Kronologi Kes Kematian Muhammad Adib #Justice4Adib.

Loading...

BERIKUT adalah kronologi kes kematian Muhammad Adib Mohd Kassim ;

Adib1 1 - Kronologi Kes Kematian Muhammad Adib #Justice4Adib.


26 November 2018
 

📌 pergaduhan membabitkan dua kumpulan berhubung isu pemindahan tapak kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Seafield, Subang Jaya, jam 3 pagi.

📌 18 kenderaan terbakar dan 700 anggota keselamatan digerakkan bg mengawal keadaan.

📌 Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun umum polis tahan 17 lelaki dan adakan kawalan 24 jam, orang ramai yg berkumpul di sekitar kuil diarah bersurai.
 

27 November 2018


 

📌 anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, Muhammad Adib, 24, diserang dan pukul sehingga parah dan jentera bomba dirosakkan selain dua kenderaan lain dibakar.

📌 Muhammad Adib dimasukkan ke unit jagaan rapi di Pusat Perubatan Ramsay Sime Darby, Subang Jaya, kira-kira jam 1 pagi, sebelum dipindahkan ke IJN, pd keesokan malamnya.

📌 Ketua Polis Selangor beri jaminan keadaan terkawal.

📌 Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy minta semua masyarakat India bertenang.

📌 Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tegaskan insiden berunsur jenayah bukan perkauman atau agama.

adib3 1 - Kronologi Kes Kematian Muhammad Adib #Justice4Adib.

28 November 2018

📌 Badan Bertindak Kuil Sri Maha Mariamman dakwa Muhammad Adib parah akibat kemalangan jalan raya.

📌 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia tubuh jawatankuasa khas siasat kejadian.

29 November 2018

📌 Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun tegaskan dakwaan pihak kuil tidak benar.

4 Disember 2018

📌 Selepas seminggu dirawat, Muhammad Adib beri tindak balas kepada orang sekeliling, tetapi masih tidak dpt bertutur.

5 Disember 2018

📌 Muhammad Adib mendapat sistem sokongan kepada mesin Extracorporeal Membrane Oxygenation (ECMO) yg membantu fungsi paru-paru.

📌 Jantung Muhammad Adib juga mampu berfungsi dgn sendiri tanpa sokongan mesin bantuan.

7 Disember 2018

📌 Muhammad Adib tunjuk perkembangan positif walaupun masih kritikal dan stabil selain tidak bergantung kepada mesin sokongan jantung.

8 Disember 2018

📌 Muhammad Adib masih bergantung beberapa mesin sokongan utk memastikan organ dlmannya dpt dipulihkan pd tahap optima.

10 Disember 2018

📌 Muhammad Adib memberikan respons dgn menulis pd papan putih utk berkomunikasi.

15 Disember 2018

📌 Muhammad Adib terpaksa menggunakan semula mesin ECMO kira-kira jam 9 malam selepas penilaian mendapati paru-parunya mula mengeras.

16 Disember 2018
 
📌 kesihatan Muhammad Adib kembali merosot dan kritikal. Institut Jantung Negara (IJN) memaklumkan selepas penilaian menyeluruh, paru-parunya menunjukkan tanda-tanda konsolidasi dan pengerasan tisu, menjadikan pertukaran gas tidak berkesan.

17 Disember 2018


📌 Muhammad Adib disahkan meninggal dunia jam 9.41 malam.

adib4 3 - Kronologi Kes Kematian Muhammad Adib #Justice4Adib.


Sumber : Berita Harian

Loading...

Tags: ##Justice4Adib. #Adib #Kematian #Kronologi #MUHAMMAD

author
Author: 
    Alhamdulilah, Team BBL Menang Miss SHOPhia Shopping Hunt 2019!
    Assalamualaikum semua… Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0 kembali lg thn ni. Ni kali
    (Video) Panduan Penjaminan Kualiti Pentaksiran Berasaskan Sekolah
    Penjaminan kualiti merupakan piawaian utk menentukan kualiti pelaksanaan PBS mengikut garis panduan yg
    Nikita Mirzani Siap Bayari Tiga Setia Gara Pulang ke Indonesia, Tapi Jawabannya Malah Begini!
    slidegossip.com – Artis asal Indonesia, Tiga Setia Gara yg kini tinggal di Amerika
    Pelajar Tingkatan 2 cipta peranti tangani kes dera, strok haba
    Ariff Amir Ali (kanan) bersama guru Mohd Razif Abdul Razak (tengah) dan rakannya

    Leave a reply "Kronologi Kes Kematian Muhammad Adib #Justice4Adib."