Kuey Teow Goreng Seafood

kueyBteowB2 - Kuey Teow Goreng Seafood

Kuey Teow Goreng, pasti ramai yg mengemarinya. Ada yg suka Kuey Teow Goreng dan ada juga yg suka Char Kuey Teow . Char kuey Teow sedikit basah atau sedikit berkuah, manakala kuey teow goreng lebih kering.

Kuey teow goreng yg popular adalah kuey teow kerang, ianya adalah faberet kami sekeluarga. Tapi kali ni ita buat kuey teow goreng seafood, ita tak letak kerang letak udang dan sotong je.. tak kisahlah nak letak apa-apa pun blh ikut citarasa masing-masing.

kueyBteow - Kuey Teow Goreng Seafood

KUEY TEOW GORENG SEAFOOD

200 gm Udang ~ di bersihkan
100 gm sotong ~ di bersihkan dan potong
100 gm kerang ~ ambil isinya sahaja
2 ekor ketam ~ jika suka

Bahan kisar
4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 senduk cili kering

Bahan Sos
5 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap manis
1 kiub pati ikan bilis
garam secukup rasa

Bahan Lain
Me Teow secukupnya
Daun kucai
taugeh
2 biji telur

Mula-mula sediakan stock seafood
Rebus semua mknan laut , rebus kejap je
Angkat dan asingkan stock seafood dan isinya

Dalam kuali panaskan minyak
Tumiskan bahan kisar sehingga garing
Masukkan stock seafood tadi
Masukkan bahan sos dan perasankan dgn garam secukup rasa
Masak  sampai pekat
Masukkan kuey teow
Goreng sekejap
Ketepikan dan pecahkan telur
Masak telur dan gaulkan dgn kuey teow
Akhir sekali masukkan seafood, taugeh dan kucai
Kacau sebati sehingga masak
Bolehlah angkat dan hidangkan

Loading...

Tags: #GORENG #Kuey #Seafood #Teow

author
Author: 
    Kerabu Kaki Ayam Thai
    Kerabu Kaki Ayam ThaiBy Kak Wan @ Resipicitarasawan Bahan-bahan200 gm kaki ayam1 inci
    Daging Selasih Thai
    Daging Selasih ThaiBy Kak Wan @ Resipicitarasawan Bahan-bahan500 gm daging lembu cincang1 batang
    Ini 5 Mitos Tentang Mknan Frozen Korang Perlu Tahu.
    Sekarang ini mknan frozen sangat membantu memudahkan kerja penyediaan mknan, sebab itulah ia
    5 Cara Bezakan Halia dan Lengkuas, Jangan Silap.
    Bagi yg sudah biasa memasak, mesti kenal  dan blh bezakan halia dan lengkuas. 

    Leave a reply "Kuey Teow Goreng Seafood"