Kuih Seri Muka

Loading...


assalamualaikum wbt..

biar pn dh banyak kali buat kuih seri muka..tapi kakcu tetap suka nk mencuba resepi kuih ni dr kawan2 yg lain..hari ni kakcu cuba resepi kuih seri muka Milla safinaz..alhamdulillah menjadi pun…betul2 sedap..tk tipu punya..terima kasih milla yg sudi berkongsi resepi…moga kehidupan milla di berkati Allah jua..izinkan kakcu letakkan resepi tu di sini ye…;))

IMG 5648 1 - Kuih Seri Muka



                                        


                                        IMG 5651 - Kuih Seri Muka



Bahan lapisan bawah:

400 gm/ 2 cwn pulut putih(direndam 3 jam)
2 cwn santan cair(kena sama dgn sukatan pulut)
sedikit garam

Caranya:
1.Kukus pulut yg telah direndam tadi selamat 40 minit.
2.Campurkan santan cair, garam, gaul sebati.
3.Kemudian di tuangkan ke dlm pulut kukus n kacau sebati.Santan dgn pulut mesti sama parasnya.
4.Kukus lagi selama 30 minit.
5.setelah masak,tekan pulut tadi sehingga mampat.

Bahan lapisan atas(diblender sehingga hancur n halus):
2 cwn santan pekat 
sedikit daun pandan


1 cwn tepung gandum
3/4 cwn gula(nak manis-1 cwn gula)
1 biji telur
sedikit garam
sedikit pewarna hijau

Caranya:
1.Blender semua bhn tadi n tapiskan.
2.Tuangkan adunan ke atas pulut yg telah di tekan.
3.Kukus selama 40 minit…setiap 10 minit dibuka utk buang wap air..
4.Sejukkan n hidangkan.

Loading...

Tags: #Kuih #Muka #Seri

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Kuih Seri Muka"