Kuih Manja Kaya Yeos

3Y2A2276 1 - Kuih Manja Kaya Yeos

Ramadan datang lagi, tentu ibu-ibu atau yg bujang pening kepala nak masak apa yg mudah kan? Balik kerja kena hadap jalan sesak dan menyebabkan kekangan utk menyediakan juadah yg berbaloi utk di mkn buat berbuka. Pastinya kita semua memerlukan mknan yg sedap dan paling penting sihat. Jadi utk memastikan kita semua mendapat yg #terbaikramadan, jom cuba resepi mudah dgn hanya tiga sehingga empat langkah sahaja.

3Y2A2501 - Kuih Manja Kaya Yeos


Masak apa ya kawan-kawan utk hidangan berbuka puasa hari ni?
Hari ni ita sediakan kuih manja. Kuih ni popular di pantai timur tau. Kebiasannya inti dlmnya di letakkan kaya atau kastard. Kuihnya comel-comel dan saling tak tumpah kuih apam balik kalau di Johor Bahru. Cuma di JB kuihnya di buat agak besar intinya pula di letakkan kacang yg di gaul bersama gula di letakkan susu pekat manis dan jagung manis. 

3Y2A2568B2 - Kuih Manja Kaya Yeos


Untuk resepi kali ini yg mudah dan ringkas, ita menggunakan Seri Kaya Yeo’s. Tak perlu nak bersinsing lengan membuat kaya, bukak tin dah jadi dah kaya, rasanya pun sedap mkn dgn apa pun sedap! kalau tak sempat nak sediakan apa manisan utk berbuka puasa, cuba buat kuih manja ni.. anda pasti suka.

3Y2A2318 - Kuih Manja Kaya Yeos


KUIH MANJA KAYA YEO’S

150 gm tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
1 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam
1 biji telur
1 sudu besar minyak masak
1 sudu besar gula
250 ml air
1 sudu teh esen vanilla

Satukan semua bahan dlm nlender dan kisar halus
Panaskan kuali leper, oleskan dgn sedikkit margerin
Tuangkan sesudu adunan, biarkan masak
Letakkan inti kaya di tengahnya
Dan lipat dua
Sedia di hidangkan bersama minuman Lychee Yeo’s sbg penghilang dahaga.
Lychee Yeos sedap di hidangkan sejuk bersama ketulan ais.



3Y2A2431 - Kuih Manja Kaya Yeos


3Y2A2621 - Kuih Manja Kaya Yeos




Loading...

Tags: #Kaya #Kuih #manja #Yeos

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "Kuih Manja Kaya Yeos"