg dilaksanakan kerajaan dlm usaha memperkasa sistem pendidikan negara ke aras reformasi pendidikan yg inklusif dan berkualiti.

Mazlee berkata, laporan awal itu dijangka menunjukkan beberapa kekurangan yg perlu ditambah baik kerana ia akan mengambil sedikit masa utk menampakkan keberkesanan format berkenaan dlm sistem pendidikan negara.

“Malah di Finland pd awal pelaksanaan sistem ini mereka menghadapi beberapa masalah utk menyesuaikan diri tetapi selepas beberapa thn baru nampak keberkesanannya pd pelajar,” katanya.

Kerajaan pd awal thn ini telah memansuhkan peperiksaan bg murid Tahap 1 iaitu bg murid darjah 1, 2 dan 3, sbg usaha menghapuskan pembelajaran yg terlalu berasaskan peperiksaan.

Menurut Maszlee, pembelajaran tidak berasaskan peperiksaan akan menggalakkan lagi interaksi dan kerjasama antara ibu bapa dan guru dlm usaha kedua-dua pihak itu utk membangunkan potensi pelajar ke tahap optimum.

“Bukanlah bermaksud kita mansuhkan terus peperiksaan, tetapi kita tukarkan kepada penilaian yg lebih holistik, iaitu dikira drpada keterlibatan mereka, drpada kerja rumah, drpada ujian-ujian, dan peperiksaan adalah salah satu drpada elemen-elemen tersebut,” katanya.

Beliau berkata menerusi sistem itu guru-guru juga mempunyai ruang utk lebih kreatif dlm pembelajaran selain berpeluang melihat aspek diri mereka yg perlu penambahbaikan.

“Kalau sebelum ini apabila dia (guru) buat ujian, dia menilai murid, tapi apabila dia buat pentaksiran menyeluruh dia juga akan kenal diri dia sendiri, apa benda yg dia kurang beri pd murid, jadi dia akan cuba perbaiki.

“Jadi it works both ways (beri kesan timbal balik), kita bukan sahaja jadikan sekolah utk pembangunan murid semata-mata, tetapi pembangunan utk cikgu juga,” kata Maszlee.

Selain itu, dlm usaha melaksanakan polisi pendidikan yg inklusif, Kementerian Pendidikan juga telah memperkenalkan “Zero Reject Policy” atau Dasar Penolakan Sifar kepada murid-murid berkeperluan khas (MBK).

Menurut Maszlee, sejurus dasar itu diumumkan, 1,486 MBK yg tidak membuat pendaftaran awal secara dlm talian telah hadir ke sekolah pd 2 Januari dan mencecah 5,486 pd 15 Januari iaitu pertambahan hampir lima kali ganda.

“Ini menunjukkan selama ini (ramai) murid-murid berkeperluan khas ini agak tersisih drpada pendidikan,” kata Maszlee.

Selain itu, kementerian di bawah kerajaan PAKATAN juga telah memperkenalkan beberapa lagi inisiatif bg meningkatkan sektor pendidikan negara termasuk membantu meringankan kos sara hidup antaranya melalui Bantuan Awal Persekolahan dan Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi yg memanfaat warga B40, mengurangkan beban tugas guru dan membaiki lebih 300 sekolah daif di seluruh negara.

Pencapaian lain termasuk meningkatkan kewibawaan institusi pendidikan tinggi dgn mengambil langkah-langkah seperti meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan memberi mandat kepada pelajar di semua universiti awam (IPTA) utk mengendalikan pilihan raya kampus sendiri.

Turut dijalankan ialah peningkatan kerjasama dlm pendidikan tinggi iaitu kerjasama IPTA dgn pihak institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) serta universiti antarabangsa, selain pelaksanaan Sistem Jaminan Kualiti Tunggal pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) .

— BERNAMA

Loading...

Tags: #2000 #Daftar #Dokumen #KanakKanak #Lebih #Sekolah #TANPA

author
Author: 
    Mabuk di Jalan, Artis yg Video Syur nya Viral Ini Langsung Telepon Ayahnya Saat Ditangkap!
    slidegossip.com – Kabar mengejutkan datang dr artis tampan asal Malaysia, Aliff Aziz. Seperti
    Billy Syahputra Kaget Setelah Lihat Isi ATM Nikita Mirzani: Allahu Akbar!
    slidegossip.com – Nikita Mirzani kini dikenal sbg wanita sukses baik di industri hiburan
    Henti persoalkan kewujudan sekolah vernakular negara ini – Timb. Menteri
    KUALA LUMPUR: Pihak yg tidak berpuas hati dgn kedudukan sekolah vernakular di negara
    Contoh Ibu yg Baik, Demi Bantu Anak Selesaikan PR, Ayu Ting Ting Rela Batalkan Meeting!
    slidegossip.com – Ayu Ting Ting dikenal sbg salah satu penyanyi dangdut papan atas

    Comments are closed.