
Lempeng… melempeng utk sahur memang sedap sungguh…Eh ada ke istilah melempeng. Asyik lempeng kosong. Jom kita bg berperisa sikit tambah daun bawang dan bawang putih. Jadi ler Lempeng Bawang Putih.
Ni min kongsikan cara buat lempeng, buat adik-adik yg baru nak belajar buat lempeng. Asasnya sama mcm lempeng kosong. Ni perkongsian resipi dan foto dr namakucella dr lamannya namakucell.blogspot.com.
LEMPENG BAWANG PUTIH
BAHAN-BAHAN :
- 2 cawan tepung gandum
- 3 1/2 cawan air
- 1 biji telur
- 1/2 sudu teh garam
- 2 sudu minyak
- 1 ulas bawang putih | dicincang
- 1 pokok daun bawang | dihiris
CARA MEMASAK :
1. Campur tepung,garam,air,telur,minyak dan bawang putih dlm mesin pengisar dan kisarkan sehingga sebati.
2. Tuang dlm bekas & baru masukkan daun bawang hiris..biarkan 15 minit supaya tepung kembang dan lembut
3. Panaskan kuali dan sapu sikit aje minyak
*Hanya sapu minyak sekali sahaja, utk seterusnya tak perlu sapu lagi.Jika kuali terlalu berminyak susah nak ratakan dgn belakang senduk, sebab lempeng licin dan tidak melekat di kuali.
*Kalau min suka guna majerin atau mentega, ikut citarasa tak suka guna minyak
4. Tuangkan sesenduk adunan lempeng tu.
5.Ratakan dgn belakang senduk sehingga nipis.
* Kuali jangan terlalu panas, nanti lempeng tak cantik
6. Bila nampak permukaan kering terbalikkan
7. Terbalikkan sekejap , pastikan ia betul-betul kering.
8. Bentangkan permukaan yg licin ke bawah supaya bila gulung nanti nampak tompok daun bawangnya,.gulung longgar supaya nanti kuah dpt diserap
Sedap mkn panas-panas utk sarapan. Hidang bersama kuah [email protected] sambal tumis @asam pedas @ kuah sardin
Kredit foto & resipi : namakucell.blogspot.com
Tags: #BAWANG #langkah #Lempeng #Masak #Mudah #PUTIH #Sedap #yang