Kueh Kaswi

Kueh Kaswi,5 / 5 ( 1votes )
Loading...

Selamat Datang ke Dapur MaklangSemuga mendapat manafaat dr blog ini

Assalamualaikum…
kuehBkaswi1 - Kueh Kaswi

Tengahari tadi terasa nak buat kueh kaswi…Wan memang tere buat kueh ni. Dan bila Wan dah tere…anak dia mmglah malas nak mencuba…tinggal cuba mkn aje bila Wan dah buat…and mmg superb…

Tapi since dah lama tak mkn, terasa pulak nak buat…so…maklang mulalaaa kan…senang aje!

Bahan2 dia:

1 mug tepung gandum di ayak
2 sdb tepung ubi ( bumbung)
2 1/4 mug air – 1 btg gula melaka (~ 4 keping gula kerek)+ 2sdb sedikit gula putih
1/2sdt air kapur yg cair
1 helai daun pandai
1/2 bj kelapa parut yg putih dicampur dgn sedikit garam

Caranya:

1. Masakkan gula2 melaka/ kerek/ gula putih bersama dgn 2 mug air dan daun pandan.
2. Bila sudah sejuk tapiskan utk membuang sampah2 yg mungkin ada dlm gula.
3. Campurkan kedua2 tepung dan whiskkan sehingga tidak berbintil. Pastikan air gula yg dicampurkan cuma 2 1/4 mug shj ye
4. Campurkan dgn air kapur dan kacau rata ( kapur digunakan utk mengilatkan dan mengentalkan kueh)
5. Tapiskan adunan tadi kedalam loyang. Dan dikukuskan sehingga masak dan adunan tidak lekat di tepi loyang

* adunan ini memang tersangat cair. Petua Wan kalau nak tahu ok ke tak adunan ni, bila kita celupkan tapak tangan dlm adunan, ianya tidak melekat pd tapak tangan…

Resepi yg terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga…Selamat mencuba!

Loading...

Tags: #KASWI #Kueh

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Kueh Kaswi"