KUIH BAKAR KELAPA dan CREAM CRACKERS

PUDINGBKEL. - KUIH BAKAR KELAPA dan CREAM CRACKERS

 Assalam buat semua..
Resepi kuih ni dah hampir 10 thn saya simpan.
Sekali tu tengah kemas almari buku terjumpa pula buku resepi lama.
Belek punya belek terjumpa pula resepi yg sedap ni.
Boleh di mkn potong ataupun guna scoop sahaja.
Atasnya garing dgn meringue dan lapisan bawahnya lembut.
Let’s try baking

KUIH BAKAR KELAPA dan CREAM CRACKERS

Bahan-bahan
400 ml santan
500 ml susu segar/full cream milk/susu cair
80 gm gula kastor
2 cawan serbuk biskut cream crackers
1 cawan kelapa muda parut
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu mkn gula
sedikit garam
2 biji putih telur

Hiasan
cornflakes/serbuk biskut

Untuk meringue
Putar putih telur dgn gula(80 gm )hingga stiff.

  • Campurkan santan,susu,gula (2 sudu besar) dan sedikit garam.
  • Panaskan di atas api sederhana sambil di kacau sebati selama 2 minit.
  • Masukkan serbuk biskut dan kelapa parut.
  • Kacau sehingga pekat dan alihkan dr api.
  • Masukkan esen vanilla.
  • Masukkan ke dlm bekas kaca tahan panas yg telah di lengser minyak.
  • Ratakan bahagian atas dgn meringue.
  • Bakar adunan dgn suhu 200 ‘c sehingga meringue berwarna keemasan.
  • Tukar api bawah sahaja dan tabur hiasan bila meringue keemasan lebih kurang 5 minit.
  • Keluarkan dr oven dan sejukkan.

PUDINGBKELAPA - KUIH BAKAR KELAPA dan CREAM CRACKERS


Loading...

Tags: #Bakar #CRACKERS #Cream #Kelapa #Kuih

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "KUIH BAKAR KELAPA dan CREAM CRACKERS"