Kuih Lapis Tepung Ubi Yg Sedap

Loading...

Kuih Lapis Tepung Ubi Yg Sedap

Pejam celik pejam celik, esok merupakan hari terakhir kita semua berada dlm thn 2018. Ia akan pergi dan tak mungkin kembali lagi. Saya yg berada dlm cuti sakit di penghujung thn ini lagi terasa cepatnya masa berlalu. 

Berada sendirian di bilik, sekali sekala cucunda saya Ammar akan menjenguk saya di bilik berhadapan ruang tamu. Saya telah hampir 2 bulan tidak naik ke bilik tidur saya yg berada di tingkat atas. Saya juga sangat rindu utk bersolat dan bersujud seperti biasa, namun apakan daya kerana saya belum mampu melakukannya. 

Seronok melihat kawan kawan bercuti di dlm dan luar negara. Saya hanya mampu melihat sahaja. Hasrat hati utk balik kampung juga, tidak kesampaian kerana saya tidak mahu menyusahkan Hubby utk menolak wheel chair yg mana mungkin ada tempat yg tidak sesuai utk menggunakan wheelchair.  

Walau apa pun yg terjadi, saya percaya akan adanya hikmah yg hanya Allah sahaja yg Maha Mengetahui. Saya perlu kuat dan perlu redha akan segala ketentuanNya kerana tiada siapa pun yg blh memberi kebaikan atau keburukan pd kita. 

Lagi pula, tiada siapa yg waras mahu dirinya jatuh sakit. Nikmat sihat tidak blh dibeli dgn wang ringgit. Betulkan? Sekarang kita masuk pula bab masakan di mana hari ini, saya ingin kongsikan berkenaan Kuih Lapis Tepung Ubi yg sangat sedap.  

Saya tertarik melihat cara penyediaan kuih lapis tepung ubi dlm youtube channel Nikmatul Rosidah, youtuber dr negara jiran iaitu Indonesia. Saya yg selama ini bukan sahaja tidak pernah cuba memasaknya sendiri tapi juga tidak suka mkn kuih ini. 


Gara gara seronok melihat ianya disediakan secara berlapis lapis, saya terus ingin mencubanya sendiri. Kalau sekali sekala saya mkn kuih ini, memang saya akan menariknya selapis demi selapis. Entri Kuih Lapis Tepung Beras sebelum ini, blh click di SINI.

Kuih Lapis Tepung Ubi Yg Sedap

Yang menarik kali ini, kuih lapis diperbuat dr 100% tepung ubi, jadi mesti kuihnya sedikit kenyal kenyal. Insya Allah nanti saya akan cuba pula kuih lapis menggunakan campuran tepung ubi dgn tepung beras pula. Kalau dah rasa seronok, pasti semua campuran bahan ingin dicuba.


Serious sangat sedap. Rasa kenyal kenyal dan tak melekat di tangan. Rasa seperti kuih dodol. Beberapa ketul masuk ke mulut tanpa disedari pun. Saya syorkan anda mencubanya. Pasti dapat dirasa satu kelainan dgn kuih lapis biasa yg dijual di kedai kedai. 
Kuih Lapis Tepung Ubi Yg Sedap

Jom layan resepi di bawah ini dan juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Saya syorkan anda subsribe Azie Kitchen youtube channel utk melihat video selepas melihat resepi di blog. Selamat mencuba…
Kuih Lapis Tepung Ubi Yg Sedap

Kuih Lapis Tepung Ubi 
Oleh: Azie Kitchen


Bahan bahan:
500 gram tepung ubi
250 gram gula pasir
1 liter santan – blh guna 2 santan kotak + air
1 sudu kecil garam
Esen vanila
Perasa pandan + pewarna hijau

Cara cara:
Satukan semua bahan di atas kecuali vanila dan perasa pandan. Pukul dan kacau rata. Tapis ke dlm mangkuk supaya semua tepung dan gula hancur. 

Bahagikan adunan kepada dua bahagian (anggaran 750 ml setiap satu). Satu dimasukkan esen vanilla dan satu lagi dimasukkan perasa pandan dan pewarna hijau. 
Kuih Lapis Tepung Ubi Yg Sedap

Panaskan periuk pengukus. Lenser loyang dgn minyak. Masukkan loyang ke dlm pengukus dan biarkan sehingga loyang panas. 

Masukkan 1-2 senduk adunan putih ke dlm loyang. Tutup pengukus dan biarkan selama 5 minit. Buka dan pastikan ianya telah mengeras. 
Kuih Lapis Tepung Ubi Yg Sedap

Masukkan adunan hijau dan tutup pengukus. Biarkan selama 5 minit. Buat sehingga habis kesemuanya secara berselang seli antara adunan putih dan hijau. 
Kuih Lapis Tepung Ubi Yg Sedap


Lapisan akhir sekali, kukus selama 30 minit bagi memastikan kuih benar benar masak. Angkat dan biarkan benar benar sejuk sebelum dipotong. 
Kuih Lapis Tepung Ubi Yg Sedap
Kuih Lapis Tepung Ubi Yg Sedap

Lenser pisau dgn sedikit minyak sebelum dipotong atau gunakan pisau plastik. Lalukan pisau sekeliling loyang. Terbalikkan kuih tadi atas lapisan plastik. Ia akan jatuh dgn sendiri. 

Potong nipis dan kemudian potong lagi. Balut kuih yg telah dipotong dgn plastik supaya ianya tidak melekat antara satu sama lain. 
Kuih Lapis Tepung Ubi Yg Sedap

Boleh disimpan dlm bekas bertutup dan masukkan dlm peti ais. Blh tahan selama 3 hari. 

Kuih Lapis Tepung Ubi Yg Sedap

Nota:

Saya guna loyang 8″, dapat hanya 6 lapisan. Lain kali saya harus guna loyang bulat saiz 6.5” – 7″, baru dapat lapisan yg banyak dan cantik.


Carian Berkaitan

resepi kuih lapis tepung ubi
Loading...

Tags: #Kuih #Lapis #Sedap #Tepung

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Kuih Lapis Tepung Ubi Yg Sedap"