Kurikulum Model Ralph Tyler

Loading...

contribution to american curriculum 5 728 1 - Kurikulum Model Ralph Tyler

BasicBprinsipleBofBcurriculum - Kurikulum Model Ralph Tyler

Buku lama berjudul Basic Principles of Curriculum and Instruction yg ditulis Tyler pd 1949 sampai masa ini masih menjadi rujukan dlm proses pengembangan kurikulum. Menurut Tyler model pengembangan kurikulum rasional lebih bersifat bagaimana merancang suatu kurikulum sesuai dgn tujuan dan misi suatu institusi pendidikan.

Menurut Tyler ada 4 perkara yg dianggap fundamental utk mengembangkan  kurikulum, iaitu :

1. Menentukan tujuan
Menentukan tujuan merupakan hal yg paling awal dan harus dikerjakan kerana tujuan akan menentukan arah/sasaran pendidikan. Terdapat beberapa pertanyaan utk mempermudah dlm menentukan tujuan, iaitu:

i. Mana halatuju pendidikan murid-murid itu?
ii. Apakah kemampuan yg harus dimiliki murid lepeasa mengikuti program pendidikan?
iii. Dari mana dan bagaimana kita menentukan tujuan pendidikan ?
Ketiga pertanyaan di atas dapat dijadikan acuan dlm menetukan tujuan agar tujuan yg dikehendaki akan dapat difokuskan dan direalisasikan. Dlm merumuskan tujuan, ada beberapa perkara-perkara yg perlu diambilkira seperti faktor pelajar, sekolah, kehidupan masa kini, disiplin ilmu, falsafah, dan psikologi belajar.

Dalam menentukan tujuan, ia bergantung kepada falsafah pendidikan yg diamalkan.  Terdapat 3 tujuan kurikulum iaitu:

curriculum development in higher education 8 638 - Kurikulum Model Ralph Tyler

Disipline oriented

Disiplineoriented
Tujuan kurikulum bersifat disiplineoriented menekankan pd penguasaan teori-teori yg ada dlm disiplin ilmu. Jadi dlm merumuskan tujuan diambil dr teori-teori para ahli.

child centered curriculum - Kurikulum Model Ralph Tyler
Child centered

Childcentered
Bersifat childcenterd bererti berpusat pd anak didik, dlm merumuskan tujuan harus disesuaikan dgn bakat minat anak didik, keperluan anak didik dan kemampuan anak didik.

Societycenterd
Societycentered bermaksud berpusat pd kehidupan masyarakat. Jadi dlm merumuskan tujuan lebih ditekankan utk kehidupan masyarakatnya sendiri. Tujuan kurikulum harus sesuai dgn keadaan lingkungan masyarakat, keadaan sosial ekonomi masyarakat, apa yg diperlukan dan harus sesuai dgn falsafah pendidikan yg diamalkan.

Walaupun secara teori tampak begitu tajam pertentangan antara kurikulum yg bersumber dr displin akademik, kurikulum yg bersumber dr keperluan pribadi dan keperluan masyarakat, akan tetapi dlm praktiknya tidak setajam apa yg ada dlm teori. Anak adalah organisme yg unik, yg memiliki berbagai ragam yg berbeza. Ia juga adalah makhluk sosial yg berasal dr masyarakat dan akan kembali kepada masyarakat, oleh kerana itulah tujuan kurikulum apa pun bentuk dan modelnya pd dasarnya harus mempertimbangkan berbagai sumber utk kepentingan individu dan kepentingan masyarakat.

2. Menentukan pengalaman belajar
Pengalaman belajar yg dimaksud adalah adalah segala aktiviti dlm berinteraksi dgn persekitaran. Jadi dlm merumus kurikulum perlu memperhatikan latar belakang pendidikan anak didik dan pengalaman anak didik. Penyusunan kurikulum perlu mengambilkira persepsi anak didik agar mereka dapat bersedia dr segi mental dan emosi maupun dlm bentuk perlakuan.

3. Mengorganisasi pengalaman belajar
Mengorganisasi pengalaman belajar merupakan hal yg sangat penting. Pengalaman belajar perlu diorganisasikan agar terstruktur sehingga lebih mudah dlm merumus kurikulum dan hasilnya dapat dimaksimakan. Pengorganisasian ini blh saja berbentuk mata pelajaran maupun dlm bentuk program.

Langkah pengorganisasian ini sangatlah penting, sebab dgn pengorganisasian yg jelas akan memberikan petunjuk kepada pelaksanaan proses pembelajaran sehingga menjadi suatu pengalaman belajar yg nyata bagi pelajar. Ada beberapa prinsip menurut Tyler (1950: 55) dlm mengorganisasi pengalaman belajar, iaitu sbg berikut.

Prinsip kesinambungan ada yg bersifat vertikal dan horizontal. Bersifat vertikal maksudnya bahawa pengalaman belajar yg diberikan harus memiliki kesinambungan yg diperlukan utk pengembangan pengalaman belajar selanjutnya. Contohnya, apabila anak diberikan pengalaman belajar tentang pengembangan kemampuan membaca bahan-bahan pelajaran bersifat kemasyarakatan, harus diyakini bahawa pengalaman belajar tersebut akan diperlukan utk mengembangkan keterampilan berikutnya, contohnya ketermapilan memecahkan masalah-masalah sosial. Prinsip kesinambungan yg bersifat horizontal bermaksud suatu pengalaman yg diberikan pd siswa harus memiliki fungsi dan bermanfaat utk memperoleh pengalaman belajar dlm bidang lain. Contohnya pengalaman belajar dlm bidang matematik harus dapat membantu utk memperoleh pengalaman belajar dlm bidang ekonomi ataupun dlm bidang lain.

Prinsip kesinambungan mempunyai hubungan yg erat, perbezaannya hanya terletak pd aras kesulitan dan keluasan skop. Ini bermaksud setiap pengalaman belajar yg diberikan kepada pelajar harus turut sama memerhatikan tahap perkembangan pelajar. Pengalaman belajar yg diberikan dlm kelas Thn 3 harus berbeza dgn pengalaman pd kelas seterusnya.

Penilaian

edss47555s - Kurikulum Model Ralph Tyler

Evaluasi dilakukan utk mengetahui apakah tujuan yg telah ditetapkan dlm kurikulum tercapai atau tidak. Dlm menilai terdapat 2  aspek yg perlu diberi perhatian iaitu:

Evaluasi harus menilai apakah ada perubahan tingkah laku pelajar sesuai dgn tujuan yg telah ditetapkan.

Penilaian sebaiknya menggunakan lebih dr satu alat ukur dlm suatu waktu tertentu.
Terdapat 2 fungsi penilaian sbg perkara yg penting dlm pengembangan kurikulum.

1.Fungsi sumatif
Yang dimaksud fungsi sumatif adalah penilaian digunakan utk memperoleh data tentang pencapaiaj pelajar. Dgn adanya penilaian kita dapat mengetahui bagaimana tahap pencapaian tujuan atau tahap penguasaan isi kurikulum oleh setiap pelajar.

2.Fungsi formatif
Fungsi formatif ini digunakan utk melihat tingkat efaktif proses pembelajaran, adakah program yg telah ditetapkan sudah dianggap sempurna atau masih perlukan penambahbaikan.

Sedangkan menurut Model Objectives Tyler berpendapat bahawa penilaian kurikulum sbg pengukuran performa anak didik terhadap tujuan perilaku yg sudah dirumuskan. Selain itu masih ada beberapa model lainnya yg menjurus kepada penilaian terhadap ketercapaian objektif, iaitu :

Hammond,  lebih berfokuskan  kepada pengaruh faktor institusional dan instruksional di dlm mencapai tujuan.
Provus, memfokuskan kepada apakah terdapat perbezaan antara pengamatan kurikulum dan standard atau tujuan yg sudah dipersetujui.

Loading...

Tags: #Kurikulum #Model #Ralph #Tyler

author
Author: 
    Guru lelaki maut ketika water rafting
    Gambar hiasan via MyAdventureHost GOPENG 15 Sept. – Seorang guru lelaki mati lemas
    8 Tips Lindungi WhatsApp Dari Hacker Nakal
    WhatsApp adalah aplikasi perpesanan terpopuler. Bagaimana tidak, jumlah pengguna aktif blnannya lebih dr
    Tips Pilih Tilam Yg Betul Utk Masalah Tulang Belakang
    Assalamualaikum… Tidur tu satu nikmat. Lagi-lagi lps satu hari suntuk kerja atau buat aktiviti
    Pengenalan Guru Nadi Negara angkat martabat guru – Maszlee
    Malah, kata beliau, KPM akan turun pdng ke setiap negeri di Malaysia utk

    Leave a reply "Kurikulum Model Ralph Tyler"