“Latheefa Bukan Tak Setuju Allah, Hanya Tak Setuju Islam Versi Mufti Wilayah,” Kata Aktivis..

Aktivis liberal yg sering menjadi perhatian masyarakat, Farouk A. Peru tampil menjawab kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad AlBakri berhubung isu pemakaian tudung bg mempertahankan pandangan Peguam LFL, Latheefa Koya.

Menurut aktivis itu, hijab sebenarnya bukanlah seruan Islam sebaliknya merupakan budaya Arab kuno yg diteruskan sehingga ke masakini.

Berikut kenyataannya.

Farouk A Peru | Menjawab Mufti Wilayah Persekutuan Berkenaan Komen Tentang ‘Dehijabing’

Selamat Sejahtera Mufti Zulkifli Mohamad,
Terima kasih atas komen saudara terhadap Latheefa Koya tentang ‘dehijabing’. 

Sebelum saya menjawab komen saudara, saya ingin menyentuh terjemahan Al-Quran yg saudara kemukakan:

Hijab 1 - "Latheefa Bukan Tak Setuju Allah, Hanya Tak Setuju Islam Versi Mufti Wilayah," Kata Aktivis..

“Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yg rendah.”

Siapa yg nukilkan ‘jika ia panjang umur’ tu? Tiada implikasi langsung frasa ini dlm ayat di atas atau konteksnya. 

Saudara yg suruh baca ayat seterusnya jadi saya syorkan saudara baca keseluruhan surah. Ini membawa kita kepada falasi saudara iaitu ‘appeal to authority’ yg telah mengkantoikan saudara dlm hujah terhadap Latheefa.

Saudara berhujah bahawa ‘tiada paksaan dlm agama’ (Quran 2/256) hanya utk orang yg belum masuk Islam. Saudara merujuk kepada sebuah Tafsir dan Ibn Kathir. Ini sudah ‘appeal to authority’ iaitu menggunakan pendapat sesuatu parti utk memenangkan hujah. 

Kenapa kami perlu ikut pendapat Ibn Kathir? Dia hanya manusia seperti kami juga. Kalau Nabi sendiri telah membuat sekurang-kurangnya tiga kesilapan yg dirakamkan dlm Al-Quran sendiri, apatah lagi Ibn Kathir?

Bukankah sumber tafsir pertama Al-Quran ialah Al-Quran sendiri? Inilah ‘tafsirul quran bil quran’, satu prinsip tafsir aliran Ahlus Sunnah. Jika saudara setuju dgn prinsip ini, kenapa saudara tidak melihat Al Baqarah 208 yg menggunakan perkataan ‘masuklah’ (udkhulu) iaitu ‘masuklah islam dgn lengkap’ (udkhulu fis silmi kaafah…). Mengapa Tuhan menggunakan ‘udkhulu’ dlm 2/208 tetapi tiada konsep ‘masuk’ langsung dlm 2/256 (iaitu tiada paksaan dlm memasuki ad-deen)? Kenapa Tuhan (dalam bacaan saudara) tidak konsisten?

Saudara telah menukilkan yg ayat 2/256 berkata seterusnya yg saudara terjemah sbg “Jalan yg benar telah nyata dr jalan yg sesat”. Sebenarnya taka da ‘jalan’ (sirat, sabeel, tariq) pun dlm ayat itu. Ia hanya berkata ‘guidance/rusyd akan jelas drpada error/ghayy’. Adakah saudara membuat inferens yg orang Islam tidak memerlukan guidance? Setahu saya, kita meminta hidayah Tuhan 17 kali sehari. Kenapa kalau kita sudah mendapat hidayah?

Puan Latheefa Koya bukan tidak setuju dgn Allah dan Rasul, hanya tidak bersetuju dgn Islam versi saudara sahaja. 

Bila saya menganalisa tafsiran saudara yg tidak diperkuatkan oleh analisa intrektual, saya pun nampak yg ianya amat lemah. 

Sebenarnya, tiada paksaan dlm segala aspek agama. Lagi pun, hijab tidak diajar oleh Al Quran, ia hanya budaya Arab kuno sahaja. – 27 April 2019.

Loading...

Tags: #Aktivis #Allah #Bukan #Hanya #Islam #Kata #Latheefa #Mufti #setuju #Versi #Wilayah

author
Author: 
    Corona Membawa Berkah? Gara-Gara Corona, Roro Fitria Kini Bebas Dari Penjara!
    slidegossip.com – Artis Roro Fitria yg sempat terjerat kasus narkoba kini sudah dibebaskan
    Guided Reading Lower Level Materials 01
    What is Guided Reading? These worksheets help to focus on the reading strategies
    Korea Utara Tetap Ngotot Negaranya Bersih Dari Corona! Amerika Bakal Kirim Mata-Mata?
    slidegossip.com – Virus corona atau covid-19 masih saja membuat was-was masyarakat dunia. Melansir
    Tertangkap Kamera CCTV! Sebelum Meninggal, Pria Positif Corona Ludahi Orang Lain Agar Tertular!
    slidegossip.com – Baru-baru ini viral sebuah video yg memperlihatkan seorang pria yg sudah

    Comments are closed.