Kuih Kole Kacang

Loading...

Kuih kole kacang 1 - Kuih Kole KacangSepertimana kuih tepung gomak, kuih kole kacang ini bagi saya agak rumit juga utk membuatnya. Terpaksa membuat tepung kacang hijau terlebih dahulu kerana di Abu Dhabi ini tidak pernah terjumpa oleh saya, pasaraya yg menjual tepung kacang hijau ini. Terlebih kuning(masak) ketika menggoreng kacang hijau menyebebkan tepungnya menjadi coklat dan hasil kuihnya menjadi sedikit gelap. Saya mencuba resepi dr my resepi..

Bahan-bahan:

1 cawan pati santan/santan pekat ~ utk membuat tahi minyak
1 cawan tepung kacang hijau
1 cawan gula merah
2 sudu atau lebih gula pasir
1 cawan air
2 cawan santan
2 helai daun pandan
Sedikit garam.

Cara penyediaan:

Untuk tahi minyak:

1. Dgn menggunakan api yg sederhana, masak pati/santan pekat sehingga menjadi tahi minyak.
2. Apabila siap, ambil tahi minyak yg terhasil dan biarkan lebihan minyak yg ada didalam kuali tersebut.(kuali ini nanti akan digunakan utk memasak kuih)

Kuih kole kacang:

1. Masak gula merah, gula pasir dan daun pandan bersama air sehingga larut. Tapis dan sejukkan.
2. Masukkan tepung kacang hijau, santan, air gula merah dan garam ke dlm bekas yg sesuai dan kacau sebati.
3. Masukkan adunan ke dlm kuali yg berisi lebihan minyak tadi. Masakkan adunan dgn menggunakan api yg sederhana. Hendaklah dikacau selalu supaya adunan/kuih tidak bergentel.
4. Masak kuih sehingga pekat. Apabila sudah masak, masukkan ke dlm bekas atau loyang.
5. Bila kuih telah sejuk, taburkan tahi minyak dan barulah dipotong.


Carian Berkaitan

koleh kscang johyor yg srdap
Loading...

Tags: #Kacang #Kole #Kuih

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Kuih Kole Kacang"