Kuih Lapis Tepung Beras Yg Mudah

Kuih Lapis Tepung Beras Yg Mudah

Inilah kali pertama saya menyediakan kuih lapis. Selama ini tidak pernah terlintas utk mencubanya kerana saya sendiri tidak berapa menggemari kuih ini. Jika ada majlis mkn mkn, saya jarang sekali mengambil kuih ini. Bukan kerana rasanya yg tidak sedap tapi saya sendiri tidak tahu kenapa saya tidak memilhnya. Lainlah kalau dah tiada lagi kuih muih atau mknan lain. 

Tapi entah kenapa tiba tiba rasa ingin mencuba selepas melihat cara penyediaannya yg sangat mudah. Saya melihat youtube penyediaan kuih lapis ubi kayu. Tapi sebab saya tidak menpunyai stock tepung ubi, jadi saya menukar kepada tepung beras. 

Kuih Lapis Tepung Beras Yg Mudah

Saya menyalin resepi ini dr youtube di SINI. Kalau diikutkan, kuih mesti dibiarkan betul betul sejuk sebelum blh dipotong. Blh disimpan di dlm peti sejuk seketika. 

Tapi sebab saya mahu cepat kerana mahu ke hospital utk rawatan susulan. Kalau saya tidak mengambil gambar sekarang, pastinya tidak dapat mengambil gambar langsung kerana pastinya balik dr hospital sudah malam. 

Jom layan resepi di bawah ini dan juga video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba….

Kuih Lapis Tepung Beras Yg Mudah

Kuih Lapis Tepung Beras Yg Mudah
Oleh: Azie Kitchen


Bahan A:
2 cawan santan cair

3 helai daun pandan
1 1/4 cawan gula

Bahan B:
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum

2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil garam

Bahan C
1 cawan santan pekat

Cara cara:
Satukan semua bahan A dan dimasak atas dapur sehingga gula hancur. Tutup api dan sejukkan. 
Kuih Lapis Tepung Beras Yg Mudah

Satukan bahan B dan masukkan santan pekat dan kemudian tuangkan bahan A yg dimasak tadi. Kacau sebati. Tapis ke dlm bekas besar. 

Bahagi adunan kepada dua bahagian, lebih kurang 660 gram. Masukkan pewarna yg disukai. 


Panaskan pengukus dan lenser loyang dgn minyak. Masukkan loyang ke dlm pengukus sehingga panas. 

Tuangkan 1 senduk adunan ke dlm loyang. Tutup dan biarkan selama 5-7 minit. Buka penutup dan pastikan lapisan tadi telah masak sebelum dituang lapisan seterusnya. 
Kuih Lapis Tepung Beras Yg Mudah

Kuih Lapis Tepung Beras Yg Mudah


Buat sehingga habis secara berselang seli warna. Lapisan akhir sekali, dikukus selama 30 minit atau sehingga masak. Caranya blh dicucuk dgn lidi atau cake tester sehingga tidak melekat.
Kuih Lapis Tepung Beras Yg Mudah

Keluarkan dr pengukus dan biarkan sehingga benar benar sejuk. Sebelum dipotong, lenser pisau dgn minyak terlebih dahulu atau gunakan pisang plastik. 
Kuih Lapis Tepung Beras Yg Mudah

Boleh dibalut kuih yg telah dipotong dgn plastik supaya tidak melekat antara satu sama lain. 

Kuih Lapis Tepung Beras Yg Mudah
Kuih Lapis Tepung Beras Yg Mudah


Nota:
Sebelum benar benar sejuk, saya telah potong kerana menpunyai temujanji dgn doktor di hospital.


Loading...

Tags: #Beras #Kuih #Lapis #Mudah #Tepung

author
Author: 
    VLOG#182|RESEP BAKSO KENYAL DAN ENAK| RESEP BY ANTI MY FRIEND
    BAHAN BAKSO 1.DAGING SAPI 450GR 2.DAGING AYAM 250 GR 3.BAKING POWDER 1 SENDOK
    Tutorial Memasak mie Ala Cef Koplak
    Saya duwiarsana, di http://duwiarsana.com mencoba memasak mi dengan kompor baru saya yang lama
    RESEP SARWENDAH Apa Enaknya??? …… Review Hati Nurani Ala Rida
    Hello Teman – Teman Salam kenal buat kalian semua yang baru masuk atau
    Kelas Resepi Cara Buat Kek Harijadi, Kek Kahwin, Kek Pertunangan dan Birthday Cake
    Jom ke: http://www.deco.rahsiakek.com untuk detail video cara membuat kek harijadi, kek pertunangan, kek

    Leave a reply "Kuih Lapis Tepung Beras Yg Mudah"