Krisis MAZA VS Tun Mahathir..

Loading...

SEMASA | Bermula dgn satu status di Facebook,Ramai merasakan di bawah urus tadbir hari ini, Islam makin terancam di Malaysia. Apakah pendapat anda?,” MAZA terus dicop pekak oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir.

MAZA 1 - Krisis MAZA VS Tun Mahathir..

“Sebab dia pekak, kalau dia blh mendengar, kita buat mcm-macam utk orang Islam, agama Islam (di negara ini).

Tetapi dia tidak mendengar,” katanya ketika memberikan respon kepada wakil media.


Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan kenyataan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin kononnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak mempertahankan Islam.

Ini susulan dr penahanan pendakwah bebas, Zamri Vinoth yg dianggap menghina agama Hindu kerana mendakwa ajaran itu menyembah 330 juta Tuhan.  

MAZA2 - Krisis MAZA VS Tun Mahathir..

Menjawab kenyataan Mahathir itu, MAZA kemudiannya berkata beliau akan terus memperkatakan kebenaran tanpa perasaan takut kerana itulah juga yg pernah dinasihatkan oleh Tun kepadanya suatu masa dahulu.

Tambahan lagi, beliau tidak pasti siapakah yg sebenarnya PEKAK dlm pertelingkahan yg membabitkan Zamri Vinoth ini.

Banyak berita pagi ini pasal kenyataan YAB Tun M: “Mufti Perlis pekak” sebab kritikan saya yg suara mempertahankan Islam kurang kedengaran dlm kalangan pimpinan kerajaan hari ini. Umat Islam rasa kurang selamat.

Namun, sesiapa yg mampu mendengar keresahan rakyat, itulah realiti yg disuarakan oleh setiap lapisan masyarakat Islam di negara ini. Saya tidak pasti siapa yg pekak.

Mungkin YAB Tun M terguris disebabkan hubungan baik saya dgn Tun M selama ini. Saya faham keadaan itu.

Beberapa thn yg lalu Tun M ada menulis catatan ini kepada saya. Antara yg ditulis: “Jangan ketepikan kebenaran kerana takut. Perjuangan yg bebas dr cabaran dan tentangan bukanlah perjuangan yg sebenarnya”.

In sha Allah saya akan berpegang kepada falsafah itu sekali pun terhadap kerajaan pimpinan Tun M sendiri,” katanya. 

MAZA seringkali dianggap pro Tun Mahathir sewaktu Perdana Menteri itu melawan Najib dan memasuki kem pembangkang.

Banyak kenyataan-kenyataan kontroversi Perdana Menteri itu berjaya ditepisnya dgn baik bg meleraikan kekusutan.

Pergaduhan MAZA dgn Tun Mahathir sudah tentunya akan mewujudkan perpecahan ketara dikalangan penyokong dua susuk ini, sekaligus menghilangkan lagi undi melayu terhadap Pakatan Harapan. – 1 Mei 2019.

Loading...

Tags: #Krisis #Mahathir #MAZA

author
Author: 
    Download Round-Up 4 English Grammar Book
    Download Round-Up 4 English Grammar Book by clicking the picture
    Download Round-Up 5 English Grammar Book
    Download Round-Up 5 English Grammar Book by clicking the picture
    Download Round-Up 6 English Grammar Book
    Download Round-Up 6 English Grammar Book by clicking the picture
    Download: Round-Up 1 English Grammar Book
    Round-up 1 Grammar Practice combines games and fun with serious systematic grammar practice.

    Comments are closed.