LASAGNA

LASAGNA,5 / 5 ( 1votes )
IMG20151217170738 1 - LASAGNA
LASAGNA
Bahan-bahannya:
Kulit Lasagna Segera – boleh didapati di pasaraya bahagian Pasta
Utk kuah merah:
2 tin sos pasta cendawan Adabi.
2 biji bwg besar – cincang halus
1 tin cendawan butang – hiris nipis
1 bungkus daging kisar Ramly
Oregano
Mixed herbs
Cara: 
  1. Panaskan sedikit minyak zaitun. Tumis bawang besar sehingga wangi.
  2. Masukkan daging kisar. Masak sehingga daging tukar warna. 
  3. Masukkan cendawan butang. Gaul rata. 
  4. Masukkan sos pasta, kacau rata dan mendidih. 
  5. Masukkan garam, Oregano dan Mixed herbs. Ketepikan 

IMG20151217170112 - LASAGNA

Bahan Sos putih:
500 ml susu segar/susu UHT
1biji bawang besar – cincang halus
1 ulas bawang putih – ditumbuk lumat
1 helai daun bay
4 sudu mkn Butter
3 sudu mkn tepung gandum
1 sudu teh serbuk buah pala (nutmeg powder)

Cara-caranya:

  1. Dalam periuk, masukkan susu segar, bwg besar , bwg putih tumbuk dan  daun bay. Masak guna api perlahan sehingga terbentuk buih2 kecil di tepi periuk. Dlm 10 minit. Tapis susu.
  2. Dalam kuali atau periuk kecil, dipanaskan Butter sehingga cair. Masukkan tepung gandum. Kacau cepat2 sehingga jadi pes tepung. Tutup api. Masukkan susu tadi. Kacau guna wisker telur sehingga dapat krim yg licin. Dipanaskan semula guna api perlahan, masukkan nutmeg power dan garam. Ketepikan.

IMG20151217170813 - LASAGNA

Didihkan air dlm periuk, masukkan sikit minyak zaitun. Rebus kulit lasagna dlm 10 minit. Sejatkan.

Cara melapis:

  1. Dipanaskan oven pd suhu 180’C 
  2. Griskan loyang. Masukkan sekeping kulit lasagna. Ratakan sos merah, pastu ratakan sos putih. Pastu taburkan mozarella cheese. 
  3. Letak lg sekeping kulit lasagna. Ulang melapis sehingga 4 lapisan.. 
  4. Bakar dlm oven selama 40 minit.

IMG20151217170727 - LASAGNA


Loading...

Tags: #LASAGNA

author
Author: 
    Mee Goreng Daging Sedap
    Detail recipe, please click my blog at http://www.aziekitchen.com/2017/11/mee-goreng-daging-yang-sedap.html Please follow me at :
    Resepi & Cara Masak Sambal Nasi Lemak Sedap
    Resepi sambal nasi lemak #airtanganamelia Bawang merah (lebih pun takpe) Bawang putih (sedikit)
    Chinese Vegetable Stir Fry Recipe | iCookAsia
    Bring a pop of colour to any meal with this delicious Chinese Vegetable
    Viral Resepi Ayam Goreng Cili Padi
    Resepi ayam goreng cili padi… simple tapi sedap yakmat Bahan2: Ayam Kunyit Garam

    Leave a reply "LASAGNA"