Lagu Negaraku versi Arab: Polis rakam keterangan pihak terlibat

38A11BBE A4E4 4F07 920F 8EC19AA410DE - Lagu Negaraku versi Arab: Polis rakam keterangan pihak terlibat

KUALA LUMPUR – Polis telah mengenal pasti lokasi klip video tular yg memaparkan lagu kebangsaan dinyanyikan dlm bahasa Arab.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, kejadian itu berlaku di Sekolah Kebangsaan Batu Empat, Gurun, Kedah.

“Rakaman percakapan ke atas saksi-saksi yg dikenal pasti antaranya guru besar, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda, Kedah dan suspek yg telah merakam dan memuat naik video di Facebook telah dilaksanakan, semalam.

“Kita juga telah menerima lapan laporan polis berkaitan isu sama,” katanya melalui kenyataan media tadi.

Dalam perkembangan sama, Huzir memaklumkan pihaknya telah merakam keterangan dua individu iaitu Penolong Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan, Pejabat Pendidikan Daerah (Aduan/Siasatan), Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dan Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Ma Hwa bg membantu siasatan berhubung lagu kebangsaan dinyanyikan dlm bahasa Mandarin.

“Kita juga akan merakam beberapa saksi lain berdasarkan temu janji yg telah diaturkan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8 (3) Akta Lagu Kebangsaan 1968 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Loading...

Tags: #'Polis #Arab #Keterangan #lagu #Negaraku #Pihak #Rakam #Terlibat #Versi

author
Author: 
    Early Writing Materials (Grade 1)
    Early aptitude in writing is an indicator of a child’s reading ability. Up
    Cut and Paste materials (Part 1)
    Cut and paste worksheets to help kindergarten and preschoolers develop their fine motor
    Early Reading Materials (Part 2)
    Teaching your child to read early and well has multiple benefits and is
    Early Reading Materials (Part 3)
    Teaching your child to read early and well has multiple benefits and is

    Comments are closed.