Kudapan Arab Patut Cuba, Resipi Ekslusif Timur Tengah

Untitled design 60 6 1 - Kudapan Arab Patut Cuba, Resipi Ekslusif Timur Tengah

Anda gemar mkn pizza, kekacang dan manisan, apakata beralih selera kepada snek Arab pula. Jika anda penggemar daging, rempah ratus mahu pun sajian yg manis semuanya ada dlm menu kudapan dan manisan Arab ni.

Sajian Arab memang kaya dgn penggunaan rempah ratus , kekacang dan ramuan mknan sunnah. Jom teroka selera.

1. MANAKKISH

Untitled design 63 6 - Kudapan Arab Patut Cuba, Resipi Ekslusif Timur Tengah

BAHAN-BAHANNYA :

  • 1 keping roti pizza
  • 10 gm zaitun hitam | dicincang halus
  • 10 gm bijan
  • 1/2 biji cili benggala hijau dan merah | dihiris hiris
  • 1 biji tomato | dipotong bulat
  • 3 sudu mkn minyak zaitun
  • 1 sudu teh garam

CARA MEMASAK :
1. Campurkan minyak zaitun, zaitun hitam yg telah dicincang tadi ke dlm mangkuk adunan.
2. Kemudian lenserkan minyak zaitun ke atas roti pizza dan taburkan kesemua bahan campuran tadi ke atas roti pizza tadi.
3. Akhir sekali hiaskan dgn cili benggala dan tomato di atas inti yg telah ditabur ke atas roti pizza tadi.
4. Bakar selama 15 minit dgn suhu 180 c.

Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Sajian Arab utk sarapan dan minum petang
Keistimewaan : Gabungan zaitun dan bijan yg enak

Info Chef : Sesuai utk mereka yg gemarkan ‘topping’ bukan daging. Sajian berkhasiat tanpa lemak atau rendah lemak.

2. HUMMUS

Untitled design 62 6 - Kudapan Arab Patut Cuba, Resipi Ekslusif Timur Tengah

BAHAN-BAHANNYA :

  • 450 gm kacang kuda
  • 1 ulas bawang putih.
  • 1 biji jus lemon.
  • 1 sudu teh jintan putih.
  • 3 sudu mkn tahini.
  • 3 sudu mkn minyak zaitun.
  • 1 sudu teh garam.

Bahan hiasan :

  • 1 sudu teh serbuk paprika
  • Sedikit herba dill
  • 1 sudu teh minyak zaitun.

CARA MEMASAKNYA:

1. Rebus kacang kuda sehingga masak. Perlu menggunakan kacang kuda yg kering dan direbuskan sehingga empuk.
2. Kemudian kisar kacang kuda bersama, bawang putih, jintan putih.
3 .Setelah dikisar perahkan jus lemon.
4. Campurkan tahini, minyak zaitun dan garam secukup rasa.
5. Akhir sekali hidangkan hummus dan hiaskan dgn serbuk paprika, dill dan minyak zaitun.
6.Boleh dimakan bersama roti arab.

Saiz hidangan : 4-5 orang
Waktu memasak : 25 minit
Cara memasak : Rebus
Jenis masakan : Sajian Arab
Keistimewaan : Blh menjadi inti sandwic (roti Arab) atau dimakan begitu sahaja

Info chef : Tahini adalah pes yg dibuat dr serbuk bijan . Ia adalah bahan utama dlm masakan hummus

3. BASBOSA

Untitled design 59 6 - Kudapan Arab Patut Cuba, Resipi Ekslusif Timur Tengah

BAHAN-BAHAN :

  • 500 gm semolina @ suji (tepung berbiji /kasar dibuat dr gandum durum )
  • 250 ml air
  • 250 gm gula
  • 50 gm mentega @ minyak sapi /dicairkan
  • 8 gm serbuk penaik
  • 10 gm serbuk kulit kayu manis
  • 1 sudu mkn tahina ([email protected] sos bijan)
  • 350 gm sirap (campuran gula dan madu,)
  • 300 gm kacang pistachio

CARA MEMASAK :
1. Campurkan semolina dgn serbuk kulit kayu manis, serbuk penaik dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan mentega yg dicairkan dan kemudian masukkan air secara sedikit sedikit sedikit. Gaulkan dan campurkan sekali sahaja.
3. Sapukan sos bijan di atas dulang pembakar.
4. Tuangkan campuran tadi perlahan-lahan di dlm dulang pembakar (ketebalan hanya 2 sm sahaja.
5. Biarkan campuran berehat selama 8-12 minit dlm suhu bilik, sebelum ia dibakar ( blh juga dibuat pd sebelah malam utk dibakar esoknya)
6. Letakkan kacang pistachio di atasnya dan tekan perlahan agar ia melekat pd permukaan.
7. Masukkan dulang ke dlm oven yg sudah dipanaskan, dan bakar selama 20 minit dgn suhu 180 darjah celcius.
8. Keluarkan dulang dan potong bentuk empat segi (5-6 sm)
9. Sambung bakar dlm suhu yg sama. Lagi 20 minit atau sehingga perang keemasan.
10. Keluarkan dulang dan tuangkan sirap panas di atas barbosa tadi.
11. Basbosa siap dihidang.

Saiz hidangan : 35 keping
Masa memasak: 1 jam 40 min
Jenis masakan : Manisan
Cara memasak : Bakar
Keistimewaan : Tepung semolina memberikan rasa lembut berbiji. Rasa yg manis dan berkacang dgn aroma kayu manis

INFO CHEF : Utk mendapatkan rasa yg lebih ‘kaya’ berkrim anda blh menambahkan dua sudu mkn susu tepung.

4. MOHALABIA MILK PUDDING

Untitled design 61 6 - Kudapan Arab Patut Cuba, Resipi Ekslusif Timur Tengah

BAHAN-BAHAN :

  • 1000 ml susu segar
  • 80 gm tepung jagung
  • 60 ml air
  • 2 ml blossom water (esen dr bunga)
  • 5 ml air mawar
  • 100 gm gula
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 1 gm mastic @mistekah /jadikan serbuk (sejenis gam arab memberi perisa)
  • 100 ml krim putar
  • 100 gm kacang pistachio
  • 5 gm serbuk kulit kayu manis

CARA MEMASAK :
1. Campurkan susu dan vanila ke dlm periuk, nyalakan api.
2. Selepas 10 minit apabila susu sudah menjadi panas, masukkan gam arab dan gula sambil mengacau sehingga gula larut dlm susu.
3. Campurkan air dan tepung jagung sehingga pekat melekit.
4. Apabila susu mula mendidih, masukkan campuran tepung jagung sambil mengacau selama lima minit.
5. Perlahankan api selama lima minit.
6. Masukkan krim putar dan air mawar,sambil kacau perlahan-lahan.
7. Setelah itu alihkan periuk dr api, dan tuangkan mohalabia panas ke dlm bekas sesuai.
8. Biarkan sejuk selama 20 minit dan hiaskan dgn pistachio dan kulit kayu manis di atas
9. Simpan dlm peti sejuk dulu, setelah sejuk baru dihidang.

Saiz hidangan : 7 mangkuk (150 gm tiap satu)
Masa memasak : 1 jam 30 min
Jenis masakan : Puding
Cara memasak : Didih dan reneh, dan dinginkan dlm peti sejuk
Keistimewaan : Puding dingin lemak berkrim dan rasa susu yg enak

INFO CHEF : Anda blh menambahkan biskut mentega sbg lapisan bawah atau memasukkan serbuk koko di dlm susu jika anda mahukan rasa bercoklat.

Komen anda

Loading...

Tags: #Arab #Cuba #Ekslusif #Kudapan #Patut #Resipi #Tengah #Timur

author
Author: 
    Cara Membuat Bihun Goreng – How To Make Indonesian Style Fried Rice Vermicelli II Cook Like Kayka
    cook like kayka, bihun goreng, how to prepare bihun goreng sederhana, Indonesian style
    Pepe, Kek, and the Rise of an Elder God
    The Pepe/Kek phenomenon is far more than just an amusing meme; it’s a
    MEE GORENG
    My take on making Mee Goreng . If you enjoy, give it a
    Cara Masak Yang Unik
    Cara Masak Yang Unik Rating video: /5 Sumber video: Youtube

    Leave a reply "Kudapan Arab Patut Cuba, Resipi Ekslusif Timur Tengah"