KPM sedia pertimbang perkenal kaligrafi lain selain khat

67721074 3004543156283604 1134243499290394624 o 1 - KPM sedia pertimbang perkenal kaligrafi lain selain khat

KUALA LUMPUR 4 Ogos – Kementerian Pendidikan bersedia mempertimbangkan keperluan memperkenal kaligrafi lain selain seni dan tulisan khat dlm kurikulum sekolah di negara ini.

Menterinya Dr. Maszlee Malik berkata perkara itu blh dibincangkan secara terperinci memandangkan negara terdiri drpada pelbagai kaum yg memiliki identiti kesenian masing-masing.

“Menarik utk dibincangkan memandangkan dlm pendidikan seni kita menitikberatkan kesenian drpada pelbagai etnik di Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Maszlee berkata demikian apabila ditanya kemungkinan kerajaan memperkenalkan seni kaligrafi lain seperti kaligrafi Cina kepada pelajar sekolah di negara ini.

Cadangan Kementerian Pendidikan memperkenalkan tulisan khat dlm kurikulum sekolah menimbulkan pelbagai reaksi, bagaimanapun kementerian itu bertegas bahawa pengenalan tulisan khat dlm mata pelajaran Bahasa Melayu Thn Empat di sekolah vernakular akan dilaksanakan thn hadapan seperti dijadual.

Pengenalan itu turut disambut baik Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yg menyifatkan bantahan mengenai perkara itu hanya melibatkan sebahagian kecil masyarakat.

Perdana Menteri dilaporkan berkata, kerajaan berpegang kepada dasar kemakmuran bersama dan tidak pernah menghalang penggunaan tulisan bahasa lain.

Mengulas lanjut, Maszlee berkata, pihaknya telah mengadakan pertemuan dgn pengarang media cetak dan elektronik berbahasa Cina bg membincang serta memberi penjelasan terperinci mengenai pengenalan tulisan Jawi.

“Kita telah berbincang dgn beberapa editor akhbar Cina* kita bincang secara terperinci menjelaskan tentang apa yg kita lakukan dan beberapa perkara yg dibaik pulih agar pengajaran tidak membebankan murid dan guru,” katanya. – BERNAMA


Loading...

Tags: #kaligrafi #khat #Lain #Perkenal #pertimbang #SEDIA #Selain

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Comments are closed.