KPM masih mengkaji kos dan menu Program Sarapan Percuma (PSP)

AB7F3945 6B1F 41C7 B1E4 75FFD72B858E - KPM masih mengkaji kos dan menu Program Sarapan Percuma (PSP)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan masih meneliti kos bersesuaian bg pelaksanaan Program Sarapan Percuma (PSP) yg bakal dilaksanakan mulai thn depan.

Menterinya, Dr Maszlee Malik, berkata menu PSP yg sesuai juga sedang dikaji dgn mendapatkan pandangan pakar pemakanan drpada beberapa kementerian berkaitan dan universiti tempatan.

Katanya, satu jawatankuasa khas juga akan ditubuhkan bg membincangkan secara terperinci peruntukan yg bakal digunakan utk melaksanakan PSP.

“Pada masa sekarang, kementerian sedang meneliti kos bersesuaian bg memastikan semua murid dpt menikmati hidangan yg baik dan berkualiti.

“Penggunaan dana drpada cukai gula adalah sebahagian drpada cadangan akan diteliti oleh jawatankuasa khas yg ditubuhkan nanti.

“Proses penentuan menu PSP pula dibuat dgn berbincang dgn Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta pakar pemakanan beberapa universiti tempatan bg menjamin kualiti sarapan yg disediakan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi hantaran status dlm akaun Facebook (FB) mengenai soalan lazim (FAQ) berkaitan PSP yg turut dirangkaikan dlm akaun Twitter beliau.

Semalam, Maszlee mengumumkan seramai kira-kira 2.7 juta murid sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mendapat sajian sarapan berkhasiat secara percuma bermula sesi persekolahan thn 2020.

Beliau berkata, langkah itu dibuat kerana di sebalik pemberian mknan percuma itu, berlaku perkara penting iaitu proses pendidikan sivik dan disiplin dpt diterapkan dlm kalangan pelajar.

Berdasarkan hantaran status FB itu, Maszlee berkata, PSP tidak akan membabitkan murid prasekolah dan sekolah menengah tetapi sajian mknan utk murid prasekolah akan membabitkan tatacara perolehan berlainan.

Katanya, PSP akan menggunakan kaedah pengurusan Rancangan Mknan Tambahan (RMT) sedia ada dan sarapan berkenaan akan disediakan pengendali kantin sekolah.

Beliau berkata, cadangan waktu pelaksanaan PSP adalah selama 30 minit di antara jam 7 pagi sehingga 8.30 pagi bg sekolah sesi pagi dan di antara jam 12 tengah hari sehingga 4 petang bg sekolah sesi petang.

“PSP rintis dimulakan sejak awal bln ini dan dijangka berakhir pd Oktober depan. Berdasarkan analisis PSP rintis ini, kementerian akan mengambil pendekatan bersesuaian utk melaksanakannya secara lebih baik dan menyeluruh,” katanya.

Loading...

Tags: #Masih #mengkaji #MENU #PERCUMA #Program #Sarapan

author
Author: 
    Meninggal Tragis, Arwah 6 Artis Ini Dipercaya Jadi Hantu Gentayangan? No 4 Minta Dicium!
    slidegossip.com – Nasib seorang artis tak selalu baik seperti yg dibayangkan orang. Beberapa
    Salah Fokus Lihat Foto Anya Geraldine, Netizen: Kakinya Lebih Mulus Dari Jalan Hidup Gue!
    slidegossip.com – Penampilan selebgram cantik Anya Geraldine yg kini mulai terjun ke dunia
    Arti Kata Gaul Dont Talk As Delicious As Your BellyButton
    Kamu pasti sering banget mendengar atau melihat kata Dont Talk As Delicious As
    Lagi di Puncak Karier, 5 Artis Ini Malah Dikirim ke Akhirat Oleh Penggemarnya Sendiri!
    slidegossip.com – Byk orang yg bermimpi ingin menjadi artis atau publik figur karena

    Comments are closed.