LAKSA UTARA YANG SANGAT SEDAP !

3Y2A7824 - LAKSA UTARA YANG SANGAT SEDAP !

Jalan-jalan ita ke utara tempoh hari menemukan ita dgn laksa utara yg pd ita sedap sangat, tak terlalu berat dan macam simple je.. rasa memang sedap…  pulak tu bila mkn tepi bendang dgn angin sepoi-sepoi bahasa dan kelihatan burung bangau yg mengejar jentolak yg membajak sawah.. asyik.. asyik.. asyik..

Mula suami ita tak yakin ita blh mkn.. ialah ita ni cukup cerewet bab mkn.. yg hanyir-hanyir dan berbau kuat ita tak blh mkn. tapi laksa ni memang menambat selera dan buatkan ita teringat-ingat sampai rumah. Itu yg mendorong ita kuat utk buat sendiri.

Teknologi sekarang dah cangih.. semua di hujung jari je.. dgn perkongsian dr rakan-rakan dapatlah ita cuba resepi yg di idamkan utk berbuka puasa

Apa tunggu lagi.. jom ikut ita masuk dapur kita sediakan laksa utara utk berbuka puasa

3Y2A7751 - LAKSA UTARA YANG SANGAT SEDAP !

LAKSA UTARA

5 ekor ikan kembung ~
siang bersih , campurkan dgn asam keping dan garam, kemudian rebus.
Bila dah masak, asingkan ikan, air rebusan jangan buang , kita akan gunakan utk buat kuah laksa
Isi ikan asing kan dgn tulang dan kepala
Isi ikan kisar jangan halus sangat. Ita penyek-penyek je dgn garfu
Kepala dan tulang, masuk dlm blender tambah air dan kisar, kemudian tapis. Buat 2 kali atau 3 kali tapis
dah siap ketepikan

Bahan Kisar

10 tangkai cili kering ~ rendam sehingga kembang atau rebus kejap
1 biji bbawang besar
5 ulas bawang merah
2 inc belacan

6 keping asam keping
2 pokok daun kesum
1 kuntum bunga kantan ~ belah 2
garam secukup rasa
air secukupnya

Masukkan isi ikan dan stock ikan ke dlm air rebusan ikan dan masak semula sehingga didih
Kemudian masukkan bahan kisar
Bila dah didih masukkan
asam keping, bunga kantan, daun kesum
Bila kuah dah didih perasakan dgn garam secukup rasa

Kuah laksa yg sxedap kena masak lama anggaran 2 ~ 3 jam
Setengah masa kita tunggu kuah dia njadi 1/2 periuk tu keluarkan separuh asam keping, takut nanti kuah jadi masam sangat
Lepas tu sambung masak lagi sampai kuah dia jadi 1/2 periuk baru terangkat mkn!

Bahan Laksa

1 bungkus laksa beras ~ di celur
Daun selum / daun putat/ pucuk gajus / ulam raja
bawang besar hiris ( bawang merah )
Limau nipis
Telur rebus
Cili padi hiris

Caranya

Masukkan laksa yg dah di celur dlm mangkuk
Tuangkan kuah laksa
Taburkan daun selum / daun putat / pucuk gajus / ulam raja
letak telur rebus 1/2 biji
Taburkan hirisan cili padi
Perahkan limau nipis
Perghhhh!!! terangkat

3Y2A7802 - LAKSA UTARA YANG SANGAT SEDAP !

Loading...

Tags: #Laksa #sangat #Sedap #Utara #yang

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Comments are closed.