
Kementerian Pendidikan (KPM) dlm satu kenyataan berkata, pentaksiran Pendidikan Asas Vokasional (PAV) bg kertas Bahasa Melayu Komunikasi dan English for Communication yg dijadualkan pd 30 September ini pula ditangguhkan pd 3 Oktober depan.
“Penangguhan ini dilakukan kerana 29 dan 30 September diisytiharkan sbg cuti peristiwa oleh kerajaan negeri Kelantan bg menghormati perkabungan kemangkatan Almarhum Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Al-Sultan Yahya Petra.

“KPM merafak sembah setinggi-tinggi ucapan takziah dan rasa dukacita yg teramat sangat kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, ahli-ahli kerabat diraja Kelantan dan seluruh rakyat Kelantan di atas kemangkatan Almarhum Sultan Ismail,” katanya di sini hari ini.
Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan Sultan Ismail Petra telah mangkat pd pukul 8.11 pagi tadi bersamaan 28 Muharram 1441 Hijrah di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan