Kuih Bergoreng Warisan Tradisional Sentiasa Sedap Dimakan

Untitled design 4 7 1 - Kuih Bergoreng Warisan Tradisional Sentiasa Sedap Dimakan

Kuih Goreng warisan orang lama kita memang sedap dinikmati sepanjang zaman. Mudah dibuat dan kosnya pun murah aje.

Boleh dibuat sarapan dan sajian petang, ni 4 resipi min kongsikan utk dibuat esok pagi nanti ya. Korang try lah nanti ya…

1. SARDIN ROLL

Untitled design 3 9 1 - Kuih Bergoreng Warisan Tradisional Sentiasa Sedap Dimakan

BAHAN-BAHAN :

Bahan doh :

  • 500 gm tepung gandum
  • 150 gm marjerin @ mentega
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 110 ml air sejuk/dingin dr peti sejuk

Bahan inti :

  • 1 tin kecil sardin
  • 2 sudu mkn cili kisar
  • 3 ulas bawang putih /ditumbuk
  • 3 biji cili padi /dicincang
  • 1 biji bawang besar /dicincang
  • 1 sudu mkn jus limau nipis
  • 1 biji ubi kentang /dipotong dadu
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak utk menumis

CARA MEMASAK :

CARA MASAK INTI :

  1. Panaskan minyak masak dlm kuali.
  2. Tumis cili kisar, masukkan bawang putih dan bawang besar dan cili padi.
  3. Tumis sehingga agak garing, masukkan kentang, kacau dan biarkan kentang masak
  4. Masukkan sardin dan garam, biarkan masak . Angkat dan ketepikan

CARA BUAT DOH DAN PENYEDIAAN:

  1.  Satukan tepung gandum, gula, garam dan marjerin atau mentega. Gaul sehingga menjadi tekstur serbuk roti dan tidak mengapa jika ada sedikit ketulan kecil mentega.
  2. Masukkan telur ayam dan gaul sebati.
  3. Tuangkan air sejuk sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yg lembut dan licin. Jika keras tambahkan lagi sedikit air.
  4. Balut doh dgn ‘plastic wrap’ dan masukkan dlm peti ais selama 15- 30 minit.
  5. Keluarkan doh dr peti sejuk, dan bahagikan doh kepada bebola kecil seberat 25 gm setiap satu.
  6.  Ambil satu doh kecil, canai nipis jadi memanjang
  7.  Kelar bahagian atas, letakkan sedikit inti pd sebelah bahagian yg tidak dikelar
  8. Gulung dan tarik bahagian sisi doh dgn kemas
  9.  Panaskan minyak masak dan goreng sehingga kekuningan. Angkat dan toskan.

Saiz hidangan : 5 orang

Masa memasak : 40 minit

Cara memasak : Goreng

Jenis masakan : Kuih tradisional

Keistimewaan : Kulit doh ini sama dgn cara membuat pastri

Anggaran kos : RM 10

INFO CHEF : Ketulan mentega yg terhasil akan membuatkan doh yg dileper dan digoreng menjadi berongga dan rangup. Pastikan roh direhatkan di dlm peti sejuk.

2. CUCUR BADAK

Untitled design 1 9 - Kuih Bergoreng Warisan Tradisional Sentiasa Sedap Dimakan

BAHAN-BAHAN :

Bahan inti :

  • Minyak masak utk menumis
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 100 gm udang kering /direndam dulu
  • 1 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang kecil
  • 7 biji cili merah
  • 1 sm halia
  • 1 batang serai
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 sudu mkn gula
  • 1/2 sudu teh garam

Bahan doh :

  • 250 gm keledek /rebus dan lenyek
  • 4 sudu mkn tepung gandum
  • 1/2 sudu teh garam
  • Minyak utk menggoreng

CARA MEMASAK :

CARA MASAK INTI :

  1. Kisar semua bahan inti kecuali kelapa parut
  2. Panaskan minyak masak, masukkan bahan kisar, kacau sehingga masak
  3. Masukkan kelapa parut, gaul rata, Tutup api dan ketepikan.

CARA BUAT DOH DAN PENYEDIAAN :

  1. Ambil keledek dan masukkan ke dlm bekas, lenyek.
  2. Masukkan tepung gandum perlahan-lahan dan uli.
  3. Ambil sedikit doh, masukkan inti di tengah
  4. Ulang sehingga doh dan inti habis
  5. Goreng sampai kekuningan , angkat dan toskan

Saiz hidangan : 5 orang

Masa memasak : 40 minit

Cara memasak : Goreng

Jenis masakan : Kuih tradisional

Keistimewaan : Kuih rasa keledek yg lembut dan berinti pedas 

Anggaran kos : RM 7

INFO CHEF : Jika anda hendak menyimpan dlm peti sejuk dlm masa yg lama anda blhlah menggorengnya separuh masak.

3. KUIH TOPI *(Kuih Pantai Timur)

Untitled design 2 9 1 - Kuih Bergoreng Warisan Tradisional Sentiasa Sedap Dimakan

BAHAN-BAHAN :

  • 1 1/2 cawan gula
  • 2 cawan air
  • Secubit garam
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras

CARA MEMASAK :

  1. Gula, air dan garam dimasak sehingga gula hancur. Sejukkan air gula.
  2. Tepung gandum dan tepung beras dicampurkan. Kemudian masukkan air gula sedikit demi sedikit.
  3. Kacau sehingga adunan tidak berketul dan berbuih.
  4. Kemudian perap 8 jam atau semalaman
  5. Sebelum goreng kacau sebati dulu adunan kuih topi itu. Kalau pekat tambah sedikit air dan kacau sebati.
  6. Apabila adunan sudah sebati ambil sesenduk adunan curah dlm kuali yg sudah panas minyak.
  7. Guna kuali yg dlm, bila sudah masuk, balikkan kuih topi.
  8. Masa ini anda blh lihat topinya naik.
  9. Goreng sehingga tepi dan kelililing kuih agak garing
  10. Kuih topi siap dihidangkan

Saiz hidangan : 4-5 orang

Masa memasak : 15 minit

Cara memasak : Goreng

Jenis masakan : Kuih tradisional

Keistimewaan : Aduan tepung gandum dan beras menghasilkan kuih yg rangup dan manis

Anggaran kos : RM 5

INFO CHEF : Kuih topi cukup popular di Kelantan dan Terengganu. Ia juga dikenali sbg kuih cucur manis  atau cucur jawa.

4. KUIH BOM

Untitled design 68 - Kuih Bergoreng Warisan Tradisional Sentiasa Sedap Dimakan

Foto : pikstagram.com

BAHAN-BAHAN :

Bahan doh :

  • 2 cawan tepung pulut
  • 2 sudu mkn tepung gandum
  • Garam secukup rasa
  • 1 cawan air
  • Bijan secukupnya utk salut

 Bahan inti kelapa :

  • 1 biji kelapa parut/ putih sahaja
  • 1 cawan gula merah atau gula Melaka
  • 2 sudu mkn gula pasir
  • 2 helai daun pandan /disimpul
  • Sedikit air utk melarutkan gula

CARA MEMASAK :

CARA MASAK INTI :

1.Gaulkan kesemua bahan inti dlm kuali dan jerangkan di atas api yg sederhana.

2. Kacau inti sehingga melekit dan separa kering

3.Angkat dan ketepikan

4. Bila sudah sejuk kepal inti bulat-bulat.

CARA BUAT DOH:

  1. Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam.
  2. Bancuh dgn air sedikit sedikit sehingga menjadi doh yg tidak melekat di tangan.
  3. Jika terlembik tambahkan sedikit lagi tepung beras pulut
  4. Sapukan sedikit minyak pd tapak tangan. Ambil adunan leperkan dan masukkan inti kelapa yg telah dikepal bulat-bulat tadi.
  5. Golekkan di atas bijan. Kemudian goreng dlm minyak panas sehingga kekuningan.
  6. Angkat dan toskan.

 Saiz hidangan : 9 biji kuih bom bersaiz bola ping pong

Masa memasak : 15 minit

Cara memasak : Goreng

Jenis masakan : Kuih tradisional

Keistimewaan : Kulit ini agak liat dan kenyal kulitnya, salutan bijan mengenakkan lagi rasa 

Anggaran kos : RM 7

INFO CHEF : Selain inti kelapa manis, kuih bom ini juga didapati dgn inti kacang hijau dan kacang dal. Lebihan inti blh disimpan utk dibuat inti kuih lain seperti kuih koci, ketayap dan pulut inti.

Loading...

Tags: #Bergoreng #Dimakan #Kuih #Sedap #Sentiasa #Tradisional #Warisan

author
Author: 
    Resep Dan Tutorial Memasak Kwetiau Goreng Ala Chef dapurputih.com
    Resep Masak dan Video Tutorial Cara Memasak Kwetiau Goreng Kamu dapat membaca resep
    Resepi Puding Milo Oreo
    Ade yg Kate Puding Oreo Milo ni tengah viral skg. Betul ke? Rasenye
    RESEP TTEOKBOKKI – Rice cake – Gochujang
    Hai guys kali ini sy mo share resep Tteokbokki (spicy Korean Food) salah
    Nasi Goreng, Indonesian Fried Rice Recipe
    Nasi Goreng is just an exotic name for Fried Rice…so we hear! But

    Comments are closed.