Kuih Serabai Kuah Durian

kuih serabai 1 - Kuih Serabai Kuah DurianPertama kali mkn dan membuat kuih serabai ini. Setelah melihatnya di internet, rasa teringin utk mencuba memandangkan cara2 membuatnya agak senang. Resepi yg dirujuk dr my resipi Serabai

Bahan-bahan:

Serabai:
500gm tepung beras
300gm nasi ~ kisar bersama sedikit air sehingga hancur
1 1/2 biji kelapa ~ perah santan dgn air suam dan jadikan 1 liter
1 1/2 sudu kecil yis/ baking soda
Garam secukup rasa

Kuah Durian:
1 cawan gula perang
2 cawan santan
Isi durian atau lempok secukupnya
2 helai daun pandan ~ disimpul/diikat
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

Serabai:

1. Campurkan yis/baking soda dgn santan suam dan kacau sebati.
2. Kemudian campurkan kesemua bahan serabai sehingga sebati dan peram sehingga 2 jam.(kecairan bancuhan sama seperti membuat kuih cara).
3. Kalau nak senang, masukkan ke dlm blender dan blend sehingga hancur.
4. Panaskan acuan serabai atau non stick pan dan sapukan sedikit minyak.
5. Masukkan adunan 3/4 penuh ke dlm acuan serabai dan masak sehingga adunan masak di atas api kecil. Buat sehingga habis adunan.

Kuah Durian:

~ Campurkan kesemua bahan ke dlm periuk dan masak dgn menggunakan api yg sederhana sehingga pekat.

kuih serabai2 - Kuih Serabai Kuah Durian Saya menggunakan kuali non stick utk memasak kuih serabai..

kuih serabai3 - Kuih Serabai Kuah Durian

Kuih serabai yg telah siap dimasak dan sedia utk dihidangkan..

Loading...

Tags: #Durian #Kuah #Kuih #SERABAI

author
Author: 
    Indonesian Food Noodles with Egg INDOMIE – Cara masak Mie Instan Yang Enak
    Bantu mencapai 5000 Subscribe ya 😁 Klik Subscribe Gratis 😁 SUBSCRIBE ya mas/mbak
    Cara Membuat Bihun Goreng – How To Make Indonesian Style Fried Rice Vermicelli II Cook Like Kayka
    cook like kayka, bihun goreng, how to prepare bihun goreng sederhana, Indonesian style
    Pepe, Kek, and the Rise of an Elder God
    The Pepe/Kek phenomenon is far more than just an amusing meme; it’s a
    MEE GORENG
    My take on making Mee Goreng . If you enjoy, give it a

    Leave a reply "Kuih Serabai Kuah Durian"