Latheefa Koya Mengkritik Mufti Wilayah

Latheefa Koya Mengkritik Mufti Wilayah 1 - Latheefa Koya Mengkritik Mufti Wilayah

1. Saya kira, jawapan balas Puan Latheefa Koya terhadap Mufti Wilayah dlm isu tudung ini adalah sesuatu yg tidak wajar. Ini kerana, adalah menjadi peranan Mufti dlm memberikan penjelasan terhadap kekeliruan yg ditimbulkan oleh pejuang Liberal berhubung isu forum “dehijabing” yg memberikan panduan tentang proses utk wanita meninggalkan tudung mereka.

2. Hukum memakai tudung dan menutup aurat itu sendiri sudah pun jelas. Pihak Mufti telah memberikan pandangan yg jelas bahawa sesuatu perkara yg telah diwajibkan di dlm agama adalah sesuatu yg mesti disuruh. Apabila seseorang itu engkar dgn perintah agama, maka itu adalah urusan dia dgn Allah. Dlm isu ini, Mufti telah menjalankan tugas beliau.

3. Apabila Puan Latheefa mengkritik surat Mufti tesebut, ini menunjukkan beliau masih tidak jelas tentang peranan Mufti. Mufti berperanan memberikan penjelasan dlm persoalan yg timbul di dlm masyarakat dan menyatakan apa yg telah diperjelaskan oleh Syarak.

4. Di dlm surat tersebut, Puan Latheefa turut menggunakan dalil bahawa al-Imam al-Syafie dikatakan mendengar pandangan wanita dlm isu haid. Jadi menurut beliau, kita seharusnya mendengar pandangan wanita dlm isu tudung ini kerana suara dan pengalaman wanita adalah penting dlm perbincangan hukum-hakam fikah bahkan undang-undang secara umum.

Ini adalah sesuatu penghujahan yg lari dr isu asal perbincangan. Isu sebenar adalah isu tudung dan aurat wanita. Sekiranya Latheefa menjadikan al-Syafie sbg hujah beliau, mari kita dengar apa yg dikatakan oleh al-Syafie tentang aurat. Kata al-Syafie:

وَكُلُّ الْمَرْأَةِ عَوْرَةٌ إلَّا كَفَّيْهَا وَوَجْهَهَا وَظَهْرَ قَدَمَيْهَا عَوْرَةٌ

“Dan seluruh tubuh wanita itu adalah aurat (yang mesti ditutup) melainkan tapak tangannya dan wajahnya. Sekiranya mereka menzahirkan kaki mereka, maka (kaki mereka) adalah aurat.” (al-Syafie, al-Umm).

4. Bahkan al-Imam al-Syafie ketika menafsirkan ayat tentang tudung di dlm surah al-nur jelas menyatakan bahawa aurat wanita itu adalah seluruh badannya melainkan muka dan tapak tangan. Perkara ini dinukilkan oleh al-Imam al-Muzni yg menyebutkan:

نقل المزني عن الشافعي أنه فسر الآية { وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا } قال الوجه والكفان

“al-Imam al-Muzni menukilkan bahawa al-Syafie ketika menafsirkan ayat al-Nur 31 ini (dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan mereka kecual yg zahir sahaja), lalu al-Syafie menyebutkan (apa yg dimaksudkan dgn yg blh dizahirkan itu adalah) muka dan tapak tangan sahaja.”

Bererti jelas drpada kalam al-Imam al-Syafie ini bahawa perempuan seharusnya menutup aurat mereka dan hanya blh menzahirkan muka dan tapak tangan sahaja.

5. Dan sbg penutup, sekiranya benar kita ingin mengikut jejak langkah al-Imam al-Syafie, maka dengarlah kata-kata hikmah dr beliau ini:

إذا حار أمرك في شيئين ولم تدري حيث الخطأ والصواب، فخالف هواك فإن الهوى يقود النفس إلى ما يُعاب.

“Sekiranya berlegar kepadamu satu perkara yg engkau tidak tahu mana satu yg benar dan mana satu yg salah, maka jauhilah nafsumu, tinggalkanlah hawa nafsu kerana ia hanya akan memimpin kamu kepada sesuatu yg mengaibkan.”

Tindakan liberal yg meninggalkan tudung adalah pendirian yg bersumberkan nafsu atau keinginan manusia sahaja sedangkan Allah berkehendakkan yg lebih baik dr itu.

Semoga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

The post Latheefa Koya Mengkritik Mufti Wilayah appeared first on Islam Itu Indah.


Loading...

Tags: #Koya. #Latheefa #Mengkritik #Mufti #Wilayah

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Comments are closed.