Kronologi Serangan Awal #ChristChurch 15 Mac 2019.

Seorang lelaki memasuki masjid di lokasi Christchurch pd petang Jumaat dan menembak jemaah yg sedang berhimpun di dlmnya.

Tidak lama selepas itu, bantuan kecemasan pun datang dan seluruh bandar menjadi darurat dgn dikenakan larangan berkurung atas alasan keselamatan. 

ChristchurchBShooting - Kronologi Serangan Awal #ChristChurch 15 Mac 2019.


Ini adalah bagaimana kejadian itu telah berlaku pd babak awalnya;

1.40 petang : Seorang lelaki memasuki masjid bandar Christchurch dgn senjata automatik dan menembak orang di dlm masjid. Pengganas itu turut merekodkan perbuatannya secara live di Youtube. Bagaimanapun Youtube telah membuang rakaman itu dr portal mereka.

2:11 petang : Polis mengesahkan mereka sedang berhadapan dgn “situasi yg merebak” di Christchurch selepas kejadian berhampiran Taman Hagley. Kejadian di Taman Hagley adalah kejadian pertama yg mula-mula berlaku dan dirakamkan secara LIVE.

Tembakan dilaporkan didengar di luar kawasan Masjid di Deans Ave.

Seorang saksi melaporkan mendengar sekurang-kurangnya 20 das tembakan dilepaskan dan berfikir dia melihat ada tiga orang berada di atas tanah.

2:17 petang : Beberapa sekolah diarahkan dikunci dan ditutup di Christchurch, dan ketika itu semakin ramai orang mula berkumpul di masjid yg berlakunya tragedi.

Polis menubuhkan pasukan khas di pusat bandar di mana terdapatnya laporan orang ramai ditembak.

2:54 petang : Pesuruhjaya Polis Mike Bush berkata keadaan itu “serius dan berkembang” dan melibatkan penembak aktif.

Bush juga menggesa orang ramai utk tidak keluar ke mana-mana (Christchurch) dan mesti kekal berada di dlm rumah. Orang ramai juga dinasihati kunci pintu.

Tak lama selepas itu, Lembaga Kesihatan Daerah Canterbury mengaktifkan pelan kawalan keselamatan.

Semua bangunan lain di kawasan hospital dimasukkan ke larangan perintah amaran berkurung dan orang ramai diminta utk tidak masuk ke dlm hospital kecuali keadaan mendesak.

3:20 petang : Datuk Bandar Christchurch Lianne Dalziel berkata dia “terkejut sehingga tak tergambarkan dgn perkataan” pd insiden keganasan tersebut.

“Saya tidak akan menjangkakan apa-apa seperti ini berlaku di Christchurch, saya tidak pernah menjangka ini berlaku di New Zealand,”
katanya.

4:00 petang : Pesuruhjaya Polis, Mike Bush mengesahkan satu suspek telah ditahan tetapi memberi amaran kepada orang ramai di Christchurch berkemungkinan terdapat suspek-suspek lain yg sedang berkeliaran dan berisiko utk menimbulkan suasana huru-hara serta mengacam keselamatan mereka.

Bush juga meminta orang Islam di seluruh New Zealand utk menjauhi masjid di kawasan masing-masing.

“Kami faham akan ada ramai orang yg cemas tetapi saya blh memberi jaminan kepada warga New Zealand bahawa Polis sedang berusaha utk menyelesaikan insiden ini,” katanya.

Jawatankuasa Pegawai Penyelarasan Keselamatan Domestik dan Luar Negeri – yg sering dirujuk sbg ODESC – memulakan perbincangan di Ibu Pejabat Polis Negara di Wellington utk menanggani insiden keganasan itu.

4:10 petang – Perdana Menteri Jacinda Ardern bercakap secara terbuka utk kali pertama berhubung dgn insiden keganasan yg menyebutnya “salah satu hari paling dukacita di New Zealand.”

Ardern berkata kebanyakan di masjid itu mungkin pendatang – tetapi mereka adalah “kami” – yakni orang New Zealand. Namun pengganas itu bukan, katanya.

Gambar1 - Kronologi Serangan Awal #ChristChurch 15 Mac 2019.


“Ini adalah perbuatan keganasan yg diluar jangkaan pemikiran dan tidak pernah berlaku sebelum ini.”

Ardern mengatakan dia akan ke Wellington segera di mana dia akan mengadakan pertemuan dgn pegawai kerajaan lain bg membincangkan langkah susulan dan memahami kejadian itu dgn lebih dekat. – 15 Mac 2019.

Berita asal : Stuff.co.nz

Dialihkanbahasa oleh Sozcyili.

Loading...

Tags: ##ChristChurch #2019/ #Awal #Kronologi #Serangan

author
Author: 
    Telemovie Penunggu Simpang Lakonan Aiman Tino (TV3)
    Telemovie Penunggu Simpang Lakonan Aiman Tino (TV3) : Telemovie bersiaran malam ini jam
    Maszlee ulangi komitmen kurangkan beban guru, fokus tugas hakiki
    GEORGE TOWN: Kementerian Pendidikan pd Khamis mengulangi komitmen utk mengurangkan bebanan guru sekaligus
    Tuduhan CUEPACS 400,000 penjawat awam tertekan tidak ada asas – JPA
    PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melihat dakwaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dlm Perkhidmatan

    Leave a reply "Kronologi Serangan Awal #ChristChurch 15 Mac 2019."