Lauk Utama Dan ‘Dessert’ Dari Jepun, Blh Buat Kat Rumah…

Untitled design 31 3 4 - Lauk Utama Dan ‘Dessert’ Dari Jepun, Blh Buat Kat Rumah…

Sajian negara Matahari Terbit, Jepun memang terkenal di merata dunia. Di Malaysia pun ada byk terdapat sajian Jepun dek hangatnya sambutan dr pelanggan. Hidangan Jepun terkenal dgn sajiannya yg lazat serta mementingkan bahan ramuan yg segar dan berkualiti.

Suka mkn mknan Jepun, nah, Min kongsikan 5 sajian dr negara Matahari Terbit. Konnichiwa…

1. SIZZLING BEEF TEPPANYAKI

Untitled design 29 5 - Lauk Utama Dan ‘Dessert’ Dari Jepun, Blh Buat Kat Rumah…

BAHAN-BAHAN :

  • 150gm daging lembu | sekeping dihiris nipis
  • 2 sudu mkn kicap soya
  • 3 sudu mkn minyak masak
  • 1 sudu teh gula
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh lada putih
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu mkn mentega
  • 2 sudu mkn sos teppanyaki
  • 1 sudu teh sos ikan
  • 1 sudu mkn serbuk bawang putih

Cara Membuatnya:
1. Potong daging lembu kepada kepingan yg sangat nipis, kira-kira setengah sentimeter.
2. Masukkan daging lembu yg dihiris ke dlm mangkuk, tambah secubit garam, gula ,kicap sos soya, serbuk bawang putih, lada putih, sos ikan, sos teppanyaki dan satu sudu teh minyak masak dan kacau
rata.
3. Perapkan daging lembu selama beberapa minit.
4. Masukkan 3 sudu minyak masak dlm kuali kecil dan goreng bawang putih yg telah di hiris.
5. Dlm kuali sederhana atau besar, masukkan sesudu minyak yg digunakan dr bawang putih, goreng dan masak daging lembu. Kacau secara berterusan selama 4-5 minit kemudian tambah satu sudu
mentega dan bawang putih goreng.
6. Angkat dan letakkan daging ke dlm pinggan.
7. Mknan siap utk dihidangkan.

Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 10 minit
Cara memasak : Kacau goreng
Jenis masakan : Inspirasi sajian Jepun
Keistimewaan : Sajian ini biasanya dihidangkan dgn sayur-sayuran dan juga nasi.

Info Chef: Anda blh menyajikannya dgn sayur-sayuran yg digril sekali bersama daging. Pilih daging batang pinang agar cempat empuk dan lembut.

2. MATCHA KASUTERA

Untitled design 30 3 1 - Lauk Utama Dan ‘Dessert’ Dari Jepun, Blh Buat Kat Rumah…

BAHAN-BAHAN :

  • 8 biji telur
  • 300 gm gula kaster
  • 200 gm tepung roti | diayak tiga kali
  • 1/2 sudu teh serbuk teh Matcha (teh hijau) | diayak tiga kali
  • 100ml susu
  • 4 sudu mkn madu CARA MEMASAK :
    1. Sediakan loyang segi empat tepat.
    2. Sapukan sedikit mentega di bahagian dasar loyang dan alas dgn kertas parchment.
    3. Panaskan ketuhar pd suhu 170°c.
    4. Panaskan susu dan madu.
    5. Masukkan telur dan gula di dlm mesin pemutar dan putarkan sehingga ringan dan gebu
    6. Pelahankan kelajuan mesin pemutar, masukkan susu dan madu dan kacau sehingga sebati
    7. Akhir sekali masukkan tepung dan matcha yg diayak, putar sehingga sebati.
    8. Kemudian tuang di dlm loyang segi empat tepat yg dilapik dgn kertas parchment.
    9. Bakar di dlm ketuhar selama 35 – 45 minit.
    10. Keluarkan dr ketuhar, dan terbalikkan di atas redai sehingga sejuk.
    11. Kikis tepi kek, keluarkan dr loyang.
    12. Potong kek setebal 2 sm dan hidangkan di atas pinggan yg disediakan.

Saiz hidangan : 8 orang
Masa memasak : 1 jam 15 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Sajian Jepun
Keistimewaan : Gebu lembut dgn ramuan teh hijau yg bersifat anti oksidan

INFO CHEF : Bg mendapatkan tekstur yg gebu dan halus, tepung dan serbuk teh hijau perlu diayak sebanyak tiga kali.

3. SABA SHIOYAKI

Untitled design 25 6 - Lauk Utama Dan ‘Dessert’ Dari Jepun, Blh Buat Kat Rumah…

BAHAN-BAHAN :

  • 160 gm ikan saba (*sejenis ikan tenggiri di lautan sejuk)
  • 50 gm lemon | dikupas baji
  • 20 gm lobak (radish) | diparut
  • Garam secukupnya

CARA MEMASAK :
1.Taburkan garam di atas ikan saba dan panggang sehingga masak.
2. Panggang ikan dgn menyalakan pembakarnya di bahagian atas gril bahagian dlm ikan, kemudian baru bahagian kulitnya.
3. Hidangkan di atas pinggan bersama lemon, parutan lobak dan serbuk cili Jepun mengikut stail hidangan Jepun.

Saiz hidangan : 1 orang
Masa penyediaan : 10 minit
Cara memasak : Panggang
Jenis masakan : Sajian Jepun Tradisional
Keistimewaan : Kesegaran dan kemanisan ikan sabo lautan sejuk

Info Chef : Ikan ini kaya dgn omega 3. Sajiannya begitu ringkas kerana orang Jepun gemar menikmati kemanisan dan kesegaran ikan asli tanpa ramuan lain .

4. GREEN TEA PASSION YUZU DOME

Untitled design 24 8 - Lauk Utama Dan ‘Dessert’ Dari Jepun, Blh Buat Kat Rumah…

BAHAN-BAHAN :

Bahan span vanila (acuan bulat 20 sm) :

  • 3 biji telur
  • 80gm gula
  • 100gm tepung
  • 8gm ovelet
  • 25ml air
  • 20ml minyak jagung

Bahan mousse teh hijau:

  • 14gm gelatin
  • 45ml air
  • 2 biji kuning telur
  • 20gm gula
  • 125ml susu
  • 60gm coklat putih
  • 250gm krim putar semi
  • 15gm serbuk teh hijau
  • 45gm air suam

Bahan passion yuzu curd :

  • 100gm puri buah markisa
  • 33 gm puri yuzu *sejenis buah citrus seakan lemon yg ditanam di Jepun
  • 90 gm gula
  • 2 biji telur
  • 2gm tepung jagung
  • 2gm gelatin + 6 ml air ( campuran ini dipanggil water-boom)
  • 90gm mentega lembut

Bahan choc feullatine :

  • 70gm coklat putih
  • 26gm mentega koko
  • 70 gm wafer feullantine (biskut wafer feullantine hancur)

Bahan Green Mirorr Glaze:

  • 100ml air
  • 200gm gula
  • 200gm glukos
  • 165ml susu pekat manis
  • 24gm gelatin
  • 96ml air
  • 100gm coklat putih

CARA MEMASAK :
Cara masak span vanilla:
1. Campurkan kesemua bahan span vanilla di dlm mangkuk kecuali minyak jagung.
2. Pukul sehingga gebu. Kemudian masukkan minyak jagung dan kacau sebati.
3. Bakar di dlm oven bersuhu 180 darjah celcius selama 30 minit.
Cara masak mousse teh hijau :
4. Boom gelatin, didihkan susu dan campurkan ke dlm kuning telur bersama gula, kacau sehingga sebati.
5. Campurkan boom gelatin dan tuang ke dlm coklat putih, kacau sebati.
6. Kemudian tambahkan campuran teh hijau dan kaup balik di dlm krim putar bersuhu 35 darjah celcius.
Cara masak choc feullatine :
7. Cairkan mentega koko dgn coklat putih berasingan, kemudian campurkan bersama dan masukkan wafer feullatine.
8. Rata dan pdtkan feullatine dan potong saiz 5 sm , utk ditebarkan atas potongan span vanilla. Bekukan.
Cara masak passion yuzu curd :
9. Didihkan buah markisa dan puri yuzu. Campurkan dgn gula, telur dan tepung jagung.
10. Masakkan sebentar, pdmkan api dan masukkan boom gelatin dan pekatkan dgn memasukkan mentega dlm suhu 45 celcius.
11. Paipkan ke dlm acuan bentuk sfera bersaiz 4 sm dan biarkan beku di dlm ruang peti beku dlm peti sejuk.
Cara masak green mirror glaze :
12. Masak gula, air, glukos di atas api dgn suhu 103 darjah celcius. Campurkan boom gelatin dan kemudian campurkan ke dlm susu pekat manis dan coklat putih.
13. Masukkan beberapa titik pewarna (hijau dan kuning). Biarkan ia menjadi pekat dan masukkan dlm peti sejuk.
Penyediaan akhir :
14. Ambil acuan silikon bentuk sfera bersaiz 6 sm dan penuhkan sebanyak 75% dgn mousse teh hijau.
15. Tekankan sekeping passion yuzu curd beku dan tutupkan dgn span vanilla
16. Biarkan sejuk, tanggalkan dr acuan dan cairkan ‘glaze’ (menjadikan kilat) ke suhu 35 darjah celcius dan salutkan mousse berbentuk sfera tadi.
17. Hidangkan yuzu mousse di atas pinggan dan hiaskan bersama buah raspberi dan ais krim vanilla.

Saiz hidangan : 24 ketul
Masa penyediaan : 40 minit
Cara memasak : Sejuk beku dan dinginkan
Jenis masakan : Sajian pencuci mulut Jepun dgn pengaruh Barat.
Keistimewaan : Sedap dimakan sejuk dan lembut.

Info Chef : Sajian pencuci mulut ini menggunakan bahan asas buah markisa dan yuzu (buah citrus seakan lemon) menjadikan ia kaya dgn vitamin A dan C dan berserat.

5.  OKONOMIYAKI (JAPANESE PANCAKE)

Untitled design 23 9 - Lauk Utama Dan ‘Dessert’ Dari Jepun, Blh Buat Kat Rumah…

BAHAN-BAHAN :

  • 150 gm tepung gandum
  • 150gm keladi jepun | diparut
  • 10 gm dashi * sejenis stok masakan Jepun
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 200 ml air
  • 250 gm kobis | dihiris halus
  • 50 ml mayonis

CARA MEMASAK :
1. Campurkan tepung gandum, garam, dashi dan serbuk penaik.
2  Masukkan air, telur serta keladi jepun. Kacau hinggga sebati.
3. Panaskan kuali bersama minyak masak.
4. Tuangkan adunan ke atas kuali yg sudah panas dan ratakan ke sekeliling kuali.
5. Kemudian terbalikkan adunan dan biarkan ia masak sehingga kuning keemasan.
6. Hiaskan okonomiyaki dgn mayonis di atasnya.
7. Anda juga blh menggunakan hirisan bonita (sejenis ikan) yg dimasak sbg hiasan

Saiz Hidangan : 4 orang
Waktu Memasak : 1jam 15minit
Cara Memasak : Bakar
Jenis Masakan : Sajian Jepun
Keistimewaan : Lempeng Jepun yg enak dan lembut berperisa

Info Chef : Dashi ada dijual pasaraya utama,bahagian rak produk runcit antarabangsa. Di antara lain ramuannya adalah rumpai laut, kepingan halus tuna, sardin atau ikan bilis dan cendawan shiitake
.Dashi adalah bahan asas dlm kebanyakan masakan Jepun.

Komen anda


Loading...

Tags: #Buat #Dari #Dessert #Jepun #Lauk #Rumah #Utama

author
Author: 
    Resepi & Cara Masak Sambal Nasi Lemak Sedap
    Resepi sambal nasi lemak #airtanganamelia Bawang merah (lebih pun takpe) Bawang putih (sedikit)
    Chinese Vegetable Stir Fry Recipe | iCookAsia
    Bring a pop of colour to any meal with this delicious Chinese Vegetable
    Viral Resepi Ayam Goreng Cili Padi
    Resepi ayam goreng cili padi… simple tapi sedap yakmat Bahan2: Ayam Kunyit Garam
    Tutorial memasak – telur crispy nyammi
    Rating video: /5 Sumber video: Youtube

    Leave a reply "Lauk Utama Dan ‘Dessert’ Dari Jepun, Blh Buat Kat Rumah…"