Kuih Tepung Gomak

Loading...

kuih tepung gomak1 1 - Kuih Tepung GomakSudah lama juga teringin nak mkn kuih tepung gomak ni tapi selalu bertangguh aje. Bukannya apa utk menyediakan abuk2nya(tepung kacang hijau) tu agak merumitkan sedikit. Di sini tidak ada jual tepung kacang hijau, jadi saya kenalah membuatnya sendiri. Oleh kerana hendak juga mkn, maka terpaksalah merajinkan diri utk membuatnya dan hasilnya, jadilah kuih tepung gomak di Abu Dhabi..

Bahan utk menyalut kuih(abuk2):

500g kacang hijau

Cara penyediaan:

1. Basuh dan toskan kacang hijau.
2. Goreng kacang hijau sehingga kekuningan dan diangkat.
3. Kisar kacang tadi dgn menggunakan pengisar kering. Kisar sekejap sahaja utk membuang kulitnya dahulu. Tampi utk membuang kulit kacang yg tertanggal.
4. Kemudian barulah kisar kacang tersebut sehingga hancur dan menjadi tepung. Ayak kacang supaya mendapat tepung yg halus. Lakukan mengisar kacang sehingga semuanya habis.
5. Simpan didalam bekas sebelum digunakan utk menyalut kuih.

Bahan inti:

1 biji kelapa parut
200g (2ketul) gula melaka atau gula merah
1/2 cawan gula pasir @ secukup rasa
1 sudu besar tepung gandum
Secubit garam
1 helai daun pandan
Air.

Cara penyediaan:

1. Masak gula melaka, gula pasir, sedikit garam dan daun pandan bersama air sehingga gula hancur. Angkat dan tapiskan.
2. Masukkan kelapa,tepung gandum ke dlm air gula tadi. Kacau sehingga inti masak dan sebati. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu.
3. Utk memudahkan kerja, bulat2kan inti terlebih dahulu dan ketepikan.

Bahan kuih tepung gomak:

500g tepung pulut
Sedikit garam
Air secukupnya

Cara penyediaan:

1. Bancuh/gaulkan tepung pulut dgn air yg telah dicampur sedikit garam(sesedap rasa) sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati/kental . Buat sama macam bancuhan kuih buah melaka.
2. Ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan. Masukkan inti dan bulatkan serta leperkan semula.
3. Masakkan air, setelah mendidih masukkan kuih dan masak sehingga kuih timbul(naik ke atas) barulah diangkat.
5. Kemudian gaulkan dgn tepung kacang hijau sehingga menyaluti kuih dan blhlah dihidangkan.

kuih tepung gomak - Kuih Tepung Gomak

Loading...

Tags: #Gomak #Kuih #Tepung

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Kuih Tepung Gomak"