Krisis Kaum Makin Teruk Dibawah Malaysia Baru, MAZA Cadang Sekolah Satu Aliran..

Oleh : MAZA (Ustaz Asri Zainal Abidin)
 

ANAK MALAYSIA BAHARU MESTILAH LALUI PENGALAMAN AWAL YANG SAMA

Kepada YAB Perdana Menteri dan YB Menteri Pendidikan;

1. Krisis antara kaum nampaknya makin meroyak. Sejak zaman kerajaan yg lps dan kini kerajaan baru, nampaknya, keharmonian hidup antara kaum di Malaysia menuju ke arah yg membimbangkan. Slogan 1 Malaysia telah gagal dan kini kempen PH ke arah Malaysia Baharu yg penuh teloransi dan keharmonian antara rakyat juga tidak menjadi. Bahkan makin parah. Byk luka-luka baru yg ditoreh. Emosi telah menguasai kewarasan. Pengalaman hubungan antara kaum yg tipis dan latar pendidikan yg terlalu berbeda, menjadi antara punca usaha ke arah memahami sejarah negara dan hati budi antara kaum gagal diterapkan.

1Bsekolah - Krisis Kaum Makin Teruk Dibawah Malaysia Baru, MAZA Cadang Sekolah Satu Aliran..


2. Ketiadaan persamaan di sudut latar pendidikan dan pengalaman bersama semasa awal, menjadikan emosi permusuhan lebih cepat berkembang dibandingkan emosi persahabatan. Hal ini disebabkan ramai anak Malaysia sejak satu tempoh yg agak lama, melalui sistem pendidikan yg tidak membolehkan mereka bertemu pd titik pengalaman dan latar pengetahuan yg sama. Ini terutamanya apabila sejak thn pertama di bangku sekolah mereka menerima pendidikan yg secara tabiatnya bersifat eksklusif utk sesuatu bangsa atau agama. Maka, apabila seseorang anak Malaysia dlm sepanjang tempoh pendidikannya hanya dlm persekitaran Melayu-Islam, ataupun Cina ataupun India maka pastilah latar Malaysia yg mempunyai pelbagai kaum, agama dan tradisi itu sukar dihayati. Apabila mereka menjadi pemimpin atau rakyat pd masa hadapan, kotak pemikiran mereka sangat terbatas kepada kelompok tertentu sahaja.

YAB dan YB, SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN

3. Dlm usaha mengukuhkan hubungan antara rakyat pelbagai kaum secara lestari, saya ingin mencadangkan agar semua rakyat Malaysia diwajibkan melalui sistem persekolahan yg sama sekurang-kurang drpada thn 1 sehingga thn 6 sekolah rendah. Dlm ertikata lain, semua anak Malaysia hendaklah melalui pendidikan sistem Sekolah Kebangsaan dr umur tujuh thn sehingga ke umur dua belas thn. Dlm tempoh inilah diharapkan mereka akan mempunyai latar pendidikan Malaysia yg sama dan pengalaman pergaulan antara kaum yg baik. Anak-anak bagaikan kain putih, di peringkat itu, tiada perkauman antara mereka. Ketika umur itu yg ada hanyalah kemanusiaan yg lahir dr fitrah keinsanan.

4. Utk mencapai hasrat itu, Sekolah Kebangsaan hendaklah benar-benar bersifat Malaysia. Bermula dr isi kandungan pelajarannya sehingga kepada pendekatannya. Dlm erti kata lain, persekitaran sekolah itu membolehkan semua agama dan kaum belajar dgn selesa. Elemen keagamaan yg mengujudkan persekitaran yg tidak kondusif utk perbelajaran kaum-kaum yg berbeza hendaklah dielakkan bg perkara-perkara yg mempunyai kepentingan bersama.

5. Kita tidak blh menafikan bahawa Sekolah Kebangsaan hari ini seakan hanya menjadi sekolah Melayu sahaja. Antara sebabnya, mungkin suasana byk Sekolah Kebangsaan hari ini tersangat dominan Melayu-Islamnya yg kadang-kala menimbulkan kerisauan ibubapa yg berlainan agama utk menghantar anak-anak mereka. Suasana ini hendaklah dibentuk lebih kondusif utk semua.

YAB dan YB, PENDIDIKAN AGAMA DAN KAUM

6. Di pihak masyarakat muslim khususnya, mungkin ada yg bertanya; habis bagaimana dgn pendidikan agama anak-anak kami?

Pendidikan Islam sebenarnya blh diteruskan di Sekolah Kebangsaan. Namun, ia bukan di sebelah pagi atau di sesi yg membabitkan semua bangsa dan agama. Pendidikan Islam blh dilaksanakan di sebelah petang atau di sesi yg khusus. Majlis-majlis Agama Islam Negeri-Negeri blh mengeluarkan peruntukan utk hal ini. Ini telah lama berlaku di Johor dan Selangor. Perlis juga pd thn 2019 mula akan mengujudkan Sekolah Agama Petang Perlis yg dibiayai oleh MAIPs (Majlis Agama Islam Perlis). Di situ berperanannya Raja-Raja Melayu dlm menjaga urusan agama. Demikian wang zakat yg dikumpulkan oleh Negeri-negeri dpt digunakan utk pendidikan Umat Islam di negara ini. Sementara Kementerian Pendidikan menyelaras dan memastikan pendekatan pengajaran yg sesuai. Dgn ini, mungkin Pendidikan Islam akan lebih baik dan berkesan tanpa mengganggu sifat Sekolah Kebangsaan yg merupakan domain utk semua bangsa agama.

7. Saya berpendapat, jika bangsa dan agama selain Muslim ataupun Melayu ingin mengajar agama dan budaya tertentu khusus utk agama dan bangsa mereka dgn mematuhi peraturan-peraturan Kementerian Pendidikan, juga dibenarkan pd sesi petang atau berasingan tanpa mengganggu sifat Sekolah Kebangsaan. Namun, seperti mana Pendidikan Islam tadi, pendidikan khusus ini hendaklah dibiayai oleh komuniti mereka sendiri.

8. Sekolah-sekolah Agama Islam atau jenis Kebangsaan Cina atau India utk peringkat rendah yg wujud hari ini, jika mereka mahu masih blh berfungsi utk sesi petang tersebut setelah anak-anak ini menjadi menjalani pendidikan di Sekolah kebangsaan di sessi pagi. Kos tersebut akan ditanggung oleh komuniti masing-masing.

YAB dan YB, PENDIDIKAN SELEPAS SEKOLAH RENDAH

9. Setelah murid-murid ini tamat Sekolah Rendah Kebangsaan, mereka blh memilih aliran sekolah yg mereka ingini. Hasrat mereka utk ke bidang agama atau selainnya dpt diteruskan selepas itu. Namun, ketika itu mereka sudah dibekalkan dgn ilmu dan pengalaman yg bersifat Malaysia.

10. Bg memastikan kesimbungan atau ilmu awal mereka tidak terputus, maka satu mata pelajaran yg membolehkan pelajar benar-benar memahami negara ini hendaklah diwajibkan. Ataupun Kementerian blh memperkukuhkan mata pelajaran yg sedia seperti sejarah dgn pendekatan yg mantap dan relevan.

YAB, dan YB,

11. Saya mencadangkan hal ini demi menjaga masa depan Malaysia yg akan kita wariskan kepada anak cucu kita. Saya pohon semua pihak berkorban kepentingan mereka demi kelangsungan negara ini. 

Saya mohon mencadangkan!


Loading...

Tags: #Aliran.. #Baru #Cadang #Dibawah #Kaum #Krisis #MAKIN #Malaysia #MAZA #Satu #Sekolah #Teruk

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "Krisis Kaum Makin Teruk Dibawah Malaysia Baru, MAZA Cadang Sekolah Satu Aliran.."