KUIH TEPUNG BAKO UBBI KAYU YANG LEMBUT DAN SEDAP !

3Y2A7596 1 - KUIH TEPUNG BAKO UBBI KAYU YANG LEMBUT DAN SEDAP !

Assalamualaikum
Hari ni ita kongsikan kuih atau manisan yg dah lama ita nak buat, cuma tak berkesempatan nak buat bila ita sibuk dgn tempahan kek.. sibuk dgn kelas… Geram je bila tengok kawan-kawan yg lain telah pun mencuba. So bila rRamadhan tiba, ita tak tunggu lagi utk cuba resepi yg dah lama di idamkan.

Kuih Tepung Boko Ubi di beri nama dan merupakan kuih yg sedang viral dan dikatakan menjadi kesukaan ramai. Kuih yg berasal dr negeri Cik Siti Wan Kembang ni mula menular dan viral sekitar awal thn ni. Sebenarnya banyak lagi kuih muih yg sedap-sedap dr Pantai Timur.. sebab bila ita balik kampung.. masyaallah… banyaknya kuih muih mereka yg kadang ita pun tak tau  mana satu nak di rasa.. yg penting semuanya manis-manis belaka.

Tapi la ni.. ramai yg dah mula kurangkan manisan dlm mknan dan semakin ramai yg tambahkan manisan dlm senyuman.. tak gitu..^_^

Kenapa nama kuih ni tepung bako? sedangkan tiada pengunaan tepung dan tidak di bako.. itu kenalah tanya orang Kelantan.. orang Kelantan yg ada kat rumah ni dah jadi Kelantan celup! tu yg kalau tanya pun tak berapa nak tau hihi.. ^ o ^

Apa rasa kuih ni?
Kuih ni rasanya sama lah lebih kurang kuih talam ubi .. cuma ia lebih lembut dan perlu di mkn dgn sudu. Sebab tu kalau di Kelantan biasanya mereka masak dlm loyang besar dan kalau nak mkn baru senduk ubi tu dlm pinggan dan baru di curahkan kuah santan atasnya. Berlainan dgn talam ubi yg blh di potong. Tapi rasa seakan sama.

Dan ramai yg dah komersialkan dan mereka jual dlm bekas comel macam yg ita buat ni.. dan di jual .. laku keras dik.. lebih-lebih lagi jualal bulan Ramadhan ni..

Peringatan
Bagi yg nak buat dlm bekas kecil,  santan tu perlu lebih dr sukatan biasa.  Resepi yg kak ita bagi ni utk santan kak ita dah lebihkan, sebab ita buat dlm bekas kecil. Bagi yg buat dlm loyang blh kurangkan santan tu kepada 1/2 adunan.

Ok lah jom kita terus sahaja pd resepi.. kang dapur ita tak berasap pulak bila dok sembang memanjang..

3Y2A7573 - KUIH TEPUNG BAKO UBBI KAYU YANG LEMBUT DAN SEDAP !

KUIH TEPUNG BAKO UBI KAYU

LAPISAN BAWAH

3 cawan ubi yg telah di parut halus ~
akak blender je caranya masukkan ubi yg di potong kecil dlm blender letak air sikit dan kisar.. lepas tu tapis
Baki tapisan air tu jangan buang.. mendakkan dulu air tu.. air kuning tu kena buang sebab kalau letak dia pahit, ambil mendakkan yg putih aje.., masukkan dlm hampas ubi tadi.  Baki mendapan tu manis itu sagu dia.., so kena letak balik dlm hampas ubi. Hampas ni yg kita nak gunakan dlm pembikinan kuih kita nanti. Ubi tadi tu tapis je tau! tak payah perah pulak, biar air dia turun sendiri dr tapis tu..

2 cawan gula merah atau blh guna 2 cawan gula Melaka ~ gula merah dan gula melaka ni gula yg berlainan ya.. dan rasanya juga lain sikit. Tapi dua2 pun sedap! kalau guna gula Melaka lebihkan gula pasir sikit

1/2 cawan gula pasir
2 helai daun pandan ~ disimpul
3 cawan air

Cara buat kat ita ada kongsikan video di IG, blh follow IG akak
( terima kasih pd yg dah follow terharu sangat ^_^)

Mula-mula kita buat air gula dulu
Satukan semua bahan kecuali ubi dlm periuk dan masak sampai gula kita larut
*Bila dah masak, sejukkan dulu..
Kemudian tuang dlm ubi yg kita dah parut tadi dan kacau rata

Panaskan kukusan
Susun bekas kecil dlm kukusan kak ita guna bekas no MS SQ250
Jadi dlm kukus kak ita guna tu blh muat 16 kotak utk sekali kukus
Untuk satu adunan ni dapat 32 bekas
kalau 1 bekas jual rm 5 satu adunan dapat berapa tu dik..

59901933 425375224946423 2227708826725908480 n - KUIH TEPUNG BAKO UBBI KAYU YANG LEMBUT DAN SEDAP !

Sesiapa yg minat kukus kak ita ni blh wasap akak ya 018 3747833, harga RM 230 semenanjung je.. Sabah dan Sarawak akak tak pos ya takut kemek dik..

Tuang 1/2 bekas sahaja, kemudian kukus sehingga masak dlm 20 minit
kalau nak letak loyang tuang semua dlm loyang, guna loyang 9 inc atau 8 inc pun blh
Sementara tunggu bahagian bawah masak, kita sediakan bahagian atas

LAPISAN ATAS

2 kotak santan KARA
3 cawan air
7 sudu besar tepung beras
1 1/2 sudu teh garam

Satukan semua dlm periuk dan masak atas dapur sehingga sedikit pekat, jangan pekat sangat nanti susah nak tuang.

Bila bahagian bawah dan masak, tuang lah bahagian putih atas bahagian bawah
dah pun siap..
yum! yum! sedapnya…

3Y2A7541 - KUIH TEPUNG BAKO UBBI KAYU YANG LEMBUT DAN SEDAP !

Loading...

Tags: #BAKO #Kayu #Kuih #Lembut #Sedap #Tepung #UBBI #yang

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Comments are closed.