Kuah Lompang Pandan yg sedap

Bismillahirrahmanirrahim,
Kuih Lompang yg pernah Sue kongsikan dlm blog, fb dan IG ini juga pernah dicuba ramai kawan2 dan mendapat maklumbalas yg baik ,  alhamdulillah sedap dan harum wangi pandan satu rumah.
lompangB4 - Kuah Lompang Pandan yg sedap
lompangB6 - Kuah Lompang Pandan yg sedap

Lompang Pandan


Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :
1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung ubi kayu
1 sudu kecil air kapur (kalau tak letak pun blh)
3/4 cawan gula pasir
2 1/2 cawan jus pandan (jus pandan = 7 helai daun pandan dikisar dgn air dan ditapis)
1 sudu besar pandan paste /beberapa titis pewarna utk memberikan warna hijau


bahanBlompang - Kuah Lompang Pandan yg sedap

Hiasan di atas lompang :
Kelapa parut yg putih
Secubit garam halus
1 helai daun pandan
#gaul rata kelapa parut dan garam, kukus bersama daun pandan sekejap

Cara masak :
1. Satukan gula pasir serta jus pandan. Masak sehingga gula larut. Sejukkan. (*pastikan benar-benar sejuk, jika tidak lompang tidak menjadi)
2. Satukan tepung beras, tepung ubi kayu, air kapur , pandan paste dan jus pandan yg telah disejukkan tadi. Gaul sebati. 
3. Panaskan periuk kukusan. Sapu acuan lompang dgn sedikit minyak. Sudukan bancuhan ke dlm acuan lompang dan kukus selama 10 – 14 minit atau pun sehingga masak.
4. Angkat kuih lompang yg telah masak dan biar sejuk seketika supaya mudah mengeluarkannya dr acuan.
5. Keluarkan lompang dr acuan dgn menggunakan hujung sudu/lidi secara berhati-hati. Letakkan kelapa parut di atasnya.

lompangB1 - Kuah Lompang Pandan yg sedap
lompangB2 - Kuah Lompang Pandan yg sedap
lompangB3 - Kuah Lompang Pandan yg sedap
lompangB5 - Kuah Lompang Pandan yg sedap

Catatan : kuih lompang yg sebenar akan ada lesung pipit (lubang ditengahnya) setelah masak dikukus. Jika tiada, bermakna tidak menjadi.


Loading...

Tags: #Kuah #Lompang #Pandan #Sedap

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "Kuah Lompang Pandan yg sedap"