Kuala Lumpur Trip December 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera
2018 12 23B05.55.43B2 - Kuala Lumpur Trip December 2018
Baru-baru ini aku telah ke Kuala Lumpur untuk beberapa hari sahaja. Blh dikatakan hampir 1 hari setengah aku berada di Kuala Lumpur utk berjumpa rakan-rakan yg telah lama sebenarnya tidak berjumpa.
Salah satu sebabnya adalah kerana seorang kawan aku berasal dr Sabah juga turun ke Kuala Lumpur pd tarikh tersebut, jadi aku juga turut serta utk berjumpa kerana mungkin lambat lagi utk berjumpa sekiranya aku tidak turut serta.

2018 12 23B05.55.49B1 - Kuala Lumpur Trip December 2018
Jumaat pagi aku bertolak ke Terminal Bersepadu Selatan, kemudian terus ke rumah mak saudara aku di Kajang2. Setelah berehat dan bermalam di rumah mak saudara, keesokkan paginya aku bertolak ke Subang Jaya atau lebih tepat lagi ke Subang Parade Mall utk berjumpa dgn kakak angkat aku.
Di Subang Parade, kami lepak dan mkn selama 1 jam setengah di Nando’s Kitchen. Alhamdulillah, begitu banyak cerita dikongsikan bersama. Sudah hampir 1 thn sebenarnya tidak bersua muka dan berkongsi cerita. Alhamdulillah.
IMG 20181222 120156 - Kuala Lumpur Trip December 2018

IMG 20181222 123652 - Kuala Lumpur Trip December 2018

IMG 20181222 124752 - Kuala Lumpur Trip December 2018
Kemudian, aku bertolak pula ke KL Sentral utk berjumpa rakan yg lain pula. Disebabkan KTM Komuter yg terlampau lambat, jadi aku mengambil GrabCar di Subang Jaya dan terus ke KL Sentral. Tambangnya adalah RM22.
Kemudian sampai di KL Sentral, bertemu dgn dua wanita cantik ini. Sudah lama juga tidak berjumpa. Seterusnya kami menaiki GrabCar dan terus ke Aswara [Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan.] untuk berjumpa kawan lelaki seorang lagi.
Kawan lelaki aku ini sebenarnya mempunyai persembahan pd petang tersebut jadi kami berkumpul di Aswara dan menonton persembahan beliau iaitu Bangsawan Badang. Beliau menjadi pengarah muzik bagi persembahan tersebut. Setelah selesai, kami ke Sogo pula dgn menaik GrabCar.

2018 12 23B06.03.21B2 - Kuala Lumpur Trip December 2018
Sambil mkn dan berborak tentang masa depan dan masa sekarang kami juga bergambar sbg kenang-kenangan. Ye lah, sebab aku berada jauh diutara, jadi inilah sahaja masa yg ada utk bergambar.
Setelah selesai kami berpisah kerana kawan lelaki aku ini perlu kembali ke Aswara utk persembahan di sebelah malam. Manakala kawan perempuan berspek mata ini perlu berehat di rumah utk kerja di sebelah malam. Jadi, tinggal aku dan seorang perempuan itu sahaja.
Kami terus ke Nu Sentral utk berehat dan lepak selama satu jam sebelum masing-masing mengundurkan diri. Aku pula setelah jam 9 malam barulah aku bertolak ke Terminal Bersepadu Selatan untuk pulang ke Kedah. Bas aku adalah pd jam 11 malam. Aku sememangnya suka utk berada awal dan bersedia di tempat ketibaan bas.
…………………………………………………………
Sebenarnya, jauh dilubuk hati aku aku ingin meluangkan masa lebih lama bersama mereka kerana kami sudah lama kenal. Sejak belajar diploma sehinggalah aku selesai ijazah. Banyak lagi perkara yg aku nak lakukan bersama tetapi kekangan masa dan sbgnya menjadi penghalang. In shaa Allah di bulan Februari thn hadapan aku akan ke Kuala Lumpur lagi. 
Sekian.


Loading...

Tags: #2018 #December #Kuala #Lumpur #Trip

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "Kuala Lumpur Trip December 2018"