KUIH KOCI BERSANTAN

DSC 0414 2 - KUIH KOCI BERSANTAN

DSC 0416 1 - KUIH KOCI BERSANTAN

DSC 0427 - KUIH KOCI BERSANTAN
Baru datang seru nak mengoci. tu pun sebab terbeli daun pisang. konon-konon daun pisang tu nak alas utk ikan bakar nanti.. Tapi memandangkan asyik tak ada masa je nak bakar ikan.. (padahal blh je pon bakar kat periuk ajaib) takut daun pisang tersebut kering.. Maka terjadi la koci bersantan yg sedap…(sedap rupanya koci bersantan ni) selalu mkn yg tak ada santan.. 
Koci ni kan..bila sejuk pun tak liat.. pulak tu elisya buat sebesar bola golf.. ya ampun.. seksanya nak masuk mulut.. terpaksa mkn guna sudu.. kalau koci biasa beli.. sekali ngap je.. ni kena berkali-kali ngap.. hihihi
jom layan resepi… (lupa nak ambil gambar step by step)

DSC 0393 - KUIH KOCI BERSANTAN
RESEPI KUIH KOCI BERSANTAN
Bahan Doh:
2 cawan tepung pulut
2 sudu mkn tepung beras
2 sudu mkn tepung gandum
1 camt garam
sedikit perwarna hijau

1 cawan air (air di tuang perlahan-lahan sehingga adunan tepung menjadi doh. jangan tuang sekaligus)
Cara Membuatnya:
– Satukan  Tepung pulut, tep beras, tep gandum dan garam di dlm 1 bekas.
– letak sedikit perwarna hijau.
– Tuang air perlahan-lahan sedikit demi sedikit sehingga adunan tepung menjadi doh.
DSC 0348 - KUIH KOCI BERSANTAN
Bahan Inti:
1 biji kelapa parut putih
1 cawan gula merah/melaka 
1/2- 3/4 cawan gula pasir
daun pandan simpul
1/2 cawan air
Cara Membuatnya:
– Satukan gula melaka, gula pasir di dlm periuk. tuang 1/2 cawan air. masak sehingga gula larut.
– Angkat dan tapis.
– Kemudian masukkan kelapa di dlm kuali. tuang air gula tadi. masukkan daun pandan simpul.
– Kacau sehingga kering. angkat dan sejukkan.

DSC 0394 1 - KUIH KOCI BERSANTAN
Resepi Kuah Santan
1/2 cawan tepung beras
1 sudu mkn gula
sedikit garam
3 cawan santan

Cara membuatnya:
– Satukan kesemua adunan. kacau rata.
– masak menggunakan api perlahan sehingga adunan kelihatan kental dan likat. angkat

DSC 0395 - KUIH KOCI BERSANTAN
CARA MEMBUAT  KUIH KOCI:
– Ambil adunan tepung sedikit dan bentukkan bulat.
– Letak inti kelapa di tengahnya. Buat sehingga habis.
– Panaskan air di dlm periuk sehingga mendidih.
– Masukkan adunan yg koci yg telah di bentuk tadi. masak sehingga adunan terapung naik ke permukaan (seperti onde-onde)
– Angkat guna penapis. letak sedikit minyak supaya kuih tidak melekat.
– Masukkan kedalam kuah santan.
– sediakan daun pisang yg telah di layur.
– masukkan kuih koci dan tuang sedikit santan.
– Bungkus. buat sehingga habis.
– Kukus lebihkurang 5 minit.
DSC 0386 - KUIH KOCI BERSANTAN

Loading...

Tags: #BERSANTAN #Koci #Kuih

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "KUIH KOCI BERSANTAN"