Kulat Sisir Goreng Dgn Telur

Loading...

IMG 4881 1 - Kulat Sisir Goreng Dgn Telur

Sebaik mendapat panggilan telefon dr anak buah memberitahu mereka ingin datang ke rumah menziarah saya yg sedang bercuti sakit, saya terus memesan barangan dr pasar Jelawat. 

Antara barangan yg dipesan pastinya itik serati, rempah gulai kerutuk, ikan kering dan juga kulat sisir. Alhamdulillah semuanya ada kecuali kaki lembu. Musim tengkujuh, tidak ramai peniaga daging yg menyembelih lembu. 
IMG 4879A - Kulat Sisir Goreng Dgn Telur
Kulat sisir dr sana berbau macam kulat. Hahaha bukan macam yg saya beli di pasar tani di sini yg berbau getah. Memang kuat bau getahnya. Kulat sisir ini memang besar besar saiznya. Kulat yg dr Siam bukan yg dr kampung.

IMG 4822 - Kulat Sisir Goreng Dgn Telur

Saya pernah kongsikan resepi yg sama sebelum ini, blh click di SINI. Memang sedap meratah kulat sisir goreng dgn telur ni. Ada rasa macam meratah daging pun ada juga. Memang saya suka lauk ini. Sejak kecil dah biasa mkn yg disediakan oleh Bonda menggunakan kulat sisir liar yg tumbuh di kayu balak yg terdapat di kilag tembakau berdekatan rumah. 

Jom layan resepi di bawah ini dan video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba…

IMG 4881 1 - Kulat Sisir Goreng Dgn Telur

Kulat Sisir Goreng Dgn Telur
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 mangkuk kulat sisir
4 ulas bawang merah – hiris
3 ulas bawang putih – hiris
7 tangkai cili api – hiris 
3 biji telur – dikocok dgn garfu 
Garam 

Cara cara:
Kulat dibersihkan dan direndam dgn sedikit air garam. Kemudian ditos. 

IMG 4864A - Kulat Sisir Goreng Dgn Telur

Panaskan minyak dlm kuali dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan cili api dan kacau rata.   

Masukkan kulat sisir dan kacau sehingga naik minyak dan kering airnya. Masukkan garam secukupnya.  

Kemudian tuang telur dan kacau rata sehingga telur masak. Blhlah tutup api dan sedia utk dihidangkan.  
IMG 4869 - Kulat Sisir Goreng Dgn Telur
IMG 4872 - Kulat Sisir Goreng Dgn Telur
Loading...

Tags: #GORENG #Kulat #Sisir #TELUR

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Kulat Sisir Goreng Dgn Telur"