KPM perjelas salah faham pemansuhan sistem aliran dan pakej mata pelajaran

405017 1 - KPM perjelas salah faham pemansuhan sistem aliran dan pakej mata pelajaran

KUALA LUMPUR – Memandangkan pelajar Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) akan terada di Tingkatan Empat pd thn hadapan, Kementerian Pendidikan (KPM) melancarkan Pakej Mata Pelajaran Menengah Atas sesuai dgn apa yg dilalui pelajar kohort pertama itu.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Dasar dan Kurikulum KPM), Dr Habibah Abdul Rahim berkata, sejak thn 2000 apabila diwujudkan Sistem Pensijilan Terbuka Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tiada lagi pembahagian pelajar berdasarkan aliran.

“Apabila kita bergerak drpada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) kepada KKSM, kita ada kurikulum baharu.

“Bagi memudahkan pihak sekolah, KPM mewujudkan pakej tertentu dlm mata pelajaran berdasarkan kesediaan pihak sekolah, guru dan fasiliti,” katanya.

Walaupun begitu kata beliau, syarat wajib lulus SPM masih kekal bergantung kepada kelulusan mata pelajaran bahasa Melayu dan Sejarah.

Beliau berkata demikian pd sesi Taklimat Editor berkaitan Penawaran Mata Pelajaran KSSM Tingkatan 4 Thn 2020 di Bahagian Sumber Teknologi Pendidikan KPM di Kuala Lumpur hari ini.

Kata Dr Habibah, pemilihan pakej mata pelajaran elektif menengah atas berdasarkan kombinasi yg mempunyai nilai tambah kepada pelajar dlm konteks pembelajaran.

“Pakej ini dibina berasaskan kepada keperluan pelajar utk menyambung pengajian ke peringkat tertiari seperti universiti, Program Matrikulasi, Program Tingkatan Enam, politeknik, kolej komuniti dan institusi lpsan menengah yg lain.

“Pakej ini juga mengambil kira keperluan badan profesional dan laluan bidang kerjaya yg diminati pelajar,” katanya.

Katanya, pelaksanaan pakej itu tidak timbul isu pengasingan pelajar berdasarkan aliran sains dan sastera.

“Perbezaan pelajar adalah berdasarkan pelajaran elektrik mengikut minat dan kecenderungan dlm membantu mereka utk membuat pilihan mata pelajaran yg sesuai,” katanya.

Sehubungan itu, pihak sekolah diberi autonomi dlm menyediakan mata pelajaran pilihan dgn mengambil kira kemudahan sekolah dan kesediaan guru opsyen mata pelajaran berkaitan.

Mata pelajaran yg wajib dipelajari semua pelajar di sekolah kerajaan, sekolah bantuan dan swasta yg dikenal sbg Teras ialah:

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Matematik
  4. Sains
  5. Sejarah
  6. Pendidikan Islam/Pendidikan Moral

Selain itu terdapat juga mata pelajaran Wajib, iaitu Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan manakala Elektif adalah mata pelajaran yg ditawarkan utk memenuhi bakat, minat, kebolehan dan potensi murid.

Mata pelajaran elektif ini dikategorikan sbg Bahasa, STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik), Pengajian Islam serta Kemanusiaan dan Sastera Ikhtisas.

Dr Habibah berkata, pelajar blh memilih mata pelajaran Elektif mengikut minat dan kecenderungan dgn mengambil kira pencapaian dlm Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan ujian psikometrik.

“Guru kaunseling dan guru lain perlu memainkan peranan dlm membantu pelajar utk membuat pilihan mata pelajaran yg sesuai.


Loading...

Tags: #Aliran.. #Faham #Mata #Pakej #pelajaran #Pemansuhan #perjelas #SALAH #sistem

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Comments are closed.