Kronologi Pulau Kukup TMJ VS Kerajaan – Isu Kuil Taknak Campur, Isu Pulau Kukup Beria Pula.

Loading...

Saya telah membaca mengenai kenyataan Perdana Menteri pd hari ini, 10 Disember, mengenai Pulau Kukup sepatutnya kekal sbg Taman Negara. Berkenaan isu ini, kerajaan negeri Johor sudah mengeluarkan kenyataan semalam (9 Disember) bahawa Pulau Kukup kekal sbg Taman Negara Johor. Keputusan itu adalah hasil perbincangan antara kerajaan negeri dgn KeBawah Duli Yg Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

imagesB252832529 - Kronologi Pulau Kukup TMJ VS Kerajaan - Isu Kuil Taknak Campur, Isu Pulau Kukup Beria Pula.


Dalam kenyataan hari ini, Perdana Menteri ada menyatakan bahawa Pulau Kukup tidak patut dibangunkan. Walau bagaimanapun, sehingga hari ini tiada sesiapa pun yg mengeluarkan kenyataan mengenai pembangunan di Pulau Kukup. Isu sebenar mengenai Pulau Kukup adalah kita memerlukan langkah yg lebih progresif utk memelihara kawasan berkenaan, bukannya utk dibangunkan. Saya berharap agar mana-mana pihak tidak mengeluarkan kenyataan yg bercanggah drpada isu sebenar.

4 Disember 2018 – Saya mengeluarkan kenyataan bahawa Pulau Kukup akan menjadi ‘tanah kesultanan dan fungsinya sbg Taman Negara akan kekal.

5 Disember 2018 – Kenyataan rasmi dikeluarkan oleh DYMM Sultan Johor memperkenankan supaya Pulau Kukup kekal sbg Taman Negara Johor.



9 Disember 2018 – Menteri Besar Johor mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa Pulau Kukup kekal sbg Taman Negara selepas perbincangan dgn DYMM Sultan Johor.

10 Disember 2018 – Tun Mahathir berkata Pulau Kukup kekal sbg Taman Negara dan kerajaan pusat bukan ‘orang luar’.

Apa sebenarnya isu baharu yg Perdana Menteri ingin sampaikan? Keputusan yg sama iaitu Pulau Kukup akan dikekalkan sbg Taman Negara Johor sudahpun dibuat oleh kerajaan negeri dan diperkenankan oleh Duli Yg Maha Mulia Sultan Johor sebelum ini.

Dalam kenyataan mengenai isu kuil di Seafield, Subang Jaya, Selangor pd 29 November 2018, Perdana Menteri telah berkata bahawa hal tanah adalah di bawah kuasa kerajaan negeri dan kerajaan pusat tidak mempunyai hak (untuk masuk campur). Walau bagaimanapun, kenyataan ini bercanggah dgn kenyataan yg dikeluarkan oleh Perdana Menteri sendiri mengenai isu Pulau Kukup dlm kenyataan beliau hari ini. Dlm isu Pulau Kukup pula, beliau berkata kerajaan pusat adalah bukan ‘orang luar’ dan bertanggungjawab ke atas semua negeri dan terhadap Pulau Kukup. Oleh itu, kenapa kerajaan pusat ingin masuk campur dlm hal tanah di Johor, tapi tidak mahu melakukan perkara yg sama dlm isu kuil di Selangor? Dlm tempoh masa 12 hari sahaja, Perdana Menteri telah memberi 2 kenyataan bercanggah mengenai bidang kuasa kerajaan pusat mengenai urusan tanah di negeri berlainan. Jika dibuat perbandingan, isu tanah kuil di Subang Jaya, Selangor itu juga adalah sangat serius kerana terdapat rusuhan dan ketegangan antara kaum pd ketika itu.

Antara sebab kenapa DYMM Sultan Johor membuat keputusan utk memperkenankan Pulau Kukup sbg ‘Sultanate Land’ adalah utk memelihara alam semulajadi di kawasan itu dan mengelakkan perkara seperti pembatalan gazet ke atas tanah rizab, sekali gus mengelakkan pembangunan di tanah-tanah berkenaan, seperti yg berlaku di byk tempat di Malaysia. Anda pasti byk mendengar mengenai kes-kes pembatalan gazet ke atas tanah rizab dan hutan simpan semata-mata utk membina lebuh raya dan meluaskan kawasan bandar. Kita memerlukan langkah yg tegas bg mengelakkan hal itu drpada berlaku di Johor. Lihatlah apa yg berlaku di Taman Laut Sultan Iskandar di Mersing selepas diwartakan sbg Taman Laut. Kawasan berkenaan telah menjadi kawasan penting utk memelihara ekosistem dan biodiversiti laut serta menjadi tarikan utama aktiviti skuba terkawal kerana keindahan batu karang dan hidupan laut yg jarang ditemui.

Oleh itu, janganlah memperbesarkan perkara yg sebenarnya tiada isu, demi utk menutup kelemahan pentadbiran kerajaan pusat. Saya juga berharap agar kerajaan pusat mengkaji terlebih dahulu isu sebenar sebelum menuduh perkara yg tidak tepat ataupun mendengar bisikan pihak-pihak tertentu. Selain dr isu ini, rakyat kini juga sering kali mendapati kerajaan pusat membuat byk “U turn” dlm pelbagai janji, isu dan keputusan. Dan kebanyakan isu-isu tersebut memberi kesan dan impak kepada kehidupan harian rakyat Malaysia.

Kenyataan Perdana Menteri Tun Mahathir mengenai Pulau Kukup, 10 Disember 2018: https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/117498

Kerajaan pusat tidak masuk campur isi tanah kuil di Subang Jaya, Selangor, 29 November 2018: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/11/503369/kerajaan-persekutuan-tak-campur-urusan-tanah-kuil-pm

Kenyataan kerajaan negeri Johor mengenai Pulau Kukup sbg Taman Negara, 9 Disember 2018: https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2018/12/507156/pulau-kukup-terus-kekal-sebagai-taman-negara-johor-mb

Taman Laut Sultan Iskandar, 2 September 2018: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/proses-warta-santuari-dugong-kini-di-peringkat-akhir-184539

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Loading...

Tags: #Beria #Campur #Kerajaan #Kronologi #Kuil #Kukup #Pula.. #Pulau #Taknak

author
Author: 
    Guru lelaki maut ketika water rafting
    Gambar hiasan via MyAdventureHost GOPENG 15 Sept. – Seorang guru lelaki mati lemas
    8 Tips Lindungi WhatsApp Dari Hacker Nakal
    WhatsApp adalah aplikasi perpesanan terpopuler. Bagaimana tidak, jumlah pengguna aktif blnannya lebih dr
    Tips Pilih Tilam Yg Betul Utk Masalah Tulang Belakang
    Assalamualaikum… Tidur tu satu nikmat. Lagi-lagi lps satu hari suntuk kerja atau buat aktiviti
    Pengenalan Guru Nadi Negara angkat martabat guru – Maszlee
    Malah, kata beliau, KPM akan turun pdng ke setiap negeri di Malaysia utk

    Leave a reply "Kronologi Pulau Kukup TMJ VS Kerajaan – Isu Kuil Taknak Campur, Isu Pulau Kukup Beria Pula."