Latar Belakang Tun Dr. Mahathir : Bapa Pemodenan Malaysia


latar belakang tun dr. mahathir



Pendidikan

Tun Dr. Mahathir dilahirkan pd hari Jumaat tanggal 20 Disember 1925. Putera kepada pasangan Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi ini dilahirkan di rumah bernombor 18, Lorong Kilang Ais, bersebelahan dgn Jalan Pegawai, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Beliau merupakan anak bongsu dikalangan sembilan(9) orang adik-beradik. Dr. Mahathir memulakan alam persekolahan di Sekolah Melayu Seberang Perak pd thn 1930 selama dua thn. Beliau melanjutkan pengajian menengah di Goverment English School, Alor Setar yg kini dikenali sbg Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau tamat dgn keputusan Senior Cambridge yg cemerlang pd thn 1945.
Dalam thn 1947, selepas tamat pengajian peringkat menengah, Dr. Mahathir telah ditawarkan biasiswa Kedah utk melanjutkan pelajaran dlm bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine, Singapura. Semasa di Kolej, beliau merupakan seorang pelajar yg tekun dan bersungguh-sungguh dlm pelajaran, aktif dlm sukan ragbi dan sentiasa mengambil berat tentang kebajikan pelajar-pelajar lain. Pd thn 1953, beliau telah dianugerahkan kelulusan Ijazah Doktor Perubatan (M.B.B.S) dr University of Malaya, Singapura. Berbekalkan kelulusan berkenaan, Dr. Mahathir telah memulakan perkhidmatannya dlm kerajaan dgn menjadi doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang. Pd thn 1954, Dr. Mahathir telah dilantik sbg Pegawai Perubatan di Hospital Besar Alor Setar bagi memenuhi kontrak biasiswanya. Beliau juga telah memberikan khidmat perubatan di Langkawi, Jitra dan Perlis.
Perkahwinan
Perkenalan dgn seorang gadis dr Selangor bernama Siti Hasmah Mohd Ali (kini Tun Dr. Siti Hasmah) yg mengikuti bidang pengajian yg sama di King Edward VII Collage of Medicene berlanjutan sehingga mereka menamatkan pengajian masing-masing. Hubungan erat yg terjalin semasa di Singapura telah diakrabkan lagi setelah kedua-duanya diijabkabulkan sbg suami isteri pd Ogos 1956. Pasangan bahagia ini telah dikurniakan tujuh orang cahayamata iaitu Marina (kini Datin Paduka Marina), Mirzan, Melinda, Mokhzani (kini Datuk Mohzani), Mukriz ( kini Datuk Mukriz), Maizura dan Mazhar.

Kerjaya
Pada thn 1957, setelah tamat kontraknya dgn kerajaan, Dr. Mahathir dgn bantuan dan kerjasama Dr. Siti Hasmah telah membuka klinik persendirian yg bernama Klinik MAHA, di Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar. Klinik MAHA merupakan klinik Melayu pertama di Negeri Kedah. Selain drpada perkhidmatan perubatan, klinik MAHA juga telah menjadi pentas utk beliau menjalankan aktiviti-aktiviti perkhidmatan komuniti setempat. Keperihatinan beliau terhadap masalah ekonomi dan politik Melayu telah diluahkan dlm bentuk rencana-rencana yg diterbitkan oleh Sunday Times di bawah nama pena ‘C.H.E Det’ antara thn 1946-1950. Penulisan merupakan satu dr minat Dr. Mahathir sehinggalah ke hari ini. Pd thn 1945, semasa beliau masih dibangku sekolah, Dr. Mahathir telah menjadi penyunting Darulaman, majalah rasmi keluaran Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau juga berkhidmat sbg penyunting sebuah majalah yg diterbitkan oleh kolej perubatan di mana beliau menuntut. Kegigihan dan semangat utk menyuarakan pendapat melalui penulisan telah menyebabkan beliau menghasilkan pelbagai jenis penerbitan termasuklah buku “Dilema Melayu” yg diterbitkan dlm thn 1970.
Selain drpada menulis, Dr. Mahathir juga merupakan seorang yg rajin membaca dan berpegang teguh kepada prinsip bahawa pembelajaran adalah proses seumur hidup. Tuntutan profesional dan politik juga tidak menghalang beliau utk menjadikan seni pertukangan kayu sbg satu hobi. Dr. Mahathir dikenali sbg seorang yg kreatif dan pernah mengikuti kursus pertukangan kayu di Great Britain utk mempertingkatkan tahap kemahiran beliau. Dlm thn 1989, berdasarkan minat yg berterusan dlm bidang ini, Dr. Mahathir telah dianugerahkan Honorary Freedom of the Worshipful Company of Carpenters oleh British Carpenters Society.
Penglibatan Politik
Penglibatan Dr. Mahathir di dlm arena politik tidak begitu ketara dlm thn-tahun 1950an disebabkan beliau masih menuntut di Universiti. Walau bagaimanapun, beliau terus menulis esei dan komentar mengenai isu-isu sosio-politik negara di akhbar The Straits Times. Perletakan jawatan sbg doktor kerajaan pd thn 1957 telah membolehkan Dr. Mahathir bergiat dlm bidang politik. Beliau telah dipilih utk bertanding pd pilihanraya negeri thn 1959, tetapi menolaknya. Semasa pilihanraya umum thn 1964, Dr.Mahathir diberi kepercayaan menjadi calon dan seterusnya berjaya memenangi kerusi Parlimen Kota Setar di atas tiket Parti Perikatan. Bermula dr sinilah beliau menempa nama di kalangan masyarakat dan senario politik negara. Selepas memenangi pilihan raya umum pd thn 1964, Dr. Mahathir dilantik sbg Ahli Parlimen. Bagaimanapun, beliau hilang kerusi pilihan raya umum berikutnya iaitu pd thn 1969.
Kecenderungan dan minatnya yg mendalam dlm bidang pendidikan membolehkan beliau dilantik sbg Pengerusi Majlis Pendidikan Tinggi yg pertama thn 1968, Ahli Majlis Penasihat Pendidikan Tinggi pd thn 1972, Member Of the University Court and University of Malaya Council serta Chairman of the National University Council pd thn 1974. Dr. Mahathir dilantik sbg Senator pd thn 1974. Beliau melepaskan jawatan ini utk membolehkannya bertanding pd pilihan raya umum thn 1974 yg mana beliau menang tanpa bertanding. Berikutan drpada pilihanraya itu, Dr. Mahathir dilantik sbg Menteri Pelajaran. Sbg Menteri Pelajaran, langkah pertama dlm perancangan beliau adalah mengubah polisi pendidikan negara supaya ianya menggambarkan usaha-usaha ke arah menghapuskan kemiskinan dan mewujudkan keadilan utk semua dan memastikan semua individu diberi peluang membaiki taraf hidup mereka. Sepanjang menjadi Menteri Pelajaran, beliau memberi peluang yg lebih kepada anak Melayu melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi, mengubah kuota kemasukan, dan beberapa kriteria kemasukan ke pusat-pusat tersebut, mengadakan biasiswa dan menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Beliau juga bertanggungjawab meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1975 yg ditentang oleh ahli akademik dan mereka yg terlibat dgn pendidikan. Sbg seorang yg berdisplin dan tegas beliau berjaya melenyapkan kritikan terhadap polisi-polisi pendidikan. Kini semua pusat pengajian tinggi diuruskan di bawah Kementerian Pendidikan.
Kemenangan beliau di dlm pertandingan kerusi Naib Presiden dlm Perhimpunan Agung UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) thn 1975 telah menyumbang kepada kejayaan politik beliau. Pd 16 Julai 1981 berikutan perletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Hussien Onn atas sebab kesihatan, Dr. Mahathir telah dipilih menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri yg ke- 4 pd usia 55 thn. Daripada jawatan Menteri Pendidikan, Dr. Mahathir berpindah ke Kementerian Perdagangan dan Industri dlm thn 1978. Beliau juga adalah Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Kabinet dimana beliau tidak putus-putus menggalakkan perdagangan dan pelaburan asing. Kemenangan Dr. Mahathir dlm pilihanraya umum thn 1978 telah membolehkan beliau mengekalkan jawatannya di dlm kabinet dan parti Dr. Mahathir digelar “Bapa Pemodenan Malaysia” atas perjuangannya yg tidak mengenal lelah utk memartabatkan Malaysia ke arah Wawasan 2020 dan merupakan pemimpin yg paling lama memegang jawatan sbg Perdana Menteri, iaitu dr 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003 iaitu selama 22 thn.
Pencapaian dan Sumbangan

Pada thn 1997, majalah Asiaweek telah menamakan Dr.Mahathir sbg antara 50 individu yg paling berkuasa di Asia, dimana beliau menduduki tempat kedua dlm senarai yg dikeluarkan oleh majalah tersebut. Penamaan beliau memang tepat kerana ekonomi dunia ketika itu berada dlm kegawatan manakala krisis matawang melanda kebanyakan negara di dunia terutamanya negara-negara di Asia seperti Indonesia, Thailand dan Filipina. Dr. Mahathir berjaya mengawal kegawatan ekonomi dgn menambat ringgit kepada dollar Amerika, satu pendekatan yg mendapat kritikan hebat pd mulanya oleh badan kewangan dunia seperti Bank Dunia dan International Monetary Fund (IMF). Terbukti kesannya, Malaysia adalah satu-satunya negara yg berjaya melepaskan diri drpada belenggu kegawatan tersebut tanpa perlu ‘mengikat diri’ kepada syarat-syarat yg ditetapkan oleh IMF seperti yg berlaku kepada negara-negara lain di Asia. Malah, Pengurus Besar IMF, Horst Kohler, pernah memuji tindakan yg diambil Dr. Mahathir dlm mengawal matawang negara. Kedudukan beliau sbg Chief Executive Officer (CEO) Malaysia adalah sesuai dan tepat dgn visi yg beliau rancang dan sasarkan. Dr. Mahathir telah mengubah sektor ekonomi asas negara drpada sebuah negara yg berasaskan pertanian kepada sebuah negara berasaskan perindustrian. Detik-detik awal beliau diamanahkan menjadi Perdana Menteri Malaysia, sektor ekonomi negara pd ketika itu banyak bergantung kepada bahan komoditi utama seperti getah, kelapa sawit, timah dan industri petroleum yg masih lagi diusahakan secara kecil-kecilan.
Memandangkan komoditi tidak dapat membantu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, maka pd awal thn 1980-an Dr. Mahathir telah membuat keputusan utk mempelbagaikan kegiatan ekonomi negara dan sekaligus mengurangkan pergantungan terhadap bahan komoditi. Keputusan yg beliau ambil adalah tepat kerana pd pertengahan thn 1980-an, harga bahan-bahan komoditi jatuh dgn teruk. Hal ini ditambah pula dgn peningkatan nilai matawang Yen yg menyebabkan berlaku kegawatan ekonomi selama beberapa thn. Dr. Mahathir telah memperkenalkan dasar Persyarikatan Malaysia iaitu suatu dasar dimana Malaysia diandaikan sbg sebuah syarikat dan rakyatnya sbg pekerja dan pemegang saham. Beberapa agensi kerajaan telah diswastakan utk meringankan bebanan kewangan kerajaan diantaranya Lembaga Letrik Negara dan Jabatan Telekom telah disenaraikan sbg korporat awam. Persyarikatan Malaysia telah berjaya meningkatkan prestasi, daya pengeluaran serta imej negara. Di antara langkah-langkah lain, ialah peningkatan pembagunan industri berat seperti penubuhan industri otomotif negara, yg menunjukkan kereta-kereta dan motosikal nasional adalah yg terlaris di Malaysia. Usaha beliau ke arah meningkatkan penyertaan bumiputera dlm pemilikan saham sektor perusahaan dan perdagangan dgn penubuhan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Amanah Saham Nasional serta Amanah Saham Bumiputera dan beberapa saham amanah dlm porfolio PNB. Masalah kewangan sering menjadi perhatian beliau dan antara tugas penting beliau adalah memastikan perbelanjaan kewangan negara berada dlm keadaan terkawal. Dasar penswastaan negara ialah contoh pengurusan kewangan beliau yg agak memberangsangkan walaupun mencetus kontroversi di awal perlaksanaannya. Dasar yg diperkenalkan di penghujung thn 1980-an ini bertujuan mengurangkan perbelanjaan oleh pihak kerajaan di samping memberi perkhidmatan yg lebih baik.
Dasar ini juga membawa perubahan yg sangat besar terutamanya dlm bidang teknologi kerana pihak-pihak yg terbabit perlu mempunyai kepakaran dlm bidang teknologi utk memastikan perkhidmatan yg ditawarkan murah tetapi bermutu tinggi. Selain projek kereta nasional, satu lagi projek besar (mega project) hasil cetusan beliau ialah Koridor Raya Multimedia [Multimedia Super Corridor (MSC)]. Projek ini ilhamkan dan direalisasikan memandangkan peri pentingnya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dlm dunia perdagangan masa kini dan masa depan. Projek-projek besar yg dibangunkan dan direalisasikan semasa pentadbiran beliau antaranya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Stadium Nasional Bukit Jalil, Litar Antarabangsa Sepang, tempat perlumbaan sukan permotoran berprestij Formula One dan Menara Berkembar Petronas(KLCC). Projek-projek ini secara tidak langsung berjaya meletakkan Malaysia sbg sebuah negara sedang membangun yg dikenali dunia. Malah corak pentadbiran dan ketegasan yg ditunjukkan oleh Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri menyebabkan negara ini disegani dunia. Sepanjang tempoh 22 thn sbg Perdana Menteri, Dr. Mahathir telah membawa Malaysia ke persada kecemerlangan. Malaysia telah melalui pelbagai pembaharuan fizikal, mental dan sosial. Malaysia telah menjadi negara yg disegani dan dihormati di pentas dunia. Kejayaan Malaysia sbg negara membangun dan sebuah negara Islam yg unggul di rantau ini telah diiktiraf dunia.
 
 
Rujukan :
___,(1975). Dr. Mahathir Mohamad : a brief biography. Kuala Lumpur : Jabatan Penerangan Malaysia.
___,(2004). Biografi Dr. Mahathir. Kuala Lumpur : Perpustakaan Negara Malaysia.
http://www.ipdm.uum.edu.my/Tun/BiodataTun.htm
Sumber: : Buku Majlis Konvokesyen Khas Sempena Penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Pembangunan) Kepada Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Kerja Sosial) kepada Y.A.Bhg. Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohd Ali.
http://tirmidzi.diaryland.com/balaiwaris.html
http://sejarahmalaysia.pnm.my/
Loading...

Tags: #bapa #belakang #Latar #Mahathir #Malaysia #Pemodenan

author
Author: 
    Maszlee ulangi komitmen kurangkan beban guru, fokus tugas hakiki
    GEORGE TOWN: Kementerian Pendidikan pd Khamis mengulangi komitmen utk mengurangkan bebanan guru sekaligus
    Tuduhan CUEPACS 400,000 penjawat awam tertekan tidak ada asas – JPA
    PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melihat dakwaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dlm Perkhidmatan
    MAGGI® Dan KPM Mulakan Pencarian Chef Muda Berbakat Melancarkan Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® Ke-23
    MAGGI® Dan KPM Mulakan Pencarian Chef Muda Berbakat Melancarkan Pertandingan Memasak Sekolah Menengah

    Leave a reply "Latar Belakang Tun Dr. Mahathir : Bapa Pemodenan Malaysia"