Kunci Bahagia, Hidupkan TA’LIM Di Rumah Dan Luangkan Masa Di Masjid

Loading...

solat 1 - Kunci Bahagia, Hidupkan TA’LIM Di Rumah Dan Luangkan Masa Di Masjid
Masih ramai yg gagal mencari kunci bahagia dlm rumahtangga, nampak manisnya di media sosial kadang belum tentu hatinya benar-benar menikmati kasih sayang drpada pasangannya.

Sebab itulah kena hidupkan TA’LIM di dlm rumah, sama-sama baiki mana yg kurang dan bg Allah jaga hati kita agar tidak mudah digoda syaitan sampai sanggup CURANG!

Nauzubillah, bak kata saudara Muhammad Hassan, tolonglah betulkan niat nak kahwin dan pimpin pasangan ke syurga.

Hidupkan TA’LIM Di Rumah
Perkara pertama saya lakukan apabila baca kisah keretakan rumah tangga, suami curang. Saya istiqhfar byk-banyak, saya peluk isteri dan anak tanda syukur punyai isteri yg baik. Saya pesan kepada isteri.

“Awak Tolong doa utk saya ya, agar tidak termakan godaan syaitan utk hampiri maksiat. Tolong doakan saya ya.”

Sepanjang hari saya fikir tentang ini. Saya takut baca kisah begini. Takut sangat utk herdik, perli, maki, hina orang lain, takut sangat terjadi kepada diri sendiri. Setiap lelaki akan diduga dgn wanita-wanita cantik.

Saya harap para suami yg pernah curangi isteri agar lebih menghargai si dia. Bg tumpuan sepenuh hati kepada isteri dan anak. Tidak lekang di bibir memohon maaf, tunaikan HAK ISTERI, tulis setiap hari kebaikan isteri, ingat sentiasa keburukan kita. Buka buku baru. Hidupkan TA’LIM di rumah, luangkan masa dimasjid, luangkan masa di masjid. Kita semua ada kesilapan dan kesilapan itu bukan sahaja berhajat kepada kemaafan bahkan perlu taubat nasuha.

Suami mana tidak sayangkan isteri. Namun tewas dgn godaan syaitan, lemah diulik nafsu, tergoda dgn lunakan suara, rebah dek kerana kecantikannya. Pujuklah hati,ini semua dugaan dan ujian utk kita. Fikir apa kesan jika curangi isteri.

Nabi s.a.w teladan yg terbaik dlm melayani isteri-isteri bgnda. Tenang,bahagia saat isteri bersama bgnda Muhammad s.a.w, bahkan Nabi Muhammad s.a.w melarang kita utk memukul wajah, mengherdik isteri.Lihatlah cinta Nabi Muhammad s.a.w terhadap khadijah r.ha. Setelah 3 thn wafatnya khadijah r.ha barulah Bgnda berkahwin dgn Saudah rha dan Seterusnya Aisyah R.ha dLL.

Betulkan Niat Nak Kahwin
Saya selalu pesan kepada anak-anak muda. Jika sayang awek, jaga si dia betul-betul, niat utk kahwini dia. Belajar dan kerja sungguh-sungguh. Jangan lupa mantapkan ilmu agama. Ambil tahu basic ilmu KELAHIRAN,PENYUSAAN dan Ilmu bagaimana utk jaga emosi isteri ketika berpantang.(POSTPARTUM).

Kenang balik jerit perih mereka kandungkan anak kita, betapa sakitnya utk lahirkan anak. Setiap minit contraction berlaku sehingga ada yg lebih rela utk dibedah. Bang, mereka pernah ‘mati’ utk lahirkan anak kita, lagi sedih setelah bersalin bermacam penyakit pula dpt.

Saya pernah jumpa seorang ibu dukung anak Epidermolysis Bullosa (Penyakit kulit rapuh). Kuatnya ibu itu setiap masa lap darah anak sehingga darah menitis ke lantai. Beginilah seorang ibu, seorang isteri 100% jiwanya utk keluarga ini.

Tiada lagi istilah ME TIME utk mereka, tiada lagi reunion bersama rakan perempuan, sanggup berhenti kerja demi menjaga anak yg sakit. Tiada lagi masa utk ziarah ibu bapa di kampung, bahkan kadang-kadang setahun sekali dpt jumpa ahli keluarga yg lain. Ini semua utk kita para suami.

Kadang-kadang merekalah doktor, misi, merekalah cikgu, merekalah ustazah, merekalah chef, merekalah security utk anak-anak.

Pimpinlah Isteri Dan Anak-anak
Sbg suami kita adalah pemimpin utk isteri dan anak-anak. Bagaimana kita dpt PERBAIKI mereka utk taat Allah dan Rasul. Bagaimana agar kita pertaruhkan nyawa kita utk MELINDUNGI mereka dan bagaimana utk kita beri PERHATIAN kepada mereka setiap massa.

Jika kita fikirkan kecantikan semata ia akan pudar ditelan usia. Sememangnya Wanita diciptakan Allah cantik dimata lelaki. Sedangkan perkahwinan bukan utk ‘bersedapan’ sahaja, bahkan ia satu amanah yg besar dr Allah. Blh jadi perkahwinan ini asbab kita masuk syurga, sebaliknya akan menempah bara api neraka.

Perbaiki niat kita,kahwin utk dpt redha Allah, utk pegang tangan pasangan sama-sama masuk syurga.

The post Kunci Bahagia, Hidupkan TA’LIM Di Rumah Dan Luangkan Masa Di Masjid appeared first on Islam Itu Indah.

Loading...

Tags: #Bahagia #Hidupkan #kunci #Luangkan #masa #Masjid #Rumah #TA’LIM

author
Author: 
    Fakta , Gambar Dan Foto Rio Tengker Kakak Nagita Slavina Yg Jarang Terekspose!
    Fakta Dan Gambar Rio Tengker, Saudara Nagita Slavina Dan Caca Tengker – Byk
    Ini 10 Smartphone Dgn Tingkat Radiasi Terendah
    Beberapa waktu lalu, kita telah membahas 10 smartphone dgn radiasi tinggi yg berpotensi
    Awas, Ini Daftar 10 Smartphone Dgn Radiasi Tertinggi
    Radiasi smartphone beberapa thn lalu menjadi momok yg ditakuti oleh kebanyakan orang. Byk

    Comments are closed.