Kuih Bakar Yg Sangat Sedap dan Wajib Dicuba

IMG 6004 1 - Kuih Bakar Yg Sangat Sedap dan Wajib Dicuba


Selamat Thn Baru 2019 kepada anda semua walau di mana anda berada. Jika saat menjelang thn baru 2018, kami sekeluarga berada di London tapi thn ini, saya dan Hubby hanya berada di rumah sahaja. 

Terlalu lama terperap di rumah, saya seperti kehilangan semangat juang. Tapi saya berharap sinar thn baru, akan memberikan semangat baru buat saya. Saya ingin segera sembuh dan blh berjalan seperti sedia kala. Mudah mudahan. Aameen.

Seperti yg dijanjikan semalam di mana saya menulis di Instagram jika ramai follower saya yg mahukan resepi Kuih Bakar yg sangat sedap ini, barulah saya akan kongsikan resepinya. Oleh kerana komen yg diterima sangat sangat menggalakkan, maka saya tunaikan janji dgn menyertakan resepinya di bawah ini.

Saya memilih resepi Kuih Bakar sbg entri pertama di thn 2019 memandangkan ianya adalah kuih kegemaran ramai, bahan bahan yg mudah dan cara penyediaan yg cepat dan rasanya sangat sedap. 

Kami sekeluarga mkn kuih ini utk hidangan petang. Menantu saya Alain yg mkn selepas balik dr pejabat juga, mkn lepas satu satu. Sedap dan ada kelainan rasa, katanya.

IMG 6005 - Kuih Bakar Yg Sangat Sedap dan Wajib Dicuba

Sangat mudah disediakan, bahan bahan yg ringkas, cepat dan yg paling penting, sedap giler. Secukup sahaja kemanisannya. Pendek kata, saya memang syorkan agar anda mencubanya sendiri di rumah. Mana tahu blh dibuat berniaga.

Jom layan resepi di bawah ini dan jangan lupa utk melihat video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel bagi mendapat gambaran bagaimana ianya disediakan. Blh click di SINI. Selamat mencuba… 
IMG 6010 - Kuih Bakar Yg Sangat Sedap dan Wajib Dicuba

Kuih Bakar Yg Sangat Sedap
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 cawan gula pasir
2 cawan jus pandan – 7 helai daun pandan + 4 helai daun limau purut
2 cawan santan
2 cawan tepung gandum
6 biji telur
1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
Garam
Pewarna hijau
Bijan secukupnya
Minyak masak

Cara cara:
Satukan semua bahan dan kacau menggunakan whisk. Masukkan serbuk kulit kayu manis, garam dan tepung. Tapis adunan. 

Panaskan loyang atas dapur. Masukkan minyak dan bijan. Tuang adunan dlm 3 senduk atau lebih kurang 300 ml. 

IMG 5958 - Kuih Bakar Yg Sangat Sedap dan Wajib Dicuba

IMG 5959 - Kuih Bakar Yg Sangat Sedap dan Wajib Dicuba

IMG 5960 - Kuih Bakar Yg Sangat Sedap dan Wajib Dicuba

Nota: Satu cara lagi ialah bijan ditabur selepas adunan hampir mengeras bagi memastikan bijan tidak tenggelam. Selepas ditabur, blh pindahkan ke dlm oven. 

IMG 5967 - Kuih Bakar Yg Sangat Sedap dan Wajib Dicuba

IMG 5974 - Kuih Bakar Yg Sangat Sedap dan Wajib Dicuba

IMG 5977 - Kuih Bakar Yg Sangat Sedap dan Wajib Dicuba

Biarkan adunan agak mengeras dan sedikit keperangan, baru dipindahkan loyang ke dlm oven dan bakar sehingga masak mengikut garing yg disukai. Nota: saya bakar antara 30-35 minit pd suhu 180C. 
IMG 5963 - Kuih Bakar Yg Sangat Sedap dan Wajib Dicuba

IMG 5964 - Kuih Bakar Yg Sangat Sedap dan Wajib Dicuba

Nota:

Adunan menghasilkan 5 biji kuih bakar. 



Loading...

Tags: #Bakar #Dicuba #Kuih #sangat #Sedap #Wajib

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "Kuih Bakar Yg Sangat Sedap dan Wajib Dicuba"