Kronologi Misi Pencarian Acap.

Loading...

Oleh : Afieyza (PPI)

Kronologi Misi Pencarian Acap

“KITA MOHON PIHAK SANA HANTAR MELALUI GIGI AIR”

Tarikh 4 April 2019

(Pengalaman peribadi team Poseidon Paranormal Investigator (PPI)

Ramai sangat yg bertanya perkembangan pencarian Acap setelah team Poseidon Paranormal Investigator(PPI) turun sendiri ke lokasi di Gua Tempurung malam semalam.

Acap3 1 - Kronologi Misi Pencarian Acap.


Kehilangan Mohd Ashraf Hasan atau dikenali sbg Acap masih menjadi tanda tanya walaupun misi pencariannya masih aktif dijalankan sampai ke waktu Subuh pagi tadi yg disertai oleh pihak kami sendiri. Hilangnya Acap pd tarikh 23 Mac lalu sehingga ke hari ini genap 14 hari.

Saya wakil dr team PPI sekadar ingin kongsi pengalaman peribadi kami. Kami follow kisah kehilangan ini sejak hari ketiga Acap dikatakan hilang. mcm-macam cerita yg tular di media sosial.

Menurut cerita berpuluh ekor anjing pengesan dilepaskan oleh pihak berkuasa dlm usaha pencarian sejak hari pertama namun langsung tak dpt menjejaki Acap. Ramai orang-orang hebat turun dr seluruh pelusuk negeri, para pengkaji paranormal, tak kurang juga ustaz-ustaz yagg masing-masing terkenal dgn kepakaran mereka. Akhirnya kita kembali kepada qada’ dan qadar’, ketentuan Allah mengatasi segalanya.

Hati kami meruntun utk cuba hulurkan bantuan khidmat sosial apa yg termampu. Sebak lihat tangisan keluarga Acap di media sosial, kami bergerak ke Gua Tempurung sekitar pukul 8.00 malam (Khamis) dr Alor Setar dan tiba di lokasi sekitar pukul 10.30 malam.

Dari jalan utama menghala masuk ke Gua Tempurung, terlalu sunyi sampaikan saya tanya pd crew, dekat mana check point pihak berkuasa jaga? Blhkah kita masuk sampai dlm? Sampai diperkarangan tempat parking di hadapan pintu masuk ke Gua Tempurung, keadaan sunyi. Tiada seorang manusia pun walau di pondok guard.

Sebenarnya, team PPI baru sebulan yg lps berkunjung ke Gua Tempurung ini. Ketika itu kami sampai Subuh, sekitar pukul 6.00 pagi, tapi waktu itu ada sepasang suami isteri berjaga di pondok guard tersebut. Dan melalui pakcik penjaga pondok itu kami dpt informasi pukul berapa tempat itu dibuka waktu itu. Namun pd malam semalan, kelibat pakcik tu pun kami tak nampak.

Dari jauh nampk samar-samar lampu dr sebuah pondok di hujung tapak parking bas. Kami bergerak ke sana. Ada 2 biji kereta, dan ada sekumpulan lelaki agak berusia tak sampai 10 orang di situ. Saya minta crew kami turun utk berjumpa pakcik-pakcik itu sbg salam perkenalan, manakala saya dan seorang lagi crew menjalankan sedikit proses pembukaan.

Saya akui, bln lps waktu kami mnjejakkan kaki ke sini, perasaan itu tidak sama seperti malam semalam. Track asal larian tu dikatakan di bukit batu putih menghala ke Gua Tempurung. Lokasi pencarian berpindah ke Gua Tempurung setelah gagal mngesan sebarang petunjuk di track asal. Ada jugak cerita dr beberapa orang pakcik tadi, katanya orang kampung sekitar bukit batu putih menghalang misi pencarian diteruskn di sana sebab terlalu banyk misi yg menjalankn ritual negatif. Wallahualam…

Selepas setengah jam kami sampai ke lokasi, saya masih kaku dlm kereta brsama seorang lagi crew yg memang wajib menjaga supaya saya tidak sendirian, manakala crew lain sudah turun.

Sejak hari ketiga hilangnya Acap, dr Kedah (atau dr jauh) kami cuba menghulurkn bantuan melalui kaedah kami kami sendiri. Tapi selalu ‘lost signal’. Hanya beberapa petunjuk yg saya dpt iaitu…

* gelap (sangat gelap walau sejalur cahaya pun saya tidak nmpk)
* kaku (gambaran kaku tanpa gerakan)
* telinga berdengung (seakan situasi mcm kita sampai di tempat tinggi yg bergema/bergaung)
* sejuk (sangat sejuk terutama hujung kaki, pipi dan hujung tangan)

* bunyi air (bunyi air menitik)

Sangat berbeza apa yg saya rasakan kali ini. Sebelum ini saya pernah sertai kes mencari orang hilang. Thn 2004 di Jeniang, Kedah, thn 2013 kes Villa Nabila di Johor dan 2017 kes Bukit Broga, dan ada beberapa lagi. Namun semuanya berbeza dgn petunjuk yg saya dpt di sini.

Kes-kes sebelum ini saya masih diberi keizinan utk ‘nampak’ gambaran keadaan mangsa, tapi utk kes Acap ini, saya ‘lost’. Sebab itu kami sepakat utk turun ke lokasi. Saya ingin pijakkan kaki ke lokasi supaya dpt gambaran yg lebih jelas.

30 minit selepas saya lakukan ‘pembukaan’, telinga saya makin berdesing, sangat kuat. Salah sorang crew datang ke kereta.. ”kak, kami nak naik atas. Depa nak pi ke depan mulut gua, depa nak azan di sana”

Saya jawab, okey. Saya beritahu, kawasan tu besar dan luas, di belakang dan di sebelah kiri kami hanya hutan paya yg besar, manakala di depan kami adalah bukit2 batu, gua2 kecil dan hutan belukar. Sebatang anak sungai yg deras mengalir mungkin sebab hujan, aliran sungai itu dr dlm mulut Gua Tempurung. Ada sebatang titi gantung yg dah usang di depan kami, dibaluti pokok hutan menjalar. Keseluruhan kawasan itu seperti jarang menerima kunjungan sebab saya lihat pondok di seberang sungai sudah diselimuti pokok hutan. Sebulan lps waktu kami sampai sebelah siang ke lokasi itu juga nampak terbiar.

Dari jauh, kedengaran azan dilaungkn sayup2. Yg tinggal di lokasi parking kereta waktu itu hanya kami berdua, saya dan seorang lagi crew. Pakcik-pakcik yg kami temui awal tadi juga sudah naik ke atas ke mulut gua.

Pada masa itu, saya rasa keseluruhan kawasan itu bagai dikepung satu gelombang ghaib. Saya blh rasa. Lalu saya minta crew ‘pagarkan’ seluruh kawasan kereta supaya tidak menganggu proses kami seterusnya. Selesai azan, seluruh kawasan kembali sunyi sepi.

Saya duduk di dlm kereta hanya tunduk ke bawah sebab waktu itu pandangan sekeliling blh menjatuhkan semangat saya yg makin tipis. Saya teruskan usaha tanpa pandang keluar dr kereta. Kemudian saya dengar sayup suara dr atas bukit-bukit batu di depan. Saya angkat kepala pandang keluar. Team yg naik ke atas utk azan tadi serta beberapa org crew saya dan pakcik-pakcik tadi, dah sampai ke pondok di sebelah kami. Namun, saya masih dengar bunyi-bunyi suara misteri dr atas bukit itu, kedengaran sayup-sayup. Saya cuba abaikan sebab bila kita di tempat begitu, syaitan juga memulakan peranan utk memainkan pandangan dan pendengaran kita.

Banyak pandangan dan cerita yg kita dengar, mcm2 tanggapan dan teori dr pelbagai pihak yg dah sampai ke lokasi utk membantu mencari Acap. Walau apapun keadaannya, niat kita sama, utk cari jalan dan penyelesaian supaya Acap ditemui semula.

Saya akui ini bukan kes biasa. Orang yg blh merasai, yg turun ke lokasi pd malam hari, orang-orang ini mampu merasa apa yg kami rasa malam itu..

Kehilangan Acap menguji semua pihak, menguji keilmuan insan-insan yg mempunyai kepakaran masing-masing, dan sampai sekarang masih gagal walaupun ratusan orang handal, orang berilmu dan sakti serta ustaz-ustaz yg arif sudahpun mencuba mencari jalan keluar di sebalik misteri kehilangan ini.

Jam hampir pukul 3.00 pagi. Satu demi satu kereta mula masuk ke kawasan itu. Ada kunjungan ahli-ahli perubatan Islam yg lain.

Selesai perlaksanaan dlm kereta, saya keluar dr kereta utk sesi di luar pula. Masa tu ada beberapa orang yg baru sampai dr KL dan Muar. Ada yg keluar mkn sebentar dan masuk semula ke lokasi. Masing-masing dgn persiapan dan kaedah sendiri utk misi pencarian. Semua yg datang bukanlah ditawar ganjaran seperti yg digembar gemburkn di media sosial, tapi hamba-hamba Allah yg diutuskan datang ke lokasi menawarkan khidmat sosial utk sesi membantu misi pencarian Acap. Ada team paranormal Lmpc dr Langkawi, ada team Demon’s Killer dr KL juga. Kami meneruskn pencarian dgn kaedah masing-masing.

Saya sempat berbual dgn team Lmpc, seorang ustaz dr Ipoh. Kami bertukar pandangan dan pendapat peribadi. Rata-rata yg datang cuba ‘membuka’ laluan, ‘membuka’ halangan dan rintangan, tak kurang juga yg membuka perbincangan dgn ‘pihak sana’ utk melepaskan Acap.

Cerita yg kami kongsikan ada yg menemui jalan petunjuk seakan sama. Seorang ustaz di hadapan kami mengajukan soalan pd saya gambaran makhluk apa yg kelihatan. Saya beritahu saya mendapat gambaran jelas tadi makhluk besar badan berlumut, cuping telinga tajam ke atas, labuh sangat ke bawah, mata besar… ngeri nak bayangkan. Spontan ustaz tu sebut “sang kelembai” dan ”jin pari”. Saya anggukkan kepala, sebab mengikut pengalaman saya kawasan berbukit batu putih, kawasan berair dan dikelilingi paya memang habitat utk jin pari dan sang kelembai, wallahualam..

Walau apapun dan siapapun penghuni/penjaga/otai sekalipun di situ, kita merayu dan memohon dgn kuasa Allah agar dikembalikan Acap kepada kami dlm apa jua keadaan sekalipun.

Tak lama kemudian, keluarga Acap sampai ke situ. Mereka nampak sugul, sedih dan tidak bermaya. Mungkin keluarga Acap diberikan penempatan tak jauh dr lokasi. Kata mereka, balik sekejap utk berehat. Abang dan kakak Acap turut bersalaman dgn kami semua. Memang terasa sebak ketika itu. Kata mereka, sebelah siang terlalu ramai orang datang ke situ.

Kemudian, saya memberikan arahan pd crew utk kami bergerak ke laluan denai belakang melalui kawasan paya yg besar. Ada sedikit proses yg ingin saya dan team laksanakan di situ.

Kata team Lmpc kepada kami, jangan pergi dulu kerana ada satu lagi team dr Kelantan akan sampai dlm pukul 4 lebih. Sambil menunggu, kami berkongsi pendapat sesama kami.

Terus terang saya katakan bila setiap kali ada antara mereka yg menyebut perkaraan ‘bunian’, telinga saya seakan mendengar seluruh kawasan itu bagai terpanggil, seperti ada yg menyahut. Apa yg telinga saya dengar itu agak sukar hendak diterangkan. Tambah pula kawasan itu jauh dr penempatan dan jalan raya, memang ia amat sunyi.

Kami bersembang di satu kawasan parking yg lapang tak jauh dr dinding-dinding gua. Kadang-kadang saya terdengar suara sahut menyahut memanggil-manggil dr puncak bukit.

Tiba-tiba ustaz yg bersembang dgn kami berkata, “ish, jom kita pindah tempat, rasa tak sesuai sembang hal ni kat sini” Lalu kami berpindah lokasi perbincangan di bawah bawah pondok.

Kenapa Acap dilindungi dr mata zahir kita seorang manusia? Track larian hampir keseluruhan digeladah, ada kawasan semak hutan ditebang dan dibersihkan, segala sudut laluan dibongkar secara zahir tapi Acap masih gagal ditemui. Logik akal sekiranya berpunca binatang buas sudah pasti ada kesan, tambahan pula mengikut cerita penduduk tempatan, kawasan tu belum pernah ada cerita melibatkan binatang buas

Allahuakbar, kejadian ini menduga semua pihak. Yg datang ke situ utk misi membantu tiada sebarang ikatan keluarga dgn pihak Acap tapi sebaknya terasa bila pandang ke gua, hutan, paya dan puncak bukit.

Tak lama kami berborak, team dr Kelantan sampai, hampir 15 orang. Katanya team ini dr pihak keluarga mertua abg Acap.

Satu team demi satu team mencuba nasib. Kini giliran team dr Kelantan pula. Kami hanya mendoakan yg terbaik semoga semua urusan kita dibantu dipermudahkn oleh Allah. Tiada daya kita sbg manusia utk melawan ketentuan yg telah ditetapkan.

Masing-masing ada kaedah sendiri. Cuma pd sesiapa yg ingin datang ke lokasi utk membantu, kita sama-sama merayu jagalah tingkah laku, adab bila berada di sini. Jauhkan dr bentuk-bentuk pemujaan dan benda-benda yg bercanggah dr akidah. Kasihan Acap, kasihan keluarga Acap.

Kami lalu berjalan ke lokasi gua, ke denai sungai. mencari secara zahir kerana mengikut penerangan team dr kelantan – “kita mohon perbincangan dgn pihak sana utk dihantar melalui gigi air”.. wallahualam.

Team saya turut melaui laluan paya dan denai belakang kami telusuri perlahan. Sungguh kuat saya rasakan aura kawasan ini. Seumur hidup saya belum pernah saya jumpa kelip2 beribu-ribu ekor yg berkelip di keseluruhan paya. Terpegun ada gerun pun ada.

Sepanjang laluan kami semua diam tidak berkata-kata. Dari jalan pintu tapak parking gua tempurung melalui denai kiri kanan paya yg ngeri agak jauh sebelum berjumpa ladang kelapa sawit dan perkampungan penduduk tempatan. Saya memilih utk sekali sekala saja memandang keluar sepanjang sesi ‘proses’ yg kami jalankan kerana tak sanggup utk ‘melihat’ apa yg ada di dlm hutan paya itu.

Semasa bersembng sesama kami para team yg ada di lokasi, ada yg bercerita tentang team yg datang bukan utk membantu tapi semata-mata utk buat live story. Ada pula yg tunjuk handal masuk secara sorang-sorang ke lokasi, ada yg menurun memanggil datuk nenek. Janganlah kerana tingkah kita menambahkan mengeruhkan lagi keadaan. Faktor keselamatan diri juga harus kita jaga, tak perlu tunjuk hebat. Jangan sampai dlm misi kita mencari orang hilang ada kes kehilangan yg kedua pula, jangan tambah masalah yg ada.

Selesai urusan, kami memulakan perjalanan pulang semula ke Alor Setar kerana ada crew yg akan bekerja. Lebih kurang pukul 7.00 pagi, kami tinggalkn gua tempurung dgn seribu harapan dan doa yg tidak putus-putus kepada Allah semoga diberikan jalan penamat dan penyelesaian terhadap kes ini.

Insyaallah kami berhajat akan kembali lagi tanpa putus asa. Mohon maaf sekiranya perkongsian saya ada terlajak bicara dimana-mana. Sekadar berkongsi info/maklumat dan pandangan peribadi saya sahaja.

Jangan lupa terus berdoa, agar Acap ditemui kembali.

Loading...

Tags: #Acap #Kronologi #Misi #Pencarian

author
Author: 
    Suami guru hamil ditikam menangis sepanjang pertuduhan dibaca
    Gambar hiasan LELAKI berusia 38 thn yg menikam isterinya yg sarat hamil minggu
    Shalat Sambil Ngobrol, Atta Halilintar Dilaporkan ke Polisi Diduga Nistakan Agama!
    slidegossip.com – Youtuber kondang Atta Halilintar kembali jadi sorotan publik. Kali ini gara-gara
    Bukan Karena Byk Mkn, Wajah Via Vallen Jadi Terlihat Gemuk Ternyata Gara-Gara Ini!
    slidegossip.com – Via Vallen rupanya tak terima kalau perubahan bentuk badannya yg kini
    Setelah Bikin Heboh dgn Postingan Selingkuh, Raul Lemos: Bangkai Ditutupi Tercium Juga!
    slidegossip.com – Raul Lemos kini semakin membuat netizen bertanya-tanya tentang postingan di akun

    Comments are closed.