Kurikulum baharu sekolah akan tumpu tiga aspek utama – Tun M

49645547 2184934224878561 3121889252174987264 n 1 - Kurikulum baharu sekolah akan tumpu tiga aspek utama - Tun M
Imej via FB Kementerian Pendidikan Malaysia

KUALA NERUS 7 Jan. – Kerajaan akan mengubah kurikulum sekolah agar lebih memberi tumpuan kepada tiga aspek utama iaitu penguasaan ajaran Islam sebenar di samping mata pelajaran bahasa Inggeris selain sains dan teknologi.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, objektif dasar pendidikan negara bukan hanya semata-untuk utk memberi ilmu kepada anak-anak sebaliknya membentuk peribadi lebih baik kepada setiap warganegara.

Katanya, tumpuan terhadap ajaran agama amat penting terutama nilai-nilai hidup yg patut dipegang oleh orang Islam.

“Saya harap semua warga pendidikan akan ambil perhatian perkara ini, kita akan mengubah kurikulum sekolah-sekolah supaya tumpuan diberi kepada penguasaan ajaran Islam sebenar, penguasaan bahasa Inggeris dan penguasaan sains dan teknologi.

“Dengan ini kita fikir kita mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dgn bangsa lain di dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dlm Majlis Ambil Cakna bersama Warga Pendidik Terengganu di Tabung Haji (TH) Hotel & Convention Centre di sini hari ini.

Yang hadir sama, isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, Tuan Faizah Tuan Ab. Rahman serta Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat; Pengarah Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu, Datuk Razali Idris juga hadir.

Majlis hari ini turut disertai kira-kira 880 warga pendidik seluruh Terengganu.

Sumber – UTUSAN ONLINE

loading…


Loading...

Tags: #akan #aspek #Baharu #Kurikulum #Sekolah #Tiga #tumpu #Utama

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "Kurikulum baharu sekolah akan tumpu tiga aspek utama – Tun M"