Kuih Lompat Tikam Kelantan Yg Nostalgia Bersama Bonda

Loading...

Kuih Lompat Tikam Azie Kitchen
Kuih Lompat Tikam adalah kuih yg blh dianggap signature dish arwah Bonda saya, Hajjah Jahara Sulaiman. Kalau di kampung dulu, kuih lompat tikam Bonda dinanti nantikan di madrasah selepas solat Terawih. Bila giliran Bonda menyediakan kuih utk dihantar ke madrasah, kuih lompat tikam lah pilihannya. 

Tapi macam biasalah orang dulu dulu memasak atau menyediakan kuih muih semua main campak campak sahaja. Saya pernah belajar dan ditunjukkan cara menentukan kesesuaian cairan bahagian hijau dgn mengangkat sudip dan melihat bentuk jatuhan bancuhan tepung yg laju dan tidak menitis nitis. 
Kuih Lompat Tikam Azie Kitchen

Banyak kali juga saya gagal menyediakan bahagian lapisan hijau. Akhirnya saya balik dan mengambil kuali tembaga arwah Bonda utk di bawa ke sini. Dgn menggunakan kuali tembaga, barulah kuih lapisan hijau menjadi berkilat dan timbul gelembung lup lup lup di permukaannya menandakan ianya telah masak. Kalau kuali atau periuk biasa agak sukar.
Kuali tembaga Azie Kitchen

Hari ini saya menyediakan kuih lompat tikam selepas rasa tak mahu mkn nasi. Rasa ingin berehat. Memang saya hanya jadi tukang kacau bahan di kuali sahaja. Semua persediaan di buat oleh Ros, pengasuh Ammar. Dia juga yg mengambil itu dan ini. Saya memang tidak blh banyak bergerak atau lama berdiri. Kaki saya akan menjadi bengkak dgn serta merta disebabkan pengaliran darah yg belum normal selepas pembedahan kaki. 

Ketika tengah memasak, Boy dan Mia balik. Jadi Mia pun turut membantu saya di dapur. Alhamdulillah kerana berbaloi baloi dapat menyediakannya sendiri. Barulah ianya terhasil mengikut selera dan citarasa sendiri. Walaupun kuih lompat tikam banyak dijual dlm bekas plastik tapi susah utk mendapatkan rasa lompat tikam yg authentic Kelantan.  

Saya masih mengekalkan cara tradisional seperti yg dibuat oleh Bonda. Kecuali air gula yg saya permodenkan sedikit dgn menyediakan air gula hangus dan memasukkan sedikit bancuhan tepung jagung utk memekatkannya. Kalau cara Bonda, hanya memasak gula Melaka dgn sedikit air sehingga cair sahaja. Dgn cara menggoreng gula, ianya akan lebih sedap hasil dr proses caramelised gula tadi. 

Lagi satu Bonda tidak pernah menyediakan pulut berwarna utk dimakan dgn kuih lompat tikam. Kuih lompat tikam Bonda hanya tiga bahagian sahaja iaitu lapisan hijau, lapisan kuah santan dan lapisan air gula. 
Kuih Lompat Tikam Azie Kitchen

Tapi dah saya tengok ramai yg menghidangkan sekali dgn pulut merah, saya sediakan lah juga. Sekadar utk menambah warna cantik. Dan mknnya pun blh rasa ala ala kuih lopes. Hahaha Kalau mahu cantik pulut elok dikukus tapi saya tidak cukup dapur, jadi saya memasak dgn menggunakan rice cooker sahaja.


Klik di SINI utk melihat entri Kuih Lompat Tikam yg saya sediakan sebelum ini. Jom layan resepi yg saya gunakan hari ini dan juga video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba….
Kuih Lompat Tikam Azie Kitchen

Kuih Lompat Tikam Kelantan
Oleh: Azie Kitchen

Bahagian Hijau:
3 cawan tepung beras
1 sudu kecil air kapur – air yg jernih sahaja
2 1/2 cawan air daun pandan – dua titis pewarna hijau
4 cawan air


Daun pandan dikerat kerat dan dikisar bersama air. Tapis dan sedia utk digunakan sbg air daun pandan. 
Kuih Lompat Tikam Azie Kitchen

Satukan semua bahan di dlm mangkuk dan kacau rata. Tapis ke dlm kuali. 
Kuih Lompat Tikam Azie Kitchen

Kuih Lompat Tikam Azie Kitchen

Kacau atas api perlahan sehingga pekat, berkilat dan ada timbul gelembung meletup letup. Pastikan adunan betul betul masak. 
Kuih Lompat Tikam Azie Kitchen

Kuih Lompat Tikam Azie Kitchen

Tuangkan adunan ke dlm loyang besar dan sejukkan. Setelah sejuk, dipotong potong ikut suka. 
Kuih Lompat Tikam Azie Kitchen

Nota: 
Elok dibuat lebih awal bagi memastikan ianya telah keras dan sedia utk dipotong.  

Kuih Lompat Tikam Azie Kitchen

Kuah Santan
1 biji kelapa – ambil santan pekat
1 sudu besar garam kasar
1-2 sudu besar tepung beras – bancuh dgn air

Masak santan atas api perlahan sehingga mendidih. Masukkan garam dan bancuhan air tepung beras. 
Kuih Lompat Tikam Azie Kitchen

Kacau lagi sehingga kuah jadi pekat dan masak tapi jangan sampai pecah minyak. Kuah santan ini mesti menpunyai rasa masin. 


Kuih Lompat Tikam Azie Kitchen

Bahan Pulut Merah
2 cawan beras pulut susu – rendam seketika
3 sudu besar minyak masak
Sedikit garam
Sedikit pewarna merah/pink

Satukan semua bahan dan tuang air agak lebih sedikit dr paras pulut. Masak menggunakan rice cooker sehingga masak. 


Kuih Lompat Tikam Azie Kitchen

Bahan Gula Melaka
1 cawan gula pasir 
1 ketul gula kabung
2 helai daun pandan
3 sudu kecil tepung jagung – bancuh dgn sedikit air
Air secukupnya

Letak kuali atas dapur dan nyalakan api. Masukkan gula pasir dan kacau atas api perlahan sehingga menjadi cair dan sedikit perang. 
Kuih Lompat Tikam Azie Kitchen

Masukkan gula kabung dan daun pandan. Kacau seketika. Masukkan air dgn berhati hati sedikit demi sedikit. Masak sehingga mendidih. 
Kuih Lompat Tikam Azie Kitchen

Setelah mendidih, tuang bancuhan air tepung jagung utk memekatkannya. Siaap. 
Kuih Lompat Tikam Azie Kitchen


Cara menghidang:
Potong lapisan hijau dan masukkan ke dlm mangkuk atau pinggan. Masukkan sedikit pulut merah di tepinya. 

Tuang kuah santan di atas lapisan hijau. Akhir sekali, tuang air gula atas lapisan kuah santan. Sedia utk dinikmati.
Kuih Lompat Tikam Azie Kitchen


Loading...

Tags: #bersama #Bonda #KELANTAN #Kuih #Lompat #Nostalgia #Tikam

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Kuih Lompat Tikam Kelantan Yg Nostalgia Bersama Bonda"