KPM nafi jadikan sekolah Cina ‘anak emas’

Loading...

Maszlee Malik 1106 252812529 1 - KPM nafi jadikan sekolah Cina ‘anak emas’

KUALA LUMPUR 6 Feb. – Selepas kritikan hebat rakyat terhadap Kementerian Pendidikan yg dilihat seolah-olah menjadikan sekolah Cina sbg ‘anak emas’ dgn pemberian beberapa peruntukan penyelenggaraan, Menterinya, Dr. Maszlee Malik tampil memberi penjelasan.

Menurut Dr. Maszlee, Kementerian Pendidikan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan rakyat yg pihaknya hanya memberi penekanan kepada pembangunan sekolah Cina dan mengabaikan sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.

“Dalam kes yg dipertikaikan beberapa pihak, peruntukan penyelenggaraan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yg diumumkan oleh Timbalan Menteri Pendidikan. Teo Nie Ching adalah peruntukan yg diluluskan utk 2018 dan bukan peruntukan utk thn ini.

“Mengenai peruntukan kepada Sekolah-sekolah Menengah Persendirian Cina 2019 berjumlah RM12 juta, ia bukan merupakan peruntukan Kementerian Pendidikan sebaliknya adalah dana khas yg telah disalurkan terus oleh Kementerian Kewangan kepada sekolah-sekolah terbabit,” katanya dlm kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr. Maszlee berkata, beliau sendiri telah mengemukakan permohonan kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng utk mendapatkan peruntukan tambahan bg menyelenggara dan membaiki Sekolah-sekolah Kebangsaan dan Sekolah-sekolah Agama Negeri.

Jelasnya, permohonan tersebut bagaimanapun masih dlm pertimbangan Kementerian Kewangan sekaligus menolak tanggapan yg Kementerian Pendidikan tidak mengambil berat kebajikan murid dan sekolah khususnya aliran Sekolah Kebangsaan (SK).

“Selain peruntukan besar utk menyelenggara dan membaiki sekolah bg thn ini, kerajaan sudah memperuntukkan RM128 juta utk membangun dan menaik taraf sekolah daif di Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan peruntukan pembangunan kementerian thn 2019,” katanya.

Sumber – UTUSAN ONLINE

Loading...

Tags: #Anak #Cina #Emas #jadikan #nafi #Sekolah

author
Author: 
    Lirik Lagu Ilir 7 ‘Entah Apa yg Merasukimu’ Langsung Viral di Media Sosial!
    slidegossip.com – Lagu berjudul ‘Entah Apa yg Merasukimu’ tiba-tiba saja jadi viral di
    KPM pantau jerebu, murid ikuti pembelajaran melalui dlm talian
    PUTRAJAYA – Sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) akan diteruskan secara dlm talian sekiranya
    5 Oktober diisytihar Hari Akademia – Menteri Pendidikan
    Kenyataan Media: Mesyuarat Jemaah Menteri pd 18 September 2019 telah bersetuju dgn cadangan
    (Video) Vocabulary Games For Kids In The Classroom
    1. AnagramsThe teacher writes preferably an 8-letter word or longer on the board

    Leave a reply "KPM nafi jadikan sekolah Cina ‘anak emas’"