KPM mohon peruntukan tambahan utk sekolah kebangsaan, agama – Maszlee

Loading...

maszleeBBERNAMAB070618 - KPM mohon peruntukan tambahan utk sekolah kebangsaan, agama - Maszlee
Imej via The Star

PUTRAJAYA: Menteri Pendidikan Maszlee Malik mengemukakan permohonan kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng utk mendapatkan peruntukan tambahan bg menyelenggara dan membaiki sekolah kebangsaan dan sekolah agama negeri.

Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Pendidikan (KPM) berkata perkara itu masih dlm pertimbangan Kementerian Kewangan.

“Oleh itu, tanggapan mengatakan menteri dan KPM tidak mengambil berat tentang kebajikan murid dan sekolah khususnya yg membabitkan sekolah kebangsaan dan sekolah agama adalah tidak berasas sama sekali,” katanya.

Mengenai peruntukan kepada sekolah menengah persendirian Cina thn ini yg berjumlah RM12 juta, jelas kementerian ia bukan merupakan peruntukan drpada KPM.

“Sebaliknya ia adalah dana khas yg disalurkan terus oleh Kementerian Kewangan kepada sekolah terlibat,” katanya.

Selain itu kata kementerian, laporan media sosial yg memberi gambaran seolah-olah KPM hanya memberi penekanan kepada pembangunan sekolah Cina berdasarkan beberapa pengumuman dibuat oleh Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching adalah tidak benar.

“Dalam kes yg dipertikaikan oleh beberapa pihak, peruntukan penyelenggaraan sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) yg diumumkan oleh timbalan menteri pendidikan kebelakangan ini adalah peruntukan yg diluluskan utk 2018, bukannya peruntukan 2019.

“Memandangkan peruntukan tersebut adalah peruntukan 2018, maka KPM perlu menyalurkan peruntukan tersebut ke Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) masing-masing sebelum penutupan akaun thn 2018,” katanya.

Kementerian berkata, kerajaan melalui pembentangan Belanjawan 2019 juga meluluskan RM652 juta utk menaik taraf dan menyelenggara sekolah.

Daripada jumlah tersebut, katanya sebanyak RM527 juta diperuntukkan kepada sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan agama (RM250 juta); sekolah jenis kebangsaan Cina (RM50 juta); sekolah jenis kebangsaan Tamil (RM50 juta); sekolah berasrama penuh (RM50 juta); sekolah agama bantuan kerajaan (RM50 juta); sekolah mubaligh (RM50 juta); sekolah menengah jenis kebangsaan/conforming school (RM15 juta) dan sekolah menengah persendirian Cina (RM12 juta).

“Manakala baki sebanyak RM125 juta diperuntukkan kepada Maktab Rendah Sains MARA (RM50 juta); sekolah tahfiz (RM50 juta) dan sekolah pondok yg berdaftar (RM25 juta)” kata KPM.

Loading...

Tags: #Agama #kebangsaan #Maszlee #Mohon #peruntukan #Sekolah #Tambahan

author
Author: 
    Lirik Lagu Ilir 7 ‘Entah Apa yg Merasukimu’ Langsung Viral di Media Sosial!
    slidegossip.com – Lagu berjudul ‘Entah Apa yg Merasukimu’ tiba-tiba saja jadi viral di
    KPM pantau jerebu, murid ikuti pembelajaran melalui dlm talian
    PUTRAJAYA – Sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) akan diteruskan secara dlm talian sekiranya
    5 Oktober diisytihar Hari Akademia – Menteri Pendidikan
    Kenyataan Media: Mesyuarat Jemaah Menteri pd 18 September 2019 telah bersetuju dgn cadangan
    (Video) Vocabulary Games For Kids In The Classroom
    1. AnagramsThe teacher writes preferably an 8-letter word or longer on the board

    Leave a reply "KPM mohon peruntukan tambahan utk sekolah kebangsaan, agama – Maszlee"